Tips memandu ketika hujan atau banjir


Terdapat masih  ramai pemandu yang tidak serius mengenai  kepentingan mengamalkan cara pemanduan berhemah ketika di jalan raya. Terutamanya ketika  hujan lebat. Pemandangan kabur tentu sekali menjejaskan pemanduan di jalan raya.

Pelbagai  faktor kemalangan yang perlu kita ambil berat agar peratusan kemalangan dan kemungkinan berlaku kemalangan tidak semakin ketara dan bertambah..

Berikut adalah petua untuk para pemandu di jalan raya terutamanya bagi mereka yang memandu kenderaan beroda empat :

1. Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir- Ini boleh menyebabkan kereta terbabas. Cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan stereng, namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja.

2. Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Ini akan membantu kita lebih bersedia untuk berhenti sekiranya kenderaan berkenaan menekan brek secara mengejut.

3.
Kurangkan memandu di lorong paling kanan bagi mengelakkan percikan air apabila kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air. Ini bagi mengelakkan percikan air berkenaan menghalang pandangan ke depan, dan ia boleh menyebabkan risiko kemalangan meningkat sekiranya memandu laju.

4.
Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan.

5. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.

6. Selepas meredah jalan yang dinaiki air, elakkan memandu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian enjin dimasuki air, begitu juga dengan penunggang motosikal dan pejalan kaki yang akan terkena tempias atau percikan air.

Tips kesihatan untuk perempuan sedang haid


Haid adalah keluarnya darah dari organ pembiakan perempuan / wanita dengan mekanisme semula jadi yang berlaku tetap setiap bulan, hal ini merupakan perkara yang normal bagi setiap wanita.

Selain dari larangan beribadah dalam Islam, terdapat larangan yang berkaitan dengan kesan kepada kesihatan semasa perempuan berkenaan datang haid atau dengan kata lain "datang bulan".  

Antara larangan berkenaan ialah :

1.  Jangan minum air kelapa, air sejuk atau air soda semasa haid. Kajian kesihatan mendapati bahawa minum minuman berkenaan semasa haid boleh menyebabkan sisa-sisa darah haid meresap atau melekat di dinding rahim.  Dalam masa lima ke sepuluh tahun, ia sangat berpotensi untuk pembentukkan kanser rahim.

2.  Rambut jangan dibasahkan atau dicuci semasa haid kerana liang-liang atau pori-pori di kepala terbuka pada waktu itu. Ia boleh menyebabkan sakit kepala yang berpanjangan, sama ada semasa muda atau tua nanti.

Rahsia Tarikh Lahir : suatu bentuk penipuan


Sebenarnya tiada satu kaedah yang begitu tepat dalam "rahsia tarikh lahir", untuk menzahirkan sifat sebenar diri seseorang dalam menentukan apa yang sesuai untuk mereka buat dalam kehidupan.  

Walaupun kajian terhadap statistik perilaku manusia pada tarikh-tarikh tertentu dilakukan, namun itu bukanlah menjadi sesuatu yang mandatori atau sesuatu yang boleh dijadikan rujukan. Ada orang yang lahir pada tarikh yang sama tetapi sifat dan kelakuan berbeza.  Ada pula yang lahir pada tarikh berlainan namun mempunyai ciri-ciri dalam diri yang sama.

Yang boleh saya perkatakan di sini ialah pembentukan sifat atau sikap individu adalah berdasarkan kepada  :
  1. cara didikan semasa dijaga oleh ibu bapa dan sesiapa yang bertanggungjawab ketika itu
  2. jenis-jenis kawasan yang mereka tinggal semasa membesar dan bersekolah
  3. cara guru-guru mendidik mereka semasa mereka melanjutkan pelajaran pada mana-mana peringkat
  4. amal ibadah kepada Allah SWT
  5. genetik keturunan ibu bapa
  6. pemakanan yang mereka amalkan
  7. penjagaan soal halal dan haram dalam rezeki
Hal-hal berkaitan dengan tarikh lahir merupakan data-data yang hanya boleh dianggap terjadi secara kebetulan serta sebagai satu bentuk hiburan semata-mata .  Adalah sangat tidak wajar seandainya ada dari kalangan kita yang terlalu taksub kepada kursus-kursus rahsia tarikh lahir dan kepada mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai doktor atau pakar "menilai" rahsia tarikh lahir  serta pakar dalam bermacam perkara berkaitan dengan perniagaan.  Yang musykilnya siapa yang memberi pengiktirafan itu kepadanya?.

Berkenaan dengan kesesuaian jenis perniagaan yang boleh dijalankan, ia lebih berkait rapat kepada kemahiran, ilmu, minat serta keghairahan individu terhadap sesuatu bidang perniagaan. Adalah sangat menipu dan syirik apabila ia dikaitkan dengan tarikh lahir dan empat unsur utama alam yang sering dijaja di dalam setiap kursus tertentu.

Kita sebenarnya hanyalah memerlukan motivasi yang berterusan dan minda yang positif untuk berjaya dalam apa jua bidang yang sedang dijalani. Tidak perlulah bayar beratus-ratus, beribu-ribu dan berbelas ribu ringgit hanya semata-mata inginkan "rahsia" tarikh lahir mereka.

Sebagai orang Islam yang beriman, sudah cukup untuk kita beribadah kepada Allah SWT, selain daripada berusaha untuk berjaya seperti rajin membaca, rajin bekerja, rajin membuat pemerhatian, rajin bertanya kepada mereka yang berjaya dan ini tidak semestinya kena masuk kursus-kursus motivasi yang mengarut. Banyak kaedah dan cara percuma yang boleh kita perolehi.

Yang saya hairan, kenapalah ada orang sanggup menghabiskan duit untuk pergi menyertai kursus rahsia itu, rahsia ini sedangkan sebahagian besar dari kita hanyalah memerlukan kekuatan emosi serta spiritual dan ianya boleh didapati dengan bersolat, berdoa dan istiqamah dalam tiap pekerjaan yang dilakukan.  Allah SWT tidak mengenaikan sebarang caj untuk anda berdoa dan meminta keadaNya.

Jangan hanya pandang kaya dan berjaya hanya di dunia semata. Jika terlalu taksub dengan kursus yang dimomok-momokkan dengan kata-kata pelbagai rahsia serta kaya berjaya, sebaliknya bukan peserta yang kaya berjaya. Yang kaya dan berjaya ialah si penganjur yang kaya hasil dari yuran penyertaan peserta kerana dia berjaya "membongakkan" peserta yang naif dan taksub dengannya.

Kesimpulannya bukan semua kursus motivasi atau kursus keusahawanan itu tidak perlu disertai, cuma berwaspadalah dalam memilihnya. Banyak testimoni dibuat bukannya testimoni yang sebenar  kerana ia testimoni yang dibayar.

Pada artikel ini saya kongsikan video penjelasan mengenai Rahsia Tarikh Lahir dan yang seumpama dengannya dari Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman.  Beliau adalah seorang usahawan online dan offline dengan menjalankan perniagaan yang jelas dan nyata iaitu "memborong".  

Beliau mengendalikan “Kursus Borong China” dan juga menganjurkan “Rombongan Memborong ke China” untuk membuka jalan untuk kita secara bersama dapat memborong terus dari sumber, tidak kira sumber itu dari China, Vietnam, India, Korea atau mana-mana negara lain.

Sehingga kini beliau telah melatih hampir 200 orang pemborong Melayu dan terdapat kira-kira lebih 40 orang pemborong yang boleh dikatakan telah berjaya memborong dari China dengan kuantiti yang banyak

Hakim yang berhati mulia di Indonesia


KISAH BENAR tentang seorang nenek mencuri ubi dan hakim yang bijak

Kisah yang sangat menyentuh hati bermula apabila seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah iaitu seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim membuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”

Sebelum tukul diketuk, nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.

Kisah ini sungguh menarik dan boleh dikongsi untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.




**sumber dari negara seberang. Sama ada benar-benar ia benar atau tidak, yang perlu kita ambil ikhtibar adalah kisah dalam penceritaan ini.

Mengapa pelangi berbentuk separuh bulat?

Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan unggu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.
 
Mungkin kita pernah tertanya kepada diri sendiri, mengapa pelangi berbentuk setengah lingkaran?.  

Pelangi terhasil apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat / sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dan dihasilkan dengan membelakangi cahaya matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.

Sebenarnya pelangi itu berbentuk bulatan penuh, namun disebabkan kita tinggal di bumi yang berbentuk bola, pandangan kita jadi terhalang oleh sebahagian bentuk bumi, oleh kerana itu pelangi yang kita lihat hanya setengah sahaja. Lagipun bentuk bumi jauh lebih kecil berbanding matahari. Andai bumi berbentuk lebih besar dari matahari, mungkin kita boleh melihat pelangi dengan keseluruhan dan tidak separuh.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan