Keadaan terkini surau di The Shore


Hari ini ( 23 April 2017 ) saya telah singgah semula ke surau di dalam bangunan "The Shore" yang terletak di Jalan persisiran Bunga Raya, Melaka. Ia berhampiran dengan Plaza Hang Tuah (Ocean).

Bangunan ini menggabungkan pusat beli belah, hiburan dan hotel dalam satu tempat.

------------------------------

Pada bulan Januari 2015, saya telah datang ke surau The Shore buat pertama kali dan telah membuat artikel mengenai keadaan surau pada masa itu ( untuk membaca artikel berkenaan, klik di sini )

Apa yang boleh saya maklumkan di sini bahawa keadaan suraunya bertambah baik dan pihak pengurusan "seolah-olah" membaca ulasan saya di dalam artikel yang saya terbitkan dalam blog ini. 

Dalam artikel berkenaan, saya ada menyarankan agar pihak pengurusan membuat semakan rujukan dari pihak berkuasa di Melaka berkenaan dengan penentusah arah kiblat Dan kini mereka telah memaparkan sijil perakuan penentusah arah kiblat.


Malah surau untuk lelaki telah dipindahkan ke kawasan yang lebih luas ( dalam kawasan yang sama ). Sebelum ini surau lelaki bersebelahan dengan surau untuk perempuan dan hanya dipisahkan dengan langsir tebal yang dijadikan tirai pemisah.

Hadapan surau untuk jemaah lelaki

Berikut adalah suasana di dalam surau untuk jemaah lelaki. Keadaan lebih selesa dengan ruang solat yang lebih luas dan berpenghawa dingin :


Tempat ambil wudhu'


Ruang letak sejadah, kain sarung dan cermin :


Ruang solat :

  


Blog sedang diselenggara


Assalamualaikum, salam sejahtera. Sejak saya mula berblogging sejak tahun 2007, sudah lebih 10 kali rasanya saya sudah menukar template blog peribadi saya ini.

Pada hari ini saya sekali lagi memulakan proses selenggara blog dan dimulai dengan menukar template atau boleh juga disamakan dengan menukar "design blog".

Oleh itu kemungkinan ada paparan yang berterabur dan tidak sempurna dalam masa proses selenggara berlangsung.


Mengapa penyelenggaraan blog ini penting?

Selenggara blog bagi saya penting kerana :

- memperbaiki ranking blog di internet dengan membuat seberapa banyak artikel yang mempunyai kandungan yang berkualiti tinggi.

- memeriksa dan membuang jika ada sambungan 'link' (pautan) di dalam blog yang bermasalah (kemungkinan laman web yang tidak lagi aktif).

- menukar latar belakang (template) kepada yang baru bagi menukar  'mood' yang lebih ceria dan baru.

Kek Kukus Cheese Coklat


Bahan A 

-1 cawan gula

-1 cawan susu cair

-1 cawan koko

-1/2 cawan susu pekat

-1 cawan minyak

Campur semua bahan di atas dan dimasak menggunakan api yang sederhana dan kacau sehingga sebati. Kemudian tutup api dan biarkan ia sejuk.

Bahan B : 3 biji telur (A)

Bahan C : 1 cawan tepung naik sendiri
-----------------------------------------------

Langkah 1 :

- Pukul bahan B sampai kembang dan gebu , masukkan dalam bahan A dan kacau sebati.

- Masukkan bahan C dan kacau sampai sebati. Kemudian dikukus separuh dulu (AIR MESTILAH DIMASAK DULU)

- Loyang hendaklah disapu majerin serta dialas dengan kertas. Jika ingin mengukus dalam bekas yang kecilpun boleh.

Sementara tunggu masak sediakan cream cheese.

Bahan-bahannya :

250gm cream cheese
60gm gula castur
25ml air biasa
25gm tepung gandum
1 biji telur


Langkah 2 :

- Pukul bahan di atas kecuali telur sampai kembang dan gebu.

- Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.

-Apabila bahan coklat dah masak, masukkan cheese sampai habis, kukus lagi sampai masak.

- Masukkan baki coklat tadi dan kukus lagi sampai masak 

- Apabila sudah masak tunggu ia sejuk, kemudian barulah dikeluarkan dari loyang. 

Resipi Kek Kukus Milo


Resipi ini adalah ringkas dan mudah untuk dibuat kerana ia menggunakan bahan yang selalunya telah sedia ada di dapur mereka yang berkeluarga.

Bahan-bahan

- 1 cawan milo

- 1 cawan gula

- 1 cawan susu pekat manis

- 1 cawan minyak masak

- 1 cawan air panas

*semua di masak hingga larut

- 2 cawan tepung gandum

- 1 sudu teh baking powder

- 1/2 sudu teh soda bikarbonat

(diayak bersama)

- 3 biji telur di pukul sehingga kembang

Cara-cara mengadun :

- Masukkan telur dalam campuran milo dan kacau rata.

- Masukkan tepung dan sebatikan ke dalam loyang atau bekas yang sesuai untuk proses mengukus.

- Kukus selama kurang lebih 1 jam

Resipi Ayam Goreng macam KFC / Mc Donald's


Sekali-sekala kalau makan di restoran makanan segera memang enak. Tapi kalau selalu sangat pergi, boleh "senak" dibuatnya. 😅😁

Oleh itu di bawah ini, saya paparkan resipi buat ayam goreng ala-ala Mc Donald's atau KFC. Walaupun taklah 100% sesedap jenama yang telah wujud berabad lama itu, namun bolehlah dibuat pengganti sementara. 

Lagipun ia boleh menjimatkan perbelanjaan dan lebih menjamin keyakinan pada kebersihan kerana kita sendiri yang tentukan.


Penyediaan :

Bahan-bahan perap.

1 ekor ayam di potong 8
8/9 ulas bawang putih dan  tumbuk
3/4 sudu besar serbuk cili
2 sudu serbuk kari ayam
2 sudu teh garam
secubit bikarbonat of soda
Sedikit air

Bahan-bahan utk salut ayam A

1 sudu serbuk cili
1 biji telur (pukul dulu)

Bahan untuk salut ayam B

- 3 cawan tepung jagung
- 1/2 cawan tepung gandum
- garam secukup rasa
- secubit bikarbonat of soda


Cara-cara penyediaan:

-Perap ayam yang telah dipotong  selama 1 jam dengan bahan perapan

- Gaul bahan2 salut ayam, Selepas itu pukul telur dan golekkan ayam dengan telur itu rata2.

- Selepas itu letak ayam yang sudah di golekkan dengan telur ke dalam bahan - bahan salut ayam (B), salut sehingga sekata, tekan ayam pd tepung berulang kali, kemudian salut lagi dengan bahan salut A dan gaul lagi pada bahan salut B

- Goreng ayam yang telah disalut itu. Goreng dalam api yang sederhana, minyak yang penuh menenggelamkan ayam dalam tempoh 10 ke 15minit.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan