Lagu dan lirik Ramadhan dari AMAR


Lagu "Ramadhan" yang merupakan saduran dari lagu asal "Let It Go" dari filem animasi yang terkenal di kalangan kanak-kanak iaitu Frozen telah mendapat sambutan yang juga menggalakkan dan rata-ratanya memuji ubah suai lirik berkenaan seperti mana juga lagu ciptaan seorang artis serba boleh yang bertajuk "Macam Cantik Jer Macam Comel Jer".

Ia digubah oleh Arif Muazzim Abdul Rahman atau AMAR, iaitu seorang penghibur yang mempunyai pelbagai kebolehan dari nyanyian, silap mata, motivasi dan juga sebagai peguam. 

Berikut adalah video lagu dan lirik untuk lagu "Ramadhan" yang telah dimuat-naik ke internet dalam pertengahan tahun 2014 :


Di malam yang indah dan hening
Ku tak sabar menanti
Bulan yang sungguh istimewa
Bulan yang diberkati
Di dalamnya rahmat juga keampunan
Besar ganjaran yang dijanjikan

Beramallah beribadatlah
Gandakanlah semua itu
Tingkatkanlah keimananmu
Capai redhanya

Ramadhan ramadhan
Bulan yang istimewa
Ramadhan Ramadhan
Gembiranya ku rasa
Ayuhlah rebut kelebihannya
Ayuh semua
Setahun sekali sahaja

Padanya diturunkan Al-Quran yang mulia
Di penghujungnya ada malam lebih baik dari seribu bulan

Beramallah beribadatlah
Gandakanlah semua itu
Tingkatkanlah keimananmu
Capai redhanya

Ramadhan ramadhan
Bulan yang istimewa
Ramadhan Ramadhan
Gembiranya ku rasa
Ayuhlah rebut kelebihannya
Ayuh semua

Allah menjanjikan dua kenikmatan
Bagi hamba yang ikhlas berpuasa keranaNya
Nikmat di saat bila kita berbuka
Dan di saat kita berjumpa denganNya

Ramadhan ramadhan
Bulan yang istimewa
Ramadhan Ramadhan
Gembiranya ku rasa
Ayuhlah rebut kelebihannya
Ayuh semua
Setahun sekali sahaja


Surau di The Shore Melaka

 

Kalau ditinjau pada laman web sosial terutamanya belia yang merupakan rakyat negeri Melaka ataupun mereka yang datang menuntut ilmu di institut pengajian tinggi awam dan swasta di Melaka, ramai juga yang telah berkunjung ke The Shore yang terletak di tepi Sungai Melaka dan berhampiran dengan Kampung Morten.

Antara tempat yang menjadi tumpuan ialah di The Shore Oceanarium dengan bayaran tertentu, pengunjung boleh melihat hidupan laut yang unik dan ada yang jarang kelihatan di tempat lain. Lain-lian perkara tiadalah keistimewaan sangat melainkan harga jualan barangan atau makan dan minum di sini adalah mahal (mengikut imej dan gaya yang ditonjolkan), serupa dengan mana-mana pusat beli belah di bandar besar yang lain.

Pengawal keselamatan dan tukang cuci jika dilihat secara rambang, sebahagian besar dari warga asing.  Ketika saya datang melawat dua minggu lepas dan bertanya pada pengawal keselamatan (ingatkan orang India, rupanya Bangladesh belah utara agaknya) mengenai lokasi surau, pengawal keselamatan itu tidak faham perkataan "surau", sehinggalah saya membuat isyarat solat, barulah dia dapat mengagak apa yang saya perkatakan.

Lokasi surau terletak di perkarangan tempat meletak kenderaan

 
Kemudahan mengambil wudhu (air sembahyang) dan meletak kasut di pintu masuk surau


 
Sempadan surau lelaki dan perempuan yang dipisahkan dengan tirai kain.  Kadang-kala ada sekumpulan perempuan yang berborak dan bergelak sakan di surau. Jika rasa terganggu, beranikan diri membuat teguran.


 
Arah kiblat, sejadah dan kopiah yang disediakan.



*Pihak pengurusan The Shore perlu mendapatkan sijil pengesahan arah kiblat dari pihak berkuasa agama Islam di Melaka bagi menentu-sahkan arah kiblat surau ini agar pengunjung beragama Islam dapat beribadah dengan lebih yakin.

Resipi Jemput-jemput Kukus Bergoreng


Bahan-bahan :
  • 4 biji tauhu
  • 2 bungkus tauhu telur
  • 1 ketul dada ayam / udang
  • 4 biji telur ayam :  2 untuk dikisar dan 2 ketika proses menggoreng
  • Daun sup potong halus
  • Sedikit cili merah potong halus
  • Bawang goreng, Garam, minyak bijan dan lada sulah

Cara Penyediaan :

-Semua bahan dikisar kecuali daun sup, cili dan minyak bijan.

-Selepas dikisar, campur dan gaulkan daun sup,bawang goreng dan cili serta kukus selama 30 minit.

-Kemudian sejukkan dulu bahan yang telah dikukus tadi sebelum ianya boleh dipotong (potong ikut suka).

-Hasil potongan tadi dicelup ke dalam telur dan goreng sampai garing menggunakan minyak bijan.

-Toskan hasil gorengan dan sedia untuk dijamah.

-Jika nak dicicah dengan sambal mahupun sos dan mayonis pun boleh. Mengikut selera anda.


Video penjaga gol tahan bola guna muka


Penjaga gol adalah individu paling penting dan kritikal dalam sesebuah pasukan bola sepak.  Dialah yang paling berkuasa dalam kawasan penalti kerana bola menggunakan kaki serta menangkap bola menggunakan tangan.

Namun bagaimanakah perasaan seorang penjaga gol yang sama ada sengaja atau tidak sengaja menggunakan anggota lain pada tubuhnya?.  Saksikan video di bawah ini :



*Lawak je  ni...

Maklumat lanjut kes letupan di Gurun, Kedah


24 Disember 2014 - GURUN : MAKLUMAT LANJUT KES LETUPAN -Tiga maut manakala tiga lagi parah selepas sebuah rumah digegarkan dengan bahan letupan yang sebenarnya bukan berpunca dari tong gas tetapi dipercayai sejenis bom tangan dalam kejadian di Taman Mesra Ria, yang menyebabkan 10 buah rumah rosak teruk manakala 34 lagi rumah mengalami kerosakan kecil.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, mangsa, seorang anggota tentera, Ayub Hashim, 37, maut selepas tercampak sejauh kira-kira 17 meter dipercayai berpunca dari rumahnya.

 
  

Turut maut anaknya, Nur Idayu Shahira, 8, manakala isterinya, Sharifah Haslinda Hashim 37, dan anak mereka, Mohd Idham Shahmi, 5, cedera parah dan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH). Selain itu turut maut anak jiran mangsa, Mohd Akif Lokman Mohd Shahrizal, 5, manakala ibunya, Zuraidah Mat Rotbi, 30, cedera parah akibat letupan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Nashir Ya pada sidang media sebentar tadi mengesahkan kejadian itu dan anggota tentera itu dipercayai menyimpan sejenis bom tangan di rumahnya. "Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mati mengejut," katanya.



Sumber : RTM / Astro

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan