Kerja yang mendatangkan wang

Assalamualaikum..,

Saya sejak beberapa minggu kebelakangan ini, menguruskan "projek kecik" membaiki komputer terpakai disamping barangan aksesori yang berkaitan di salah sebuah sekolah rendah di kawasan Tengkera.

Alhamdulilah, rezeki bertambah apabila guru-guru di sekolah itu meminta saya membaiki sistem bagi laptop mereka. Dan rezeki halal itu dikongsi dengan rakan usahawan lain sebagai "duit minyak.."

Untuk pengetahuan semua, dalam masa hampir dua tahun saya menjalankan perniagaan secara lebih serius, sehingga kini masih belum membuat sebarang pinjaman modal dengan mana-mana pihak.  Saya cuba untuk bertahan tanpa mengharapkan pinjaman wang untuk perniagaan saya ini walaupun dalam keadaan ekonomi Malaysia yang "indah khabar dari rupa".

Saya berjimat pada sebarang segi yang mampu dan boleh seperti dari segi penggunaan elektrik, makan minum serta telefon. Saya jarang keluar rumah pada hari cuti, kecuali jika untuk membeli barangan keperluan dapur.  Kadang-kadang saya ambil cuti satu atau dua hari, tak buka kedai, kerana ingin menenangkan fikiran disamping mencari dan mencipta idea serta perlaksanaan bagi memajukan perniagaan. Dalam pada itu, alatan membaiki komputer juga berada di rumah. Manalah tahu, tiba-tiba ada "jobs" masa tengah cuti...

Berniaga berseorangan ni memang penat dan menyusahkan bagi sesetengah pendapat orang, tapi saya mempunyai tekad untuk berjaya dengan mutlak dalam bidang komputer ini kerana ianya sumber pendapatan saya untuk menyara hidup. 

Biarlah apa orang lain nak kata tentang bangsa Melayu dalam perniagaan, yang penting saya akan sentiasa berusaha agar dapat diwariskan syarikat saya ini pada keturunan saya, berterusan sampai bila-bila...

"Mencipta harta sendiri tanpa mengharapkan harta pusaka..."

Related Posts:

  • JANGAN pandang camera!!! Pada petang hari ini (12/03/2011), semasa bermusafir di internet dan menyinggah dari satu blog ke blog, maka telah ditakdirkan di loh mahfuz, saya menjumpai blog yang dimiliki oleh Dyanzjha.  Di blog dia ni sedang berla… Read More
  • Festival Bolasepak AFC : 30 pemain akan dipilih Festival Bolasepak AFC FAM menyenaraikan 50 pemain Bawah umur 13 tahun untuk pemilihan dan latihan pusat sebagai persediaan menyertai Festival Bolasepak AFC di Kota Kinabalu, Sabah dari 31 Mei hingga 7 Jun, 2011. Pemiliha… Read More
  • Amaran Tsunami di Google dan Yahoo  "Tsunami Alert for New Zealand, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii, and others. Waves expected over the next few hours, caused by 8.9 earthquake in Japan" [ Amaran di atas adalah diambil dari muka … Read More
  • Firefox 4.0 Versi Lengkap Bakal Diterbitkan Kini Mozilla sudah menghampiri fasa-fasa terakhir sebelum pelayar web Firefox 4 yang dinantikan ramai itu dilepaskan. Hari ini, versi pembangunan Firefox 4.0 RC1 dilepaskan, yang mana dijangkakan ianya juga akan menjadi ve… Read More
  • Keputusan perlawanan kelayakkan Olimpik 2012 MALAYSIA vs PAKISTAN (pusingan pertama) Malaysia membawa bekalan ke pusingan kedua yang boleh dikatakan sebagai "sedikit selesa" dengan memenangi perlawanan pusingan pertama kelayakkan Olimpik menentang Pakistan dengan jaringan dua berbalas kosong.  Kedua-dua… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan