Bersedekah dengan lebih kreatif

 

Sedekah mempunyai banyak manfaat, antaranya dimurahkan rezeki, ditolak bala dan sebagainya. Orang yang dalam keadaan miskin, susah dan sukar mendapat rezeki digalakkan bersedekah supaya dapat rezeki yang luas.

Konsep bersedekah dan pengertiannya adalah lebih luas dari apa yang disangkakan oleh sebilangan dari masyarakat kita.  Ia lebih dari sekadar harta benda dan wang. Contohnya seperti idea, pendapat dan tenaga.  Yang paling mudah dalam perihal bersedekah ialah senyuman yang ikhlas.

Berikut adalah contoh-contoh "bersedekah" dalam erti kata yang lebih kreatif dan mungkin tidak terlintas di fikiran sebelum ini.... :

- Susun selipar atau kasut orang yang pergi ke masjid atau surau siap sedia menghala ke arah jalan. Supaya memudahkan orang untuk memakainya tanpa perlu memusingkan badannya seperti selalu.

- Sambil duduk-duduk di atas karpet masjid atau surau ketika mendengar kuliah atau tazkirah, carilah sampah-sampah kecil seperti benang stokin orang, batu-batu kecil dan seumpamanya masukkan dalam poket anda sementara. Kemudian buang dalam tong sampah bila kita keluar masjid atau surau tersebut.

- Lepas makan, basuh pinggan sendiri. Kalau ada pinggan mangkuk yang kotor dan tidak di basuh oleh room mate basuhkan sajalah tanpa banyak merungut.

- Beli minyak wangi, tasbih, sejadah atau al-quran dan letakkan di masjid, surau atau musolla di pasaraya atau di R & R.

- Belilah beberapa buah kerusi lipat yang berkualiti, dan letakkan d dalam masjid.

- Beli makanan khas untuk burung-burung ada dijual di kedat pets. Letakkan pada bekas yang khas dan gantung di pokok bunga. Anda akan seronok melihat burung warna-warni berkicau riang tanda bersyukur.

- Setiap kali dapat gaji sediakan peruntukan khas untuk d sumbangkan sedikit kpd anak yatim atau fakir miskin. Atau simpan untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid pada hari Jumaat nanti.

- Sambil anda duduk mencangkung di tandas awam seperti di stesyen minyak, apa salahnya anda ambil hos getah pancutkan air bersihkan lantai tandas tersebut.

- Berhenti di simpang yang tiada lampu isyarat, berilah orang lain jalan dahulu. Jika ada kenderaan dari arah belakang memberi isyarat untuk memotong kita, beri sajalah sebab mungkin dia dalam keadaan kecemasan atau tergesa-gesa sakit perut nak terbuang air besar ke, nak terkucil ke...

Jangan Lakukan Perkara Ini Semasa Tidur


Mendapat tidur yang cukup adalah penting dalam tumbesaran bayi, kanak-kanak malah orang dewasa. Ini kerana semasa tidur, tubuh secara automasi akan memperbaiki sel-sel dalam badan dan menggantikannya kepada sel-sel yang baru.  

Proses ini biasanya akan dapat dilakukan hanya semasa anda sedang tidur. Maka saya nasihatkan pada anda agar "Jangan Lakukan Ini Semasa Tidur !!!".

1. JANGAN TIDUR DENGAN JAM TANGAN
-Jam tangan boleh mengeluarkan satu tahap radioaktif. Walaupun kecil, tetapi jika anda memakai jam tangan anda ke tempat tidur untuk masa yang lama, ia mungkin mempunyai kesan buruk ke atas kesihatan anda.

2. JANGAN TIDUR DENGAN TELEFON
-Meletakkan telefon di sebelah katil anda atau mana-mana sahaja berhampiran anda adalah tidak digalakkan. Walaupun sebahagian daripada kita akan menggunakan telefon sebagai jam penggera, tetapi sila meletakkan telefon sejauh mungkin. 

-Para saintis telah membuktikan bahawa barangan elektrik termasuk telefon dan televisyen mudah alih memancarkan gelombang magnetik apabila digunakan. Gelombang ini boleh menyebabkan gangguan kepada sistem saraf kita. Oleh itu jika anda perlu untuk meletakkan telefon bimbit anda berhampiran anda, tutup suisnya terlebih dahulu.

3. JANGAN TIDUR DENGAN SOLEKAN WAJAH
-Orang yang tidur dengan make up mungkin mempunyai masalah kulit dalam jangka masa panjang. Tidur dengan make up akan menyebabkan kulit mengalami kesukaran untuk bernafas dan masalah dalam berpeluh. Anda juga akan memerlukan masa yang lebih lama untuk benar-benar.

4 JANGAN TIDUR DENGAN COLI
-Ahli-ahli sains di Amerika telah menemui orang-orang yang memakai coli lebih daripada 12 jam mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat kanser payudara. Oleh itu, pergilah tidur tanpanya.

5. JANGAN TIDUR DENGAN ISTERI ORANG LAIN
-Dikuatiri a
nda tidak boleh bangun lagi selepas itu.

Apakah itu Kasturi dan khasiatnya?


Kasturi adalah sejenis wangian yang berasal dari dua jenis sumber, iaitu tumbuhan dan haiwan. Akan tetapi dalam artikel ini adalah menceritakan kasturi yang bersumberkan dari haiwan, kerana kasturi yang bersumber dari haiwan inilah yang memiliki wangian yang paling terharum baik dunia dan akhirat, sehingga kasturi yang berasal dari haiwan ini dijadikan sumber inti utama dari berbagai jenis wangi-wangian.

Istilah Kasturi sebenarnya merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.
Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi juga kadang  tumbuh di bagian-bagian lain hewan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.

Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering warna dan kandungan berwarna merah keperakan berubah menjadi hitam dan keras.
Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan keluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian beralkohol. 
 
Kelenjar kijang yang mengandungi kasturi

Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai biang penyebar bau harum selain itu dipercayai menjadikan bau harum lebih tahan lama.

Di dalam dunia ini, hanya terdapat lima jenis haiwan yang menghasilkan kasturi iaitu kijang jantan, lembu, musang, kura-kura dan tikus (tikus jenis tikus muskrat (Ondatra zibethicus), Paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya

Dalam bidang perubatan tradisional Cina, kasturi dipercayai mampu mengembalikan kesedaran seseorang yang pingsan, melancarkan peredaran darah, menghilangkan bengkak pada tubuh,  menghilangkan rasa sakit dan merangsang penghentian / pembersihan  darah haid.

Khasiat dan kegunaan Kasturi Kijang.

1) Memberi kekuatan pada roh

Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:

“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)
 
2) Menenangkan Jiwa

3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak

4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan

5) Menghilangkan debaran jantung

6) Menghilangkan Sesak Nafas

7) Melegakan Lelah (Asma)

8] Menyedarkan orang yang pengsan

9) Memperkuatkan organ luaran tubuh

10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh

11) Menghilangkan rasa gementar

12) Menghilangkan sejuk tubuh

13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh

14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang

15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing

16) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan

17) Mencegah wabak penyakit

18) Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.


Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 - PESAKA Melaka


Pada 20 Ogos 2014, Pesaka Negeri Melaka telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan meraikan kejayaan atlit silat Sukma serta Putrajaya. Beberapa guru silat dan wakil perguruan serta pencinta silat telah menghadiri majlis berkenaan.  Majlis ini diadakan di Perkampungan Hang Tuah, Duyong Melaka.

Dalam majlis ini juga, Pesaka Melaka telah dianugerahkan "Rumah Hang Lekir" di Hang Tuah Centre untuk digunakan sebagai pejabat urusan mereka.

Saya bergambar dengan S.B.Afeid Hj Buang iaitu YDP Sikume (Silat Kunci Melayu Melaka) merangkap exco Pesaka Melaka. Beliau juga merupakan seorang usahawan yang cekal. Beliau menjalankan perniagaan berteraskan pengeluaran produk berasaskan serai wangi.

  
Semasa majlis bermula


Mengambil kesempatan bergambar sempena kunjungan kali pertama di Perkampungan Hang Tuah. 


Memasang WeChat dan WhatsApp pada PC


Muat turun WeChat atau WhatsApp untuk PC tidak mustahil dengan adanya emulator terkenal untuk Android. Pada artikel ini pembaca akan diberitahu bagaimana untuk memuat turun WeChat dan WhatsApp untuk digunakan pada komputer dengan bantuan Bluestacks, emulator yang terbaik untuk Android yang telah diuji.

Untuk memuat-turun WeChat dan WhatsApp, adalah perlu untuk memasang Bluestacks pada PC. Bluestacks boleh dimuat-turun di laman web rasmi www.bluestacks.com, pada halaman utama anda perlu klik dengan tetikus pada butang 'download' untuk versi sistem operasi / komputer

Tetingkap muat-turun Bluestacks dipaparkan secara automatik dan anda hanya perlu mengesahkan pemasangan jika Windows meminta untuk kebenaran memuat-turun. Pemasangan selesai pada beberapa saat dan sudah perisian Bluestacks akan berada pada komputer anda.

Kemudian anda perlu mempunyai akaun dengan Google untuk mula menggunakan perisian ini dan mula mencari perisian WeChat atau WhatsApp di Google Play. Kaedah muat-turun dan pemasangan perisian berkenaan adalah sama seperti anda menggunakan peralatan Android atau tablet serta smartphone anda. Ikut arahan yang diberikan.


 NOTA :

*Anda boleh juga guna perisian lain yang ada dalam Google Play.  Kemungkinan ada beberapa perisian / program yang tidak serasi dengan emulator dari Bluestacks ini.

* Selepas beberapa hari perisian ini dipasang pada komputer, ia akan meminta anda membeli akaun premium atau sebagai pilihan anda diminta untuk memuat turun dan memasang aplikasi dari penaja mereka.





Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan