Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia



Saya sedekahkan pahala bacaan surah Al Fatihah untuk Tuan Guru Nik Aziz yang dikhabarkan telah meninggal dunia pada 9.40mlm tadi...

Saya tidak dapat bersua berhadapan dengannya tetapi atas izin Allah, saya dapat bertemu dengan Tuan Guru dalam mimpi dalam tahun lalu...

Pada Hadith Riwayat Ahmad no. 6582 dan At-Tirmidzi no. 1074 :

"Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.” 



Suasana ketika jenazah Tuan Guru Nik Aziz sampai ke rumah beliau

Solat jenazah Tuan Guru akan didirikan pada jam 10.00 pagi esok (Jumaat), 13 Februari 2015 di masjid Tok Guru, Pulau Melaka.

Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali...Allah swt lebih menyayangi mu.... Terima kasih atas segala pengorbanan dan jasa dalam menegakkan syiar Islam di Malaysia, khususnya di negeri Kelantan Darul Naim.
 



Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat merupakan bekas Menteri Besar Kelantan. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".

Related Posts:

  • GEMPAR : Ribuan ikan mendarat di pantai Jeddah!!! Jika sebelum ini kita digemparkan dengan sebegitu banyak ikan yang melompat dan "mendarat" di pesisir pantai Tambisan, Lahad Datu, Sabah, kali ini terdapat juga video yang telah disebarkan dalam internet, memaparkan feno… Read More
  • Google antara terawal ucap selamat hari lahir Pada hari ini, 2 Disember 2013 merupakan ulang tarikh kelahiran saya. Namun saya seringkali tidak mengira atau mengingati sangat usia saya sebaliknya saya lebih kepada mengira jumlah kejayaan yang telah saya capai sepanja… Read More
  • Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2014 Melalui artikel ini, saya kongsikan Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri di Malaysia bagi tahun 2014. Ia adalah berkenaan dengan pemberitahuan peristiwa serta hari cuti umum. Jadual ini adalah dalam bentuk for… Read More
  • Video sejarah tragedi Highland Towers Dalam kejadian runtuhan bangunan Blok A Highland Tower yang berlaku pada 11 Disember 1993, Shizue Nakajima warga negara Jepun dijumpai terlebih dahulu tetapi akhirnya meninggal dunia dalam proses rawatan sehari selepas d… Read More
  • Amaran polis : penjenayah samun bersenjatapi masih bebas Pada 19 Disember 2013 jam lebih kurang 2.30 petang satu kejadian cuba samun bersenjatapi yang dilakukan oleh suspek yang dipercayai seramai tiga orang lelaki Melayu telah berlaku di sebuah Syarikat Peminjam Wang di Ja… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan