Keputusan bola sepak AFC Cup (Kelantan - Navibank Sai Gon) : 24 April 2012


Perlawanan ini merupakan perlawanan ke lima Kumpulan H antara Kelantan yang bertemu dengan wakil dari negara Vietnam iaitu Navibank Sai Gon di Stadium Thong Nhat.  Perlawanan bermula pada pukul 7.00 malam waktu Malaysia.

Kelantan mula meraih gol dalam separuh masa kedua.  Gol pertama dijaringkan pada minit ke 80 oleh Indra Putra Mahyuddin melalui sepakan percuma. Gandingan Mohammed Ghaddar dan Nurshahrul Idlan Talaha yang dimasukan pada separuh masa kedua perlawanan memperlihatkan hasil yang baik. Mohammed Ghaddar dengan lincah "membelah" pertahanan Navibank Sai Gon di sebelah kanan gawang gol setelah mendapat bola dari hantaran Nurshahrul Idlan Talaha dan berjaya menjaringkan gol pada minit ke 83, sekaligus gol kedua dan kemenangan untuk negeri Kelantan.

Keputusan perlawanan lain dalam Kumpulan H ini ialah antara Ayeyawady yang mewakili negara Myanmar dan Arema mewakili negara Indonesia.  Arema berjaya mencapai kemenangan pertama dalam peringkat kumpulan ini, menewaskan lawan dengan jaring 3 berbalas 0.

 KEPUTUSAN AKHIR

NAVIBANK SAI GON  1   -   2  KELANTAN

Destinasi Pelancongan : Pantai Remis Kuala Selangor, Selangor

 
Pantai Remis Kuala Selangor terletak 20 kilometer arah selatan Kuala Selangor iaitu di Sungai Sembilang, Jeram yang mana ia merupakan salah satu lokasi " eko-pelancongan" yang semakin di gemari oleh pelancong.

Para pengunjung berpeluang berjalan di persisiran pantai sambil menghirup udara segar serta menikmati keindahan alam dan menikmati keenakan makanan laut selain menjalankan aktiviti seperti :

a. Beriadah bersama keluarga dan kawan-kawan.
b. Bermain layang-layang atau mengemudi perahu layar
c. Mencari hidupan laut seperti ikan, pari, sotong, kerang, ala-ala dan mentarang.
d. Aktiviti memancing
e.Sukan air dan pantai

Pengunjung dapat membeli belah disekitar kawasan pantai kerana terdapat beberapa usahawan yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, kraftangan, buah-buahan, sayur-sayuran, hasil tangkapan dari laut, makanan serta minuman.

Di sini juga lokasi yang cantik untuk melihat matahari terbenam sambil menenangkan fikiran, juga sesuai untuk mereka yang minat dalam bidang lukisan untuk melukiskan keindahan alam.

Keputusan perlawanan bola sepak Piala FA 2012 : separuh akhir pertama

 

Debaran penyokong empat pasukan bola sepak kian memuncak dalam aksi Separuh Akhir Pertama Piala FA 2012, yang berlangsung di Stadium Sultan Mohammad IV dan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Kelantan dan Terengganu menjadi tuan rumah melayan kunjungan Kedah serta Sime Darby.

Separuh Akhir Pertama


KEPUTUSAN AKHIR


Kelantan  1  -  1  Kedah
**yang jadi isu :-
-dua kad merah : satu untuk pemain Kelantan dan Kedah.
-masa tambahan 8 minit diberikan pengadil


Terengganu  1  -  2  Sime Darby
**yang jadi isu :-
 -penyokong Terengganu berhimpun diluar stadium selepas tamat perlawanan

Video kreatif sempena perlawanan separuh akhir pertama Piala FA 2012 : Kelantan - Kedah

 
Gaduh disebabkan "nasik" (potato rice crisp)
Assalamualaikum.....

Pastinya pada malam ini, debaran penyokong pasukan bola sepak Kelantan dan Kedah kian memuncak dalam aksi Separuh Akhir Pertama Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Sultan Mohammad IV, pada pukul 8.45 malam. TV1 menyiarkan perlawanan ini secara langsung.  Perlawanan lain iaitu antara Terengganu bertemu dengan Sime Darby di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.  Astro saluran 801 menyiarkan secara langsung perlawanan ini.

Maka sempena perlawanan berkenaan, segelintir peminat bola sepak tempatan yang dikatakan dari UiTM telah membuat video kreatif ini dan telah dimuat-naik ke laman web Youtube.  Ia menceritakan mengenai dua penyokong dari pasukan berbeza yang berselisih faham mengenai istilah "nasi" (potato rice crisp ). kemudian didamaikan dan disatukan semula oleh penyokong yang "neutral".  

Jika diamati lirik pada lagu yang ada dalam video ini, mereka menasihatkan kepada penyokong-penyokong pasukan bola sepak berlainanan bahawa yang berbeza hanyalah warna jersi baju.  Yang penting kita adalah semangat kesukanan rakyat Malaysia dan belajarlah untuk memahami adat pertandingan yang menentukan kalah dan menang.


Kepelbagaian makanan tradisional negeri Kelantan

Salam sejahtera.....

Ada ketikanya kita akan teringin untuk menikmati makanan yang unik dan berbeza rasanya, seperti makanan dari negeri Kelantan. Jangan pula hairan, kerana keunikan itu juga menyebabkan ada mereka yang sanggup memandu berjam-jam lamanya hanya semata-mata untuk menikmati juadah di negeri Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini. Negeri di Pantai Timur ini mempunyai kesinambungan budaya yang agak unik.

Gabungan kaum Melayu, Cina, India serta masyarakat Thailand berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada 'hidangan Malaysia' sekaligus menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar.

Mungkin ada yang akan tertawa atau berkerut dahi apabila mendengar nama kuih seperti Tahi Itik, Kuih Kartun, Badak Berendam, Abang Balik Gelisah, Che Abang Guling, Lompat Tikam, Lidah Buaya dan macam-macam lagi nama yang diberi. Namun, di sebalik nama yang pelik itu, rasanya amatlah lemak dan manis sekali. Ada juga beberapa jenis makanan ini mempunyai persamaan dengan negeri-negeri lain di Malaysia ini.

Begitu juga dengan hidangan Nasi Kerabu, Nasi Berlauk, Nasi Tumpang, Laksam atau Solok Lada yang sinonim dengan Kelantan sehingga membuat anda terkenang-kenang keenakan makanan itu. Benarlah seperti lagu nyanyian pelakon dan pelawak Jalil Hamid yang bertajuk "Makan".  Yang pelik dan unik itulah yang menjadi faktor pelaris untuk orang ramai berkunjung ke sesuatu tempat.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan