Dipaksa menjadi follower oleh blogger pendesak

 

 Ayat pertama dari blogger yang dimaksudkan oklah juga, masih boleh diterima, tetapi ayat yang kedua darinya itu menimbulkan provokasi. Walauapapun alasan, hati-hati bila berbicara, menulis atau menaip. Kalau ada yang menyuruh saya "think positif", maka sebelum itu sepatutnya si pelaku patut fikirkan dengan berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang "statement"


Assalamualaikum...

"Perlukah kita dipaksa bersedekah setelah orang lain bersedekah pada kita?
Perlukah kita dipaksa beli barang setelah orang lain beli barang dari kita?
Di manakah keikhlasan dalam "mengikuti" atau mendaftar dalam senarai blog seseorang andainya hanya mengharapkan balasan (mendesak) yang sama?...."

**kata-kata di atas bolehlah dianggap sajak spontan....


Apabila anda membuat blog, selain dari mengharapkan artikel anda dibaca, dikomen dan menjadi sebutan ramai, pasti tersemat di dalam fikiran untuk mengharapkan blog anda diikuti oleh para pembaca dalam erti kata lain menjadi "follower" anda.  Namun sukakah anda jika anda didesak atau dipaksa menjadi follower sesuatu blog?

Seperti pada mesej dalam kotak jalur merah pada gambar di atas, tak sampai sehari, saya telah menerima mesej kedua dari blogger yang menggunakan nama samaran "Jie" yang menunjukkan seolah-olah saya ini seorang yang tidak prihatin dan tidak jujur.  Saya yang blogwalking terlebih dahulu pada blog beliau sebelum tuan punya blog itu datang ke blog saya. Apakah beliau tidak menghargai saya ini yang telah memberi trafik percuma padanya?.

Perlu sangat-sangat dijelaskan di sini bahawa saya tidak menganjurkan apa-apa segmen khas untuk mengajak pembaca atau pengunjung blog ini agar menjadi follower.  Saya juga tidak berjanji apa-apa semasa melawat blog orang lain. Malah sepanjang saya berblog dari tahun 2008 hingga kini, saya tidak pernah menyuruh orang lain menjadi follower saya.  Anda bebas pada bila-bila masa menjadi follower blog ini, tiada paksaan.  Saya pernah juga menjadi follower blog orang lain tetapi orang itu tidakpun menjadi follower blog saya namun saya tidakpun menghantar mesej untuk memaklumkan "ketidakjujuran" seperti yang dimaksudkan oleh blogger Jie itu.

Jika apa yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan atau masih belum berlaku seperti yang dihajati..., JANGAN lah terlalu cepat buat kesimpulan andai orang lain tidak menjadi follower dalam jangkamasa terdekat... Setiap perkara yang berlaku pasti ada sebab yang nyata. Kemungkinan seseorang blogger itu tidak perasan followernya bertambah, tidak online, sibuk dengan kerja atau lain-lain alasan yang unik.

Jangan jadi seperti jurujual yang memaksa orang lain beli barang... ini menimbulkan rasa tidak selesa walaupun barang itu mungkin berkualiti tinggi dan baik. Jika anda tidak ikhlas dan mendesak orang lain untuk menjadi follower ini boleh mematikan hasrat orang lain untuk buat hal yang sama... 

 
Buat pemilik blog "Let's we make a story", 
artikel ini secara tak langsung mempromosikan blog anda, 
saya siap bubuh alamat blog anda pada imej di atas.... 
Tak cukup baik lagi ke cik adik oii?

Destinasi Pelancongan : Air Terjun Gunung Ledang / Air Terjun Asahan

 


Assalamualaikum...

Sudah berapa lama anda tidak mandi atau berkelah di air terjun?. Disebabkan airnya berpunca dari sumber asli dari bukit, maka airnya begitu dingin dan sangat menyegarkan tubuh badan yang lesu.  Kali ini saya ingin mempertonjolkan kawasan air terjun yang melibatkan dua negeri di selatan Semenanjung Malaysia iaitu di Johor dan Melaka.

Air Terjun Gunung Ledang atau adakalanya dipanggil Air Terjun Asahan merupakan destinasi yang bersejarah (dikaitkan dengan lagenda Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang) dan sesuai dikunjungi oleh pencinta alam buana.  Mata airnya yang berpunca dari Gunung Ledang yang berada di dalam kawasan daerah Ledang, negeri Johor.  Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Maka atas faktor geografi, air terjun ini dikongsi oleh dua buah negeri.

Air Terjun Gunung Ledang / Air Terjun Asahan merupakan sebuah kawasan rekreasi yang sesuai untuk semua golongan. Kawasan riadah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur termasuk tempat penginapan. Antara tarikan utama pusat rekreasi ini adalah sungai-sungai dan air terjunnya yang nyaman dan menyegarkan. 

Di kawasan peliharaan ini, para pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti perkhemahan, meredah hutan, mandi-manda, "bird watching", seminar dan kem motivasi. Disamping menjalankan aktiviti, para pengunjung juga berkesempatan melihat pelbagai jenis dan spesis flora dan fauna antaranya orkid hutan dan periuk api hutan yang pastinya cantik dan menarik.




Nak tahu lokasi dan alamat ke sini...?  Google maps kan ada... :-)

Sesuatu yang dinginkan dan hakikat yang dilupakan

Salam sejahtera.....
Keredhaan Allah merupakan nikmat yang paling agung, yang hanya dimiliki oleh insan yang bertaqwa kepada-Nya. Ketaqwaan itu hanya dimiliki oleh insan yang beribadah dan beramal soleh. Sedangkan amal soleh yang memperoleh keberkatan adalah amal soleh yang disertakan dengan ilmu. Jadi ilmu adalah sumber segala kekuatan untuk memperoleh keredhaan Allah.
Saidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata "Ada dua orang yang mendatangkan bala bencana kepada kita iaitu orang yang berilmu yang tidak menjaga kehormatan dan orang yang bodoh yang kuat beribadah. Orang yang bodoh itu menipu manusia dengan amalnya sedangkan orang yang berilmu itu menipu manusia dengan kelalaiannya."

Dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya sesuai dengan tuntutan Islam maka kita akan memiliki hati yang mulia.  Hati yang mulia dalam erti kata yang sebenar akan meninggalkan dunia yang sia-sia, bersederhana dalam hidup serta bersyukur atas nikmat kurniaan Allah SWT...
"Ketika kita ingin hidup KAYA, kita lupa bahawa HIDUP adalah KEKAYAAN.

Ketika kita takut MEMBERI, kita lupa bahawa semua yang kita miliki adalah PEMBERIAN.

Ketika kita ingin jadi yang TERKUAT, kita lupa bahwa dalam KELEMAHAN... Allah SWT memberi kita KEKUATAN.

Ketika kita takut RUGI, kita lupa bahawa HIDUP KITA adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.

HIDUP ini sangatlah INDAH jika kita MENSYUKURI apa yang sudah ada.

Ada kalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK, tetaplah Berusaha menjadi lebih baik, Kerana semuanya akan menjadi indah bila tiba waktunya
..."

Keputusan bola sepak AFC Cup 25 April 2012 : Terengganu - Song Lam Nghe An (Kumpulan F)

 

Ini merupakan perlawanan ke lima kumpulan F, AFC Cup 2012 antara wakil Malaysia iaitu Terengganu bertemu dengan wakil dari negara Vietnam, Song Lam Nghe An.

KEPUTUSAN AKHIR

TERENGGANU  6  -  2  SONG LAM NGHE AN

Terengganu menjaringkan gol pada minit 6, 12, 34, 37, 72 dan 88.  Manakala Song Lam Nghe An hanya mampu membalas dengan dua jaringan iaitu pada minit ke 28 dan 83.

Resepi Sambal Kering Ikan Bilis



Assalamualaikum...

Ramai yang mengatakan bahawa sambal adalah pembuka selera tak kiralah apa jua jenis sambal.  Jika kena dengan gaya masaknya serta dimakan bersama dengan ulam segar, pasti berpinggan-pinggan nasi ditambah, sangat menyelerakan.

Resepi sambal yang saya kongsi pada hari ini adalah menggunakan ikan bilis.  Ianya adalah satu resepi ringkas dan mudah disediakan, amat sesuai untuk orang bujang ataupun pelajar-pelajar institut pengajian tinggi.  Kemahiran memasak makanan seperti ini penting bukan sahaja untuk orang bujang atau golongan pelajar, malah sebelum seseorang ingin berkahwin.  Paling tidakpun berasaplah juga dapur tu...


Bahan-bahan resepi :

100 gram, kurang atau lebih ikan bilis halus / sederhana (dibasuh dan ditoskan)
10 tangkai cili kering (tambah jika nak pedas - dikisar)
1 labu bawang besar (dipotong membulat)

4 biji bawang merah (dikisar)

4 biji bawang putih (dikisar
)
sedikit air asam jawa (
jumlah mengikut citarasa masing-masing)
garam dan gula (secukup rasa)


Cara penyediaan :

-Sediakan kuali kecil atau sederhana besar. Panaskan 3 atau 4 sudu besar minyak masak dengan api yang sederhana dan goreng ikan bilis sehingga garing dan toskan.

-Tumis bahan-bahan kisar dengan menggunakan minyak lebihan menggoreng ikan bilis tadi sehingga terbit aroma (tumis lebih lama dengan api kecil supaya cili benar-benar masak dan tidak tengit).

-Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga kering. Tutupkan api. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng dan gaul sehingga rata. Biarkan seketika di dalam kuali.

-Sebagai pilihan, boleh juga dicampurkan dengan petai, kacang tanah atau tempe goreng. Nak campurkan semua pun boleh je, asalkan perut masing-masing boleh terima.

-Jika inginkan sambal basah, lebihkan sedikit air suam (bermasak/bertapis) semasa memasukkan air asam jawa.

-Lain sungai lain buaya, lain orang lain cara masaknya.... Harap para pengunjung faham ye...


*p/s : jika cukup bahan di dapur, saya suka memasak sambal udang  :-)

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan