TrueStoryASA : bersembahyang di khalayak ramai


Satu kumpulan anak muda di luar negara yang menggelarkan mereka sebagai "True Story ASA". "ASA" adalah huruf pertama nama mereka iaitu Abdullah Ghuman, Sheikh Akbar dan Adam Saleh. Mereka melakukan sesuatu yang boleh dikatakan sebagai membanggakan.  Secara langsungnya ia menjadi sebahagian cara untuk berdakwah dan mendekatkan masyarakat pada dunia bahawa Islam yang sebenarnya adalah sesuatu yang indah dan menenangkan jiwa.

Mengikut keterangan mereka di dalam laman web perkongsian video, mereka berkata :

"Kami
mempunyai idea untuk video, ianya adalah untuk bersembahyang di tempat awam dan untuk merakamkan apa reaksi yang kami akan dapat. Jadi, kami mengambil keputusan untuk mendapatkan kompas, melakukan wudhu, keluar dan bersolat sunnat 2 rakaat pada Allah dan memfilemkan apa reaksi yang kami akan perolehi.  


Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada dunia bahawa umat Islam adalah lebih aman dari apa yang mereka fikirkan. Hampir semua orang begitu baik dan menghormati kami yang berdedikasi dan setia kepada agama kami. Berharap anda semua menikmati video ini dan MEREBAKKAN KASIH SAYANG! Terima kasih banyak-banyak...."


Resepi Telur Rebus Berdaging


Pada kali ini saya kongsikan pula resepi mudah sebagai lauk sampingan makan tengah hari atau malam anda, dengan menggunakan bahan dari keluaran syarikat RAMLY FOOD PROCESSING SDN BHD.

TELUR REBUS BERDAGING

A:  5  biji    Telur Ayam (gred C) - direbus
 

B:  6  keping   Burger Ayam Rasa Panggang Ramly
    1  sudu besar  Sos  Sotong
    2  sudu besar  Serbuk Roti 
    1  biji    Cili Merah – cincang halus
    1  biji    Putih telur
    1  sudu kecil  Serbuk Lada Hitam
 

C: Pewarna Merah
 

D: Minyak masak untuk menggoreng
 

Hiasan :       
-Tasty Mayo Ramly 
-Tomato
 

CARA-CARA PENYEDIAAN :
 

1.  Telur ayam direbus  terlebih dahulu, sejukkan dan kupas kulit dan ketepikan.

2.  Lembutkan Burger Ayam Rasa Panggang Ramly dan masukkan sos sotong,
serbuk roti, cili merah, telur putih dan serbuk lada hitam. Masukkan sedikit
pewarna merah.

3.  Kepal-kepalkan inti ayam bersama telur rebus.

4.  Panaskan minyak dan goreng telur, biar garing dan toskan.

5.  Hidang dengan membelah telur tadi dan hias bersama Tasty Mayo Ramly dan
tomato.

SIFU Malaysia : Download Percuma Laporan Esklusif Rahsia 9/10

 
Semua orang sudah sedia maklum tentang perkara ini,  “9/10 Rezeki Adalah Menerusi Perniagaan”.  Saya pasti, anda yang akan membaca laporan ini juga sangat setuju dengan kenyataan ini.  Jika anda sudahpun menceburi dunia perniagaan,  syabas saya ucapkan, saya doakan perniagaan anda akan terus bertambah maju. Manakala, bagi anda masih lagi belum memulakan perniagaan.... Saya harap, laporan ringkas ini akan dapat memberikan anda lebih semangat untuk bergerak dan melangkah ke dunia perniagaan yang akan anda ceburi kelak.

Laporan ini mengandungi pelbagai tunjuk ajar dan nasihat yang menjurus kepada betapa luasnya rezeki yang ada dalam dunia perniagaan. Ia dikongsikan melalui pelbagai cabang nasihat terutamanya dari segi perniagaan dalam Islam.

Sememangnya, untuk berhijrah dari dunia makan gaji kepada dunia keusahawanan, ianya adalah satu proses penghijrahan yang agak besar. Ianya memerlukan kepada cara berfikir serta bertindak yang sangat berbeza.
Oleh itu  persediaan yang mantap, sama ada dari segi ilmu, emosi dan fikiran, perlu dilakukan sebelum proses penghijrahan boleh dilakukan.

Untuk muat-turun laporan ini secara percuma, sila klik link di bawah ini  :

Jambatan Hang Tuah jadi lokasi maksiat

Laluan bawah Jambatan Hang Tuah

Pemandangan serta lanskap di tepian Sungai Melaka cantik dan menarik untuk dijadikan sebagai lokasi untuk berjoging atau bersiar-siar menenangkan fikiran terutamanya di waktu petang atau malam disamping hembusan angin yang melegakan.

Namun apabila tiba di bawah Jambatan Hang Tuah, Melaka, ada pasangan kekasih menjadikan lokasi berkenaan sebagai "port" untuk berdua-duan.  Lagaknya seperti mahu berbincangan sesuatu yang serius. Tetapi pastinya jika dalam keadaan demikian, "sesi perbincangan" akan bertambah hangat dengan aksi tangan yang memegang itu dan ini.  Ia akan berlarutan kepada ciuman.  Maka benarlah kata perumpamaan iaitu "cinta itu buta" kerana kebanyakkan pasangan bercinta teraba-raba.

Harap pasangan yang berhajatkan sesuatu, berusaha untuk merealisasikannya dengan cara yang dapat menghalalkan hajat itu.  Jangan jadikan tempat bersejarah atau menarik di Melaka ini sebagai lokasi memadu kasih kerana ia akan menjejaskan imej negeri dan negara ini pada pandangan mata pelancong luar negara.  Paling utama ingatlah ajaran yang di bawakan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Inilah ruang-ruang yang menjadi pilihan pasangan bercinta untuk membuat "perbincangan". Kalau waktu siangpun mereka tidak segan silu untuk berduaan, apatah lagi apabila hari semakin gelap.

Keadaan terbaru Masjid Kampung Hulu,Melaka

Pemandangan Masjid Kampung Hulu dari luar

Artikel ini adalah lanjutan daripada artikel yang saya terbitkan di dalam blog ini bertajuk "Keadaan terkini Masjid Kampung Hulu, Melaka", yang disiarkan pada tarikh Ahad, 2 Jun 2013.  Dimaklumkan kepada para pembaca, Masjid Kampung Hulu telah dibuka semula sepenuhnya kepada jemaah sekitar untuk bersolat fardu dan sunat serta solat Jumaat.  Ianya mula dibuka sepenuhnya pada awal bulan Oktober 2013 (lewat dari tarikh asal yang dijanjikan kontraktor).

Berikut adalah gambar-gambar pemandangan sekitar masjid berkenaan :

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan