Pengajaran dari video anak kucing yang menghadap anjing garang!!!


Assalamualaikum...

Berhikayat soal semangat dan kekuatan mental dalam mengharungi cabaran atau rintangan dalam kehidupan, pasti ramai antara kita pernah merasai jerih perih, pahit maung dalam perjalanan kehidupan ini.

Malah, apa yang dipaparkan dalam "drama dan filem Melayu" di negara kita, adalah menjadi cerminan kepada situasi yang sedang berlaku pada komuniti bangsa kita secara khususnya dan amnya pada masyarakat Malaysia.

Kita sering berasa kerdil apabila berhadapan dengan perkara yang memperlihatkan kekurangan kita sama ada dari segi kewangan mahupun peristiwa di sepanjang jalanan kehidupan.

Rasa rendah diri dan adakalanya rasa terhina oleh cercaan manusia-manusia yang semakin pentingkan hal duniawi dan kebendaan boleh mengakibatkan kemurungan berpanjangan.  Namun kita sebenarnya boleh mengambil sumber inspirasi dari kejadian lain disekitar kita dalam usaha untuk mengekalkan semangat bagi meneruskan kehidupan ini selagi diizinkan oleh Allah S.W.T untuk bernafas.  Salah satu contohnya ada dalam video di bawah ini.  Renungkanlah maksud yang tersirat disebalik kejadian yang telah dirakamkan ini :




**Kita tidak perlu jadi BESAR untuk berani menghadapi cabaran... hanya dengan keyakinan diri,usaha berterusan dan istiqamah dalam tiap pekerjaan, ia mampu mengubah segalanya. Itulah kuasa berfikiran POSITIF.

**Kerjakan solat 5 waktu dan lain-lain ibadah agar iman, fizikal dan mental menjadi lebih ampuh untuk menghadapi dugaan kehidupan di dunia yang fana ini.  Kerana dari situlah hadirnya kekuatan jiwa.

Konsep rumah "sewa hingga milik"



Pakatan Rakyat mencadangkan konsep rumah ‘sewa hingga milik’ sebagai alternatif bagi menyesaikan isu pinjaman perumahan kos rendah yang dibiayai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar juga menyarankan kerajaan tidak mengenakan kadar faedah sekiranya konsep sewaan yang dimasukkan sebagai bayaran kepada pembelian rumah itu dilaksanakan.

“Sebagai contoh, harga rumah RM35,000 dengan masa bayaran melalui sewa selama 25 tahun, akan menjadikan bayaran bulanan hanya sekitar RM117, tidak termasuk kos penyelenggaraan bangunan kerana harga tersebut sudah dimasukkan nilai rumah tersebut.

“Kerajaan juga tidak perlu meminjam daripada KWSP atau institusi kewangan lain. Konsep ini akan juga mengurangkan kos pentadbiran kerana sistem kutipan sewa sedia ada sudah mencukupi.

“Ini adalah konsep semua menang – rakyat senang,” kata Izzah yang juga Naib Presiden KEADILAN dalam surat terbukanya kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dato’ Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Izzah menjelaskan, kadar faedah 6.5 peratus yang dikenakan ke atas pinjaman seperti yang diumumkan Timbalan Ketua Pengarah DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin, terlalu tinggi.

“Kenapa kadar yang lebih rendah, iaitu 2 peratus  dikenakan kepada pinjaman mudah RM250 juta projek National Feedlot Center (NFC), melibatkan suami dan keluarga salah seorang Menteri dalam kabinet Kerajaan Pusat?,” soal beliau.

Dalam pada itu katanya, Pakatan Rakyat menerima cabaran debat yang dikemukakan Raja Nong Chik, berhubung penggunaan RM1.5 bilion dana KWSP untuk membiayai skim pinjaman perumahan berkenaan. Namun tajuk debat itu, kata Izzah, hendak lah menjurus kepada pembiayaian terbaik untuk skim itu.

Keputusan perlawanan bola sepak Liga Super - 14 Februari 2012

Keputusan Perlawanan Liga Super 14 Februari 2012. Siaran secara langsung perlawanan antara Selangor dan Kelantan disiarkan di TV1, manakala perlawanan Johor FC dan Sarawak disiarkan di Astro Arena 801
KEPUTUSAN SEMASA
SABAH  2 - 0  KUALA LUMPUR | Stadium Likas, Kota Kinabalu
JOHOR FC  1 - 2  SARAWAK | Stadium JCorp, Johor
SELANGOR  2 - 1  KELANTAN | Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur

PERAK  1 - 2  LIONS XII | Stadium Ipoh, Perak
NEGERI SEMBILAN  1 - 1  PKNS | Stadium Tuanku Abdul Rahman, Negeri Sembilan
FELDA UNITED  0 - 3  T-TEAM | Stadium Hang Jebat, Melaka
TERENGGANU  1 - 1  KEDAH | Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Terengganu

Faktor penyumbang pembentukan kelemumur, cara merawat dan pencegahan

 

Assalamualaikum.....

Perempuan atau lelaki pasti ada menghidapi masalah kegatalan kepala akibat kelumumur.  Ada yang menggaru kepala sehingga mengakibatkan kulit kepala luka dan ini akan menyebabkan masalah semakin teruk.  Dalam artikel kali ini saya berkongsi maklumat berkenaan "kelemumur".

Apakah kelemumur?
  • Kelemumur adalah keadaan di mana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan.  Lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari.  Dalam keadaan kelemumur, kulit kepala akan tumbuh lebih cepat dan diperbaharui setiap 11 hari.  Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan di atas kulit kepala boleh menyebabkan bertambahnya pembentukan kelemumur.
Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada pembentukan kelemumur :
  • Daya imuniti (ketahanan) yang rendah
  • Tekanan perasaan
  • Perubahan hormon yang tidak terkawal
  • Pengeluaran sejenis minyak yang berlebihan
  • Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul
  • Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap
  • Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna

 Cara mencegah pembentukan kelemumur :
  • Syampu rambut dengan kerap sekiranya kulit kepala dari jenis yang berminyak.
  • Elakkan penggunaan bahan pendandan rambut secara berlebihan seperti penyembur, gel dan mousse rambut.
 Penggunaan syampu anti kelimumur dan khasiatnya :
  • Syampu yang mengandungi "ketoconazole" mengurangkan pelbagai jenis kulat
  • Kandungan "selenium sulphide" membantu mengurangkan pertumbuhan sel kulat
  • Kandungan "salicylic" membantu menghapuskan kelemumur
  • Mengandungi bahan "tar" untuk memperlahankan pertumbuhan sel

**
- gunakan syampu yang telah mendapat pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia atau badan kerajaan yang berkenaan.

- anda boleh mencuba petua-petua tradisional seperti penggunaan daun lidah buaya dan santan.

Cincau + ais kisar + susu segar + minuman soda - petua untuk mengurangkan panas suhu badan


Assalamualaikum.....

Sebelum ini saya pernah menyatakan petua yang saya amalkan ketika menghadapi saat batuk-batuk, demam dan selsema seperti pada artikel "Pening, demam, selsema, sakit tekak dan batuk-batuk".

Kali ini saya berkongsi satu petua yang telah saya ubahsuai dari resipi asal yang diambil dari laman web "My Resipi" sebagai cara alternatif bagi mengurangkan panas suhu badan...

PERINGATAN
Pastikan anda tidak alah pada bahan-bahan yang dinyatakan di bawah ini

Bahan-bahan ( cadangan untuk 2 orang )

  • 1 gelas susu segar - sejuk dari peti ais 
  • 1 gelas minuman soda (ice cream soda) - sejuk dari peti ais
  • air batu (pilihan)
  • cincau (pilihan)

Cara-cara

  1. Kisarkan susu segar, minuman soda, ketulan ais dan cincau menggunakan alat pengisar.
  2. Setelah dikisar halus, tuang ke dalam gelas dan sedia untuk dinikmati.
  3. Sebagai pilihan, boleh juga diasingkan ketulan ais dari bahan-bahan yang dinyatakan sebelum dikisar.

**sila hentikan minum jika minuman ini menyebabkan anda "rajin ke tandas"....

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan