Resipi Spaghetti Aglio e olio


Spageti aglio e Olio ("spageti dengan bawang putih dan minyak") adalah pasta hidangan tradisional di negara Itali, yang datang dari kawasan Napoli. Sebenarnya ia adalah variasi daripada satu resipi asal iaitu "Spaghetti alle vongole".

Bahan-bahan :

Spaghetti
Sekeping Dada ayam
6 ekor udang
Daun parsley dicincang halus
3 ulas bawang putih dicincang halus
3 sudu besar mintak zaitun
1 sudu teh serbuk lada putih
Garam secukup rasa
Lada capsicum (pilihan)
Grated parmesan cheese (pilihan)

Cara-cara penyediaan :

1. Rebus spaghetti sehingga masak. Masukkan sedikit minyak dalam air untuk merebus spaghetti.

2. Setelah spaghetti masak, toskan dan ketepikan dahulu.

3. Masukkan minyak zaitun dalam kuali. Tumis bawang putih.

4. Masukkan isi ayam yang dipotong kecil-kecil. Setelah ayam hampir masak, masukkan udang.

5. Masukkan garam dan lada putih.

6. Masukkan spaghetti.  Masukkan daun parsley dan capsicum. Gaul sehingga semua bahan bercampur sebati.

7. Siap sedia untuk dihidang. Jika suka taburkan grated parmesan cheese di atasnya.


*Sumber dari : mamadeekitchen

Related Posts:

  • Panduan Keselamatan Siber Untuk Orang Awam Pergantungan terhadap teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) khasnya Internet di kalangan masyarakat kini tidak dapat disangkal lagi. Ini dapat dilihat daripada aktiviti seharian seseorang di mana hampir keseluruhanny… Read More
  • Buah Keranji - Dialium Indium Peribahasa "Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu...." ini pasti sangat dikenali oleh rakyat Malaysia kerana diajar sejak di sekolah rendah tetapi berapa ramaikah yang mengetahui apakah rupa buah kera… Read More
  • Siri Perubatan Islam : Doa merawat lelah dan asma Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol … Read More
  • Idea giler aku untuk bisnes 2014 Inilah idea yang belum pernah saya buat sepanjang saya menjalankan perniagaan secara rasmi atas nama ICT Niaga Enterprise sejak tahun 2007 lalu. Idea menukarkan makanan sebagai pengganti kepada duit untuk membayar yuran … Read More
  • Lirik dan Lagu Macam Cantik Jer Macam Comel Jer - AMAR Lirik : PERHATIKAN KEINDAHAN ALAM DAN DIRIBETAPA AGUNGNYA KUASA ILAHIHEBATNYA DIA YANG MAHA PENCIPTASUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBARKECANTIKAN KEINDAHAN YANG DIBERIHANYA PINJAMAN SEMENTARASEBAGAI UJIAN UNTUK KITA… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan