Cara untuk Hard Reset LENOVO A850

 

Seperti memformat komputer, memformat telefon pintar mempunyai tujuan atau sebab yang sama iaitu untuk mengembalikan fungsi perlaatan kepada yang asal sebelum ia dipasang dengan pelbagai aplikasi tambahan.  Memformat sistem (telefon pintar) juga merupakan langkah terakhir bagi mengatasi masalah kegagalan sistem berfungsi dengan baik

Langkah-langkah untuk Hard Reset (format sistem) LENOVO A850 dengan butang kekunci perkakasan :
 
  1. Mengesahkan dan memastikan bahawa LENOVO A850 Bateri mengecas penuh atau tidak kosong
  2. Matikan (off) LENOVO A850 
  3. Tekan serentak butang : POWER + VOLUME UP dalam beberapa saat sehingga amaran akan muncul di skrin 
  4. Anda juga boleh cuba untuk menekan POWER BUTTON sehingga logo Lenovo muncul, kemudian terus tekan VOLUME UP + VOLUME DOWN dalam masa yang sama sehingga menu muncul
  5. Pada menu berkenaan, pilih : Reset Device atau Wipe data atau Clear eMMC 
  6. Harus anda sedar bahawa aplikasi dan data dalam telefon akan hilang atau dibersihkan dari memori dalaman semasa proses format berlaku.
  *Info :

-Lenovo A850 menggunakan sistem Android versi Jelly Bean (4.2.2)


Bagaimana untuk naik taraf atau Update sistem operasi LENOVO A850 / A850 + (PLUS kepada Kitkat, Lollipop atau Marshmallow?

Secara umumnya, sistem pengoperasian LENOVO A850 adalah Jelly Bean versi 4.2.2. Berasaskan pada spesifikasi, LENOVO A850 boleh dinaik taraf kepada versi Android Kitkat, tetapi malangnya sehingga artikel ini ditaip, tiada upgrade rasmi untuk LENOVO A850 kepada versi Android Kitkat.  

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa versi sistem Kitkat yang tidak rasmi untuk LENOVO A850 dari pelbagai laman web komuniti di internet, tetapi jika kita tidak pasti bagaimana untuk menaik taraf, sila berhati-hati, kerana ia boleh membuat Lenovo A850 rosak atau tidak boleh digunakan lagi.  

Menggunakan Jelly Bean yang menjadi sistem operasi rasmi di LENOVO A850 masih lagi disyorkan untuk digunakan setiap hari tanpa masalah.

Gambar x-ray peha Safiq Rahim - kapten JDT


Gambar di atas adalah gambar sinaran X bagi kecederaan peha Kapten Kelab Bola Sepak JDT. Dalam istilah perubatan zaman moden ini, kedeceraan ini dikenali sebagai Haemotoma. Semoga Safiq Rahim segera pulih dan dapat membantu Malaysia dan Johor dalam mana-mana perlawanan bola sepak.

Berikut adalah ringkasan maklumat yang berkenaan dengan "haematoma" :

 - berkenaan dengan 
pengumpulan darah dalam tisu-tisu yang beku membentuk bengkak yang jelas kelihatan. Kecederaan akibat aktiviti lasak, penyakit saluran darah atau gangguan pembekuan darah adalah faktor penyebab ianya terjadi.


Muat turun aplikasi berasaskan Android tanpa melalui telefon pintar


Bagi pengguna telefon pintar berasaskan android, pelbagai aplikasi dalam format "apk" dicipta oleh pelbagai pengeluar. Antara aplikasi yang popular ialah Whatsapp dan Facebook.

Tetapi adakalanya pengguna tidak dapat memuat turun dari sumber yang sah dan selamat seperti Playstore kerana memori dalaman telefon tidak cukup bagi menampung saiz fail yang ingin dimuat-turun.

Oleh itu sebagai penyelesaiannya, anda boleh menggunakan laman web tertentu untuk memuat-turun aplikasi yang dikehendaki menggunakan komputer dan meletakkannya ke dalam kad memori. Adalah disarankan anda membuang (uninstall) aplikasi sedia ada sebelum "install" salinan aplikasi yang baru dimuat-turun.

Caranya anda perlu buka laman web Playstore dan pilih aplikasi yang diperlukan (pastikan versi terkini). Kemudian salin (copy) keseluruhan alamat laman web yang tertera di pelayar web anda dan buka laman web apkpure.com dan tampal (paste) alamat laman web tadi ke dalam ruangan yang disediakan dan klik ikon kanta untuk memulakan pencarian aplikasi berkenaan.

Kemudian sekiranya tiada masalah, akan dipaparkan halaman untuk "download" aplikasi berkenaan ke komputer anda. Klik butang "Download APK".

Setelah selesai proses muat-turun, sambungkan telefon pintar anda ke komputer melalui kabel USB, aktifkan sambungan dan lakukan proses "copy & paste" aplikasi yang dimuat-turun tadi ke dalam memori kad telefon pintar anda. Selepas itu tamatkan sambungan dan mulakan proses pemasangan melalui telefon pintar anda. Tunggu sehingga proses selesai.

Dengan cara ini juga, anda boleh menjimatkan jumlah data yang dilanggan kerana proses muat-turun tidak dilakukan terus melalui telefon pintar anda.



Klik pautan di bawah ini untuk melawat laman web yang telah diberitahu seperti di atas :

apkpure.com

Keputusan Final Piala FA 2016



Johor Darul Ta'zim memenangi perlawanan bola sepak Superbest Power Piala FA 2016 dengan menewaskan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dengan jaringan 2 berbalas 1, di Stadium Shah Alam, Selangor.


JDT  2  -  1  PKNS

Gabriel Guerra minit ke 6' (Penalti) - PKNS
Safiq Rahim minit ke 15' (Penalti) - JDT
Pereyra Diaz minit ke 35' - JDT







Video ringkasan perlawanan :



Video Majlis Penyampaian Hadiah JDT VS PKNS 2-1 Final Piala FA 2016 :




Resipi Nasi Kerabu



Resipi mudah Nasi Kerabu


Sambal Kelapa


Bahan-bahannya:
Sebiji kelapa parut disangai garing (warna dark brown) dan ditumbuk lumat (jangan sampai pecah minyak)
4-5 ekor isi ikan selayang/sardin atau kembung (paling baik dibakar kerana akan kurang hanyir berbanding dikukus atau direbus)
6 ulas bawang merah
10 biji lada hitam
2 batang serai (lihat saiz)
gula/gula melaka, garam secukup rasa

Cara :
Tumbuk halus/lumat semua bahan. Gaulkan hingga sebati/mesra. Sudah siap, tekan-tekankan hingga rapat dan disendukkan ke dalam pinggan waktu menghidang nanti.

Sayur Ulam

Bahan-bahannya :

Timun
Kacang panjang
Kubis
Bunga Kantan
Daun kesum
Daun kunyit muda
Taugeh
Daun selasih

Cara :
Hiris halus-halus dan gaul bersama.

Air Lada

Bahan-bahannya :

10 biji cili padi merah
Cuka secukupnya
2 1/2 sudu besar gula
2 sudu kecil garam
Sedikit air masak
Cili ditumbuk/dimesin bersama-sama dengan gula dan garam dan dimasukkan cuka dan air masak.

Nasi

Bahan-bahannya :

Beras secukupnya
Sedikit pewarna biru- tak ada bunga telang, saya gunakan pewarna biru StarBrand
2 helai daun limau purut.
Masak macam biasa.

Budu


Budu secukupnya
Cili padi dipotong
Asam limau nipis.
*kalau nak sedap, masakkan dahulu budu tadi dicampurkan dengan sedikit gula melaka dan asam keping

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan