Resipi Pulut Mangga


Bahan-bahan :

(untuk pulut mangga)

● 400 gram beras pulut, rendam semalaman
● 1 cawan santan pekat
● 1 cawan santan cair
● 2-3 sudu besar gula
● sedikit garam
● beberapa helai daun pandan, atau daun pisang
● 2 sudu besar bijan, dibakar tanpa minyak untuk taburan
● 3 biji mangga

(untuk kuah santan)

● 1 cawan santan pekat
● 1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
● 1 helai daun pandan, carik dan simpul
● garam secukup rasa (biar kuah agak masin)

Cara Penyediaan :

(untuk pulut)

1. Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.

2. Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.

3. Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.

4. Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi.

Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.

5. Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.

(untuk kuah santan) :

1. Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung.

Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kepekatan di sini.

2. Pastikan kuah mempunyai rasa yang sedikit masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan.


Cara membuat lobak asin


Bahan-bahan :

-1kg isi lobak putih (bersihkan dan potong)
-Garam kasar - 200 gm
-Cuka mkn - 1/2 cwn
-Gula 250 gm

Cara membuat :

1. Sediakan besen yang bersih dan bubuh garam

2. Ramas garam dengan lobak hingga rata

3. Biarkan satu malam

4. Keesokkan harinya, jerang 400 ml air dan masukkan cuka dan gula.

5. Bila sudah mendidih, tuangkan ke dalam besen yang terdapat lobak dan gaul segera hingga rata

6. Biarkan 3 hari lagi

7. Kemudian toskan. Masukkan dalam bidai dan jemur beberapa hari hingga kering dan bertukar warna.

Cara membuat ikan pekasam


Berikut adalah bahan-bahan dan cara membuat sendiri ikan pekasam. Boleh menjadi perusahaan dan perniagaan kecil-kecilan di rumah. Tak perlu modal duit yang besar atau kedai. 

Untuk memasarkannya, terpulang pada idea anda sendiri. Anda boleh jual terus di Pasar Tani anjuran FAMA, pasar pagi atau pasar malam. Boleh juga letak di kedai makan atau kedai runcit yang hampir dengan kawasan tempat tinggal (ramai orang).

Bahan² :

- 1 kg ikan gelama atau lampam. Disiang dan dibersihkan.

- 200grm garam kasar.

- 30gram asam keping.

- 300gram beras (disangai dan dikisar). Sangai bermaksud goreng tanpa minyak.

Cara Membuat :

- Susun ikan dalam besen kecil, lalu taburkan garam bubuh asam keping.

- Susun ikan menjadi lapisan kedua.

- Tabur sekali lagi garam dan bubuh asam keping.

- Tutup dan biarkan tiga hari.

- Tengok ikan pd hari ke empat jika ikan sudah agak pejal dan berair, keluarkan ikan.

- Gaul ikan dengan beras sangai. Pindahkan ke balang.

- Taburkan 60 gram garam lagi. Tutupkan balang. Hari ke tujuh, insha Allah, pekasam sudah menjadi.

Mesej dari syarikat penerbitan komik Upin Ipin kepada kartunis Ujang

Status di Facebook Kartunis Ujang

Lagi satu isu "hangit" yang berlaku. Isu pemecatan kartunis Ujang sebagai penasihat Komik Upin Ipin. 

Menurut mesej pesanan ringkas yang dikongsikan oleh Ujang di 'wall' Facebooknya, pihak Nyla Sdn Bhd memohon maaf atas pemecatan tersebut memandangkan mereka terikat dengan kontrak dari Les Copaque yang memberikan lesen penerbitan kepadanya. 

Karenah daripada Les Copaque memaksa syarikat penerbitan ini memecat Ibrahim Anon atau lebih dikenali dengan nama Ujang dalam masa 24 jam.

Berikut adalah sebahagian mesej yang diterima oleh Ujang dari wakil pihak syarikat penerbitan berkenaan :



* harap tiga pihak yang terlibat iaitu Les Copaque, Nyla Sdn Bhd dan Ujang dapat selesaikan dengan cara yang molek kerana orang kita cepat "terbakar" dengan hal macam ini.

Petua dan amalan memasuki rumah atau bangunan baru


Berikut merupakan petua dan amalan yang digalakkan bagi penganut agama Islam ketika ingin memasuki (menetap) di dalam rumah baru atau rumah (premis / kedai) yang dah lama terbiar kosong :

1. Azan

Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. 

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah." 

Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran

Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas

Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam

Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. 

Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. 

Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut :

Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). 

Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. 

Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan