Ada ketikanya kita akan teringin untuk menikmati makanan yang unik dan berbeza rasanya, seperti makanan dari negeri Kelantan. Jangan pula hairan, kerana keunikan itu juga menyebabkan ada mereka yang sanggup memandu berjam-jam lamanya hanya semata-mata untuk menikmati juadah di negeri Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini. Negeri di Pantai Timur ini mempunyai kesinambungan budaya yang agak unik.
Gabungan kaum Melayu, Cina, India serta masyarakat Thailand berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada 'hidangan Malaysia' sekaligus menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar.
Mungkin ada yang akan tertawa atau berkerut dahi apabila mendengar nama kuih seperti Tahi Itik, Kuih Kartun, Badak Berendam, Abang Balik Gelisah, Che Abang Guling, Lompat Tikam, Lidah Buaya dan macam-macam lagi nama yang diberi. Namun, di sebalik nama yang pelik itu, rasanya amatlah lemak dan manis sekali. Ada juga beberapa jenis makanan ini mempunyai persamaan dengan negeri-negeri lain di Malaysia ini.
Begitu juga dengan hidangan Nasi Kerabu, Nasi Berlauk, Nasi Tumpang, Laksam atau Solok Lada yang sinonim dengan Kelantan sehingga membuat anda terkenang-kenang keenakan makanan itu. Benarlah seperti lagu nyanyian pelakon dan pelawak Jalil Hamid yang bertajuk "Makan". Yang pelik dan unik itulah yang menjadi faktor pelaris untuk orang ramai berkunjung ke sesuatu tempat.
tolong bgtau yuna leh? ehehe....."
Bawah ini adalah video dari Youtube Fairuz :