Resepi Popia Simpul (serunding udang kering)

 

Popia simpul merupakan antara makanan ringan yang agak popular di kalangan masyarakat Melayu dan mungkin juga di kalangan rakyat Malaysia yang lain. Ianya biasa di makan pada waktu-waktu minum petang dan tempahan popia simpul akan meningkat menjelang musim perayaan.  Saya sendiri pernah menjual popia simpul di sekitar Jalan Hang Tuah, Melaka iaitu di kedai saya (walaupun saya berbisnes berasaskan komputer)

Bahan-bahannya:

1 paket kulit popia size 8" X 8" (50 keping) - Boleh dapat 1 kg popia simpul

 Inti :

  • 200 g udang kering, direndam
  • 400 g kelapa parut
  • 3 camb minyak
  • 200 ml air } diambil air asam jawa
  • 1 camt asam jawa}
  • 1 camb ketumbar } disangai (goreng tanpa minyak)
  • 2 camt jintan manis}dikisar halus
  • 1 camt jintan putih }
  • 1/2 camt serbuk kunyit
  • 2-3 camb pes cili
  • 1 helai daun kunyit, dikoyak
  • garam, gula secukupnya

Bahan kisar :

  • 1 labu bawang besar
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 cm lengkuas
  • 1 btg serai

Cara membuat inti :

  1. Kisar atau tumbuk udang kering hingga hancur. 
  2. Goreng kelapa tanpa minyak hingga keemasan. 
  3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar, rempah kisar, serbuk kunyit dan pes cili hingga wangi.
  4. Tuangkan air asam jawa, garam dan gula. 
  5. Bila mendidih, masukkan daun kunyit dan udang kering. 
  6. Kacau tanpa henti hingga agak kering kemudian bubuh kelapa goreng. 
  7. Kacau lagi hingga menjadi seperti serunding.

Cara membuat popia simpul :

  • Kulit popia di bahagi kepada 8 bahagian. 
  • Ambil 1 bahagian kulit popia yang telah dipotong tadi dan ceraikan. 
  • Ambil 1 lapisan...letak inti dalam 1g kemudian gulung dan simpul. 
  • Buat sehingga semua kulit popia habis.

Resepi kuih Vadai


Vadai atau (vada, wada, vade), disebut 'Wah-dei', merupakan sejenis makanan orang India selatan. Terdapat dua jenis Vadai iaitu Ulundu Vadai yang diperbuat dari dal dan kentang. Terdapat juga hirisan cili hijau, daun kari dan bawang merah dicampurkan sekali.

Satu jenis lagi adalah Ulundu Vadai yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah. Ulundu Vadai biasanya lebih sedap sekiranya dimakan bersama chutney atau kuah kari. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak.

Pada artikel kali ini, saya kongsikan salah satu resepi kuih vadai yang diambil dari rakan saya di facebook.

Bahan-bahan :

1 cawan kacang dhal - rendam semalaman atau kurang-kurangnya 2 hingga 3 jam
1/2 labu bawang besar - potong halus
2 biji cili kering - potong halus
1/2 camt jintan manis / kasar (pilihan)
Sedikit daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit tepung gandum (dlm 1/2 cawan)
Minyak utk menggoreng

Cara-cara pembuatannya :

1) Kisar kacang yang telah direndam dan kembang. Jangan terlalu halus
2) Keluarkan kacang dan tapis / buang airnya.
3) Setelah itu masukkan bawang, cili, jintan, daun kari, gula dan garam ke dalam kacang. Gaul hingga sebati dan cukup rasa.
4) Tabur sedikit tepung untuk memekatkan dan supaya melekat.
5) Ambil adunan, bulat dan leperkan kemudian terus masukkan ke dalam minyak yang panas.
6) Kawal penggunaan api / minyak dan pastikan kuih benar-benar masak sekata dan tidak hangus. Angkat dan toskan minyaknya.

Bayi menari Gangnam Style


Sangat lucu apabila seorang bayi berusia dalam lingkungan tujuh bulan asyik menonton video dari "Psy" dan meniru tarian Gangnam Style.  Sebenarnya bayi sudah mula berkebolehan untuk mempelajari sesuatu di alam nyata ini sejak dalam kandungan ibu lagi.  Jika kita mengajar bayi dengan pelbagai perkara yang baik, insya Allah bayi itu akan membesar dalam keadaan yang cemerlang.

Atas sebab inilah dalam Islam telah menyarankan ibu-ibu ynag mengandung untuk memperdengarkan bacaan ayat suci AlQuran dan membuat amal kebaikkan kerana ia memberi kesan pada anak dalam kandungan. Kemudian diperingatkan lagi bayi itu ketika lahir dengan azan dan iqamah.

Program Keusahawanan Belia JAM-BU


Pernahkah anda bermimpi untuk menjadi seorang usahawan dengan memulakan perniagaan anda sendiri tetapi tidak mempunyai dana kewangan untuk berbuat demikian? Atau jika anda tidak pasti apa produk untuk dijual?  Jika anda seorang Belia di antara 18 – 30 tahun, Program Keusahawanan Belia JAM-BU (YEP) adalah untuk ANDA

Anda boleh memiliki KEDAI ONLINE SENDIRI melalui laman web JAM-BU dan aplikasi Android and iOS JAM-BU, menjual pilihan produk dari 9 kategori hebat. Anda akan menjalani simulasi langsung dalam membuat keputusan untuk produk dan pengurusan stok (termasuk menentukan harga jualan) dan juga untuk melatih minda kreatif anda untuk menjalankan pelbagai kempen pemasaran melalui laman web JAM-BU & aplikasi JAM-BU untuk meransang jualan produk anda.

Bahagian yang terbaik ialah anda akan dapat SIMPAN SEMUA KEUNTUNGAN dibuat dalam program ini. Nantikan ganjaran tunai untuk belia dengan pencapaian terbaik dari setiap kategori!

Tentang JAM-BU YEP

Program Belia Keusahawan JAM-BU (YEP) telah ditubuhkan oleh 3zquare Sdn Bhd pada Julai 2013, dengan visi untuk terus berkembang dan mewujudkan usahawan baru di kalangan belia Malaysia (mahasiswa dan orang dewasa muda yang bekerja umur 18 – 30).

Program Belia Keusahawan JAM-BU (YEP) akan menggunakan platform laman web dan aplikasi Android and iOS JAM-BU. Anda boleh:

JUAL – JAM-BU akan menyediakan platform digital, 5 produk (dipilih oleh belia) dalam setiap bakul, gerbang pembayaran, logistik di seluruh negara dan tips pemasaran yang diperlukan dan sokongan untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan.

BELI – Aplikasi CLOUD MALL online menawarkan pelbagai barangan sesuai untuk Belia dengan harga yang menarik. Melalui platform JAM-BU, peserta-peserta kedai YEP dan produk-produk yang disenaraikan di sini. Peserta YEP akan dapat menyimpan semua keuntungan yang dibuat daripada transaksi jualan produk mereka dari platform JAM-BU.

HUBUNG  - Sentiasa berhubung dengan rakan-rakan dan lain-lain pengguna JAM-BU melalui aplikasi Android and iOS JAM-BU PERCUMA dari Google Play Store dan Apple App Store yang membolehkan anda Membeli-belah, Sembang, Terima informasi terkini, Imbas Kod QR dan  ciri-ciri lain yang menarik! Semua ciri-ciri ini akan menyokong peserta YEP dalam pemasaran dan strategi jualan beliau.

Berminat untuk menyertai? Baca lagi!
  1. Siapakah yang boleh menyertai JAM-BU Program Keusahawanan Belia?
    Belia Malaysia umur 18-30 boleh mengambil bahagian dalam program ini.
  2. Apakah perkara yang terbaik tentang menyertai JAM-BU Program Keusahawanan Belia?
    Ia adalah cara yang paling hebat untuk mempunyai kedai online anda sendiri tanpa kos dan memperoleh wang saku tambahan untuk berbelanja!
  3. Adakah saya perlu membayar untuk menyertai program ini?
    Tidak, tiada bayaran pendahuluan dikenakan. Walau bagaimanapun, kami akan memotong yuran pemprosesan (hanya sekali) RM10 ke atas bayaran keuntungan pertama anda. Sekiranya nilai transaksi jualan adalah lebih rendah daripada RM10, tiada bayaran daripada jualan bulan pertama akan dibuat dan kos pentadbiran akan ditolak daripada kitaran bayaran seterusnya.
  4. Bagaimana saya boleh mendaftar untuk program JAM-BU YEP?
    Terdapat 3 langkah:
a) Lawat http://yep.jam-bu.com dan klik pada butang ‘Daftar’. Anda perlu mengisi borang dalam talian dan mewujudkan Profil Kedai anda.

b) Sila pilih kategori barangan dan menamakan 3 pilihan bakul untuk diri sendiri. Klik ‘Hantart’ apabila selesai.

c) Pentadbir JAM-BU akan menghantar e-mel untuk mengaktifkan akaun anda dengan nama pengguna, kata laluan dan 1 pilihan bakul diluluskan dari pencalonan anda dalam tempoh 48 jam.

d) Apabila anda telah menerima e-mel dengan nama pengguna dan kata laluan anda, sila login melalui http://yep.jam-bu.com. Anda boleh log masuk ke laman web YEP untuk memantau prestasi anda dan juga menerima tips Pemasaran tentang bagaimana anda boleh menggunakan alat percuma dalam laman web JAM-BU dan mobile aplikasi percuma, untuk meransang lebih jualan produk anda.

Sepuluh info mengenai bayi dalam kandungan


Bayi dalam kandungan merupakan suatu peringkat yang sangat penting dalam menentukan pembentukkan minda anak sebelum dilahirkan dan semasa dia dilahirkan. Jika ibu bapa menjaga kandungan ini dengan segala kebaikkan dan cukup khasiat yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan, insya Allah pasangan suami isteri akan mendapat zuriat yang sempurna zahir dan batin.

Namun bagaimanakah keadaan yang bayi itu alami ketika berada dalam kandungan ibunya?. Maka pada artikel kali ini, saya kongsikan gambaran alam rahim ibu yang menjadi tempat tinggal bayi selama 9 bulan :

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya. (Sangat setuju...)

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan