Gilakan trafik dari internet, artikel fitnah disebarkan

Kononnya ia adalah majlis perkahwinan Datin Azurah yang dilangsungkan di sebuah hotel di Melaka

"Saya rasa bertanggungjawab untuk menyatakan bahawa ini adalah cerita fitnah yang telah disebarkan, yang memburukan imej orang Melayu Islam di Melaka......" - Inspirasi Ahmad Zaki

Kini telah tersebar di beberapa laman blog (berserta beberapa gambar perempuan yang terlucut bajunya lalu mendedahkan sebahagian buah dada dan putingnya), menyatakan bahawa ia adalah adat orang Melayu Melaka jika anak perempuan mereka kahwin memang mengeluarkan kedua-dua teteknya. 

Dalam artikel yang dianggap fitnah dan memburuk-burukkan imej orang Melayu Islam di Melaka juga menyatakan ia sebahagian budaya yang telah diamalkan sekian lama.

Diharap pihak berkuasa dapat mencari penerbit dan penulis artikel berkenaan yang sebenar kerana ia sangat melampau dan berunsur fitnah ke atas penganut agama Islam dan khususnya orang Melayu di Melaka.

Jika penulis artikel asal adalah beragama Islam, sila kenakan tindakan undang-undang syariah ke atasnya. Namun jika orang itu bukan penganut Islam, sila kenakan tindakan undang-undang yang sepatutnya...


*dikhabarkan bahawa gambar yang tersebar itu adalah gambar lama dan kejadian "terlucut" itu berlaku di negara Filipina.


Keputusan Bola Sepak ACL Play Off : JDT - Bengaluru FC




Perlawanan kelayakan pertama Liga Juara -juara AFC 2015. Ia diadakan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor pada 4 Februari 2015, jam 8.45 malam. 

Dalam perlawanan ini, Johor Darul Ta'zim melayan kunjungan Bengaluru FC.

Keputusan Perlawanan :


 Johor Darul Ta'zim  2  -  1  Bengaluru FC


*Info :

- Bengaluru Football Club merupakan kelab bola sepak profesional India yang berpangkalan di Bengaluru, Karnataka. Kelab  ini telah mengambil bahagian di dalam I-League dan merupakan pasukan teratas dalam liga bola sepak India.

- Ia adalah kelab yang pertama yang memenangi I-League dalam musim kemunculan sulung. 

- Pasukan itu kini dimiliki oleh syarikat yang berpangkalan di Mumbai, JSW Group dan pengarah urusannya adalah Sajjan Jindal.

Resipi Spaghetti Aglio e olio


Spageti aglio e Olio ("spageti dengan bawang putih dan minyak") adalah pasta hidangan tradisional di negara Itali, yang datang dari kawasan Napoli. Sebenarnya ia adalah variasi daripada satu resipi asal iaitu "Spaghetti alle vongole".

Bahan-bahan :

Spaghetti
Sekeping Dada ayam
6 ekor udang
Daun parsley dicincang halus
3 ulas bawang putih dicincang halus
3 sudu besar mintak zaitun
1 sudu teh serbuk lada putih
Garam secukup rasa
Lada capsicum (pilihan)
Grated parmesan cheese (pilihan)

Cara-cara penyediaan :

1. Rebus spaghetti sehingga masak. Masukkan sedikit minyak dalam air untuk merebus spaghetti.

2. Setelah spaghetti masak, toskan dan ketepikan dahulu.

3. Masukkan minyak zaitun dalam kuali. Tumis bawang putih.

4. Masukkan isi ayam yang dipotong kecil-kecil. Setelah ayam hampir masak, masukkan udang.

5. Masukkan garam dan lada putih.

6. Masukkan spaghetti.  Masukkan daun parsley dan capsicum. Gaul sehingga semua bahan bercampur sebati.

7. Siap sedia untuk dihidang. Jika suka taburkan grated parmesan cheese di atasnya.


*Sumber dari : mamadeekitchen

Keputusan Piala Sumbangsih 2015 : JDT - Pahang 31 Januari 2015

 

Perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia 2015dimulakan dengan perebutan Piala Sumbangsih antara pasukan Johor Darul Ta'zim menentang Pahang.  Ia diadakan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor.

Keputusan Penuh Perlawanan :


 Johor Darul Ta'zim  2  -  0  Pahang Darul Makmur

JDT (Marcos Antonio Elias Santos) 36'
JDT (Luciano Figueroa) 58'




Resipi Strawberry Crepe


Setelah popularnya Durian Crepe, kini tibalah pula musim Strawberry Crepe.  Namun apakah ianya akan sepopular Durian Crepe?

Bahan-bahan :

-20gm tepung gandum
-20gm tepung ubi
-10gm tepung kastard
-10gm tepung jagung
-1 biji telur
-1 senduk minyak masak
-1 sudu gula halus
-40ml susu cair
-150ml air
-pewarna kuning
-letak warna pink
-perisa strawberry -gunakan jem strawberry & buah strawberry



Cara Pembuatannya :

- Masuk semua bahan ke dalam mangkuk. Sebatikan dengan whisk dan tapis..

-Jika pekat tambah sedikit air sedikit. Anda boleh juga menggunakan blander cumanya ia akan sedikit berbuih. Anda perlu hilangkan buih-buih itu dahulu bagi mengelakkan crepe akan berlubang.

-Ambil sesenduk kecil dan tuang adunan ke dalam kuali yang dipegang. Layangkan kuali agar adunan masak sekata menggunakan api yang kecil.

-Masak hingga kering dan anda tidak perlu terbalikan adunan itu semasa mengangkatnya.


Filling :

-150ml fresh cream diputar hingga kental
- guna whipping cream
- jem secukupnya
-letakkan fresh cream

Cara pembuatan  :

-Letak jem dan buah strawberry dan letak lagi cream di atasnya.

-Lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.

-Kemudian letak whipping cream & jem strawberry

-Letak strawberry yang dah dipotong, kemudian bubuh lagi cream. Pastikan krim di letak lebih supaya crepe akan nampakkembung bila dilipat.

-Lipat kemas dan simpan dlm peti ais...biar sejuk dan keras krim di dalamnya dulu sebelum dimakan.



 *Dikongsi dari sumber capaian rakan di Facebook

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan