Nama JDT dipamerkan dalam game Chelsea : Pemasaran terbaik untuk JDT


Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim telah memenangan kejuaraan Liga Super Malaysia untuk empat tahun berturut-turut. Piala baru Liga Super Malaysia telah diserah kepada JDT serta ia diraikan selepas perlawanan menentang Kelantan yang menyaksikan JDT menumpaskan Kelantan  dengan jaringan 3 untuk JDT, 0 untuk Kelantan.  

Lebih membanggakan, buat pertama kalinya nama pasukan bola sepak dari Malaysia telah disiarkan di papan iklan elektronik dalam perlawanan luar negara iaitu perlawanan yang melibatkan Chelsea baru-baru ini, sebagai ucapan tahniah untuk JDT atas kejayaan yang mereka miliki.

Ia juga turut memaparkan  sebaris ayat iaitu "Visit Johor Malaysia"


Video ringkas :


Keputusan Liga Super Malaysia - 20 September 2017


Keputusan Penuh

Johor DT 3 - 0 Kelantan

Kedah 1 - 3 Felda United

Melaka United 3 - 1 Perak

Pahang 3 - 0 Sarawak FA

Penang 0 - 2 T-Team

Selangor 1 - 2 PKNS FC


JDT secara rasminya telah menerima Piala Liga Super Malaysia musim 2017 selepas perlawanan menentang Kelantan dan menjadi juara liga empat kali berturut-turut.

Tampin dilanda banjir


Hujan lebat berterusan lebih dua jam pada petang hari Isnin (18/09/2017) menyebabkan beberapa kawasan di Pekan Tampin serta penempatan berdekatan dilanda banjir kilat.

Malah, lebih 17 rumah terjejas banjir kilat antaranya 15 di Kampung Dusun, dua di Kampung Keru dan dipercayai beberapa buah rumah di Tampin Tengah, Kampung Pondoi serta Desa Permai Repah juga turut terlibat dalam bencana berkenaan.

Pegawai Daerah Tampin, Mohamed Roduan Ujang berkata, kesemua agensi penyelamat dan berkaitan kini sedang memantau keadaan banjir kilat bagi keselamatan penduduk di kawasan banjir.

“Buat masa ini kita masih belum dapat mengenal pasti jumlah sebenar kediaman yang terjejas. Bagaimanapun, punca banjir kilat kali ini dipercayai susulan hujan lebat luar biasa yang melanda daerah ini dan kawasan berdekatan,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

*Sehingga ke saat artikel ini ditaip dan diterbitkan, hujan masih turun renyai-renyai. (11:40 malam)

Gambar semasa banjir sedang berlaku di beberapa kawasan di Tampin, Negeri Sembilan :



  









Kebakaran pusat tahfiz : api tersebar dengan cara yang aneh dan luar biasa


Hasil penyiasatan ke atas kebakaran di sekolah tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah menunjukkan tidak disebabkan oleh litar pintas, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Bandar Khirudin Drahman.

Khirudin berkata penemuan siasatan forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan bahawa litar elektrik dari suis utama bangunan sekolah tahfiz berada dalam keadaan baik.

"Kami mendapati api telah tersebar dengan cara yang aneh, cepat dan dengan cara yang besar. Biasanya, jika litar pintas yang menjadi punca, fius utama akan tertutup dan ia akan mengambil sekurang-kurangnya 30 minit untuk api tersebar.

"Berdasarkan maklumat daripada mangsa yang masih hidup, kebakaran bermula di luar pintu asrama, lantas memerangkap mereka di dalam.

"Di samping itu, terdapat dua tong gas di sana yang boleh menyumbang kepada kebakaran yang lebih besar dan ia menyebar dengan cepat," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Khirudin berkata, pihaknya percaya terdapat unsur-unsur lain di luar bangunan yang mengakibatkan kebakaran itu, sambil menambah siasatan menyeluruh sedang dijalankan.

Sumber :
-Bernama
-The Star Online

*Maklumat tambahan : 

- dimaklumkan oleh warden yang terselamat bahawa dua tong gas misteri kelihatan berada di hadapan pintu masuk bilik asrama pelajar tahfiz semasa berlakunya kebakaran. 

- ujar warden itu lagi, pusat tahfiz berkenaan menggunakan tong gas berwarna hijau sedangkan dua tong gas misteri di hadapan pintu masuk bilik asrama itu berwarna kuning. 

- Semua tong gas diletakkan di dapur sekolah tahfiz

- tiada tong gas kelihatan di hadapan pintu bilik asrama yang berada di tingkat tiga semasa warden membuat pemeriksaan pada jam 11.00 malam.


Gambar keadaan dalam bilik asrama setelah api berjaya dipadamkan :

   

Resipi Ayam Masak Palembang


Bahan-bahan untuk 1 ekor ayam

Bahan A (dikisar) :

- Bawang besar : 2 biji (sederhana)
- Bawang putih : 5 - 6 ulas
- Halia : besar ibu jari

Bahan B :

- Serbuk kunyit
- Daun kari : 2 - 3 tangkai
- Kicap manis : 1/2 cawan
- Cili blend : ikut pedas ( 2 senduk nasi)
- Asam keping : 2 keping besar
- Santan : 100ml
- Minyak untuk tumis
- Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan :

1. Gaul ayam dengan kunit dan garam. Goreng setengah masak dan ketepikan

2. Panaskan minyak

3. Tumis bawang besar , bawang putih dan halia sampai naik bau

4. Masukkan cili blend

5. Tumis sampai pecah minyak

6. Masukan kicap. Kalau nak lebih hitam tambah kicap pekat

7. Masukkan daun kari

8. Tumis sekejap, masukkan garam dan gula secukup rasa

9. Masukkan asam keping

10. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk

11. Masukkan santan dan gaul perlahan-lahan

12. Biarkan mendidih dan boleh dihidangkan

13. Jika kelihatan kering, masukkan air sedikit



Kredit : Junnaina Husin Chua melalui #MAHN

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan