Siapa Melayu?

 **~ Gambar hiasan~**
Salam sejahtera...

Pagi ini sebelum datang ke kedai, saya terpaksa meredah hujan dengan berpayung.  Lebat juga sehinggakan beg sandang dan kaki seluar basah.  Sesampai saya di perhentian bas, terdapat tiga orang lelaki dan dua buah motosikal.  Salah seorangnya lelaki tua berbangsa Melayu dan dua lagi dari pengamatan saya ialah pemuda berasal dari Indonesia.

Yang mencetus ketidaksenangan perasaan saya ialah pengisian perbualan antara si tua Melayu dengan salah seorang pemuda Indonesia itu.  Perbualan mereka agak panjang dan pelbagai topik disentuh.  Sehingalah menyentuh pada perihal bekerja dengan syarikat kontraktor Melayu dan kontraktor Cina.  Si tua dengan bersungguh-sungguh mengutuk, merendah-rendahkan serta memperbesarkan kelemahan dan keburukkan tauke kontraktor Melayu.  Ironinya, si tua Melayu itu begitu memuji dan menyanjung tinggi tauke kontraktor Cina.

Saya sendiri menyedari kelemahan bangsa Melayu dalam pelbagai segi, tetapi saya tidak pernah mengutuk dan merendah-rendahkan bangsa sendiri di depan bangsa lain.  Jika adapun hal yang saya tidak puas hati dengan bangsa saya sendiri, saya cuma berbincang dan meluahkan perasaan pada orang Melayu lain yang berfikiran terbuka dan positif.  Sikap si tua Melayu itu amatlah menjelikkan.


Tidak semua usahawan Melayu yang menjadi tauke buat hal-hal yang tidak baik.  Bukan disebabkan bangsa seseorang usahawan itu Melayu, yang menyebabkan perniagaan tidak maju, bukan kerana disebabkan "Melayu", yang tidak membayar gaji pekerja dengan baik..  Semua bangsa juga ada yang bermasalah, tidak kiralah sama ada seseorang itu usahawan, peniaga ataupun makan gaji.  Apa-apa hal yang berlaku, janganlah nak disalahkan tauke Melayu bulat-bulat.  Pekerja Melayu pun ada juga yang buat hal.  Bila kerja dengan tauke Melayu, kerja main-main, tapi bila kerja dengan tauke Cina, tahu pula jaga kualiti kerja.

Saya tidak pernah lagi jumpa orang Cina bercerita ataupun menyebarkan keburukkan dan kelemahan bangsa mereka sendiri kepada bangsa lain.  Saya sendiri pernah jadi kuli, dan ketika ini telah menjadi tauke.  Maka, saya sedikit sebanyak sudah memahami masalah akar umbi sebenar.  Saya juga walaupun ada masanya kecewa dengan bangsa sendiri, tetapi tidaklah sampai menyebarkannya pada bangsa lain, sebaliknya saya cuba mencari alternatif untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri dan terlangsungnya untuk bangsa Melayu agar lebih berkualiti di masa hadapan...

"SAYA BANGGA DILAHIRKAN SEBAGAI MELAYU..."

Makan tak habis...!

Assalamualaikum...

Telah lama saya perhatikan.  Memang kebanyakkan orang terutamanya mereka yang kerja makan gaji, mahupun orang yang berpangkat besar (walaupun tak le besar mane...), selalu minum dan makan nasi atau apa saja jenis makanan serta minuman tidak menghabiskannya.  Ada juga yang beri alasan mereka berbuat demikian kerana tidak mahu kelihatan seperti seorang yang pelahap.

Eh... mereka ini entah mazhab mana yang mereka ikuti? Tidak jadi kesalahan jika anda menghabiskan makanan dan minuman anda dengan licin.  Maksud licin di sini bukanlah sampai menjilat pinggan dan cawan.  Maksud saya anda wajib menghabiskan jumlah makanan dan minuman yang anda ambil.  Kalau rasa-rasa tak dapat nak habiskan, patutnya boleh fikir dari awal lagi iaitu ambil lah makanan serta minuman sekadar mencukupi keperluan.  Apakah mereka ini tidak tahu erti perkataan "MEMBAZIR"?  Dalam Islam pun mengatakan membazir itu amalan syaitan dan sesiapa yang mengamalkan pembaziran adalah saudara syaitan.

Apakah mereka yang makan gaji ataupun yang berpangkat "besar" ini tidak mengenangkan kesusahan rakyat negara ini ataupun dari negara lain yang kekurangan makanan?.  Malah, negara Malaysia yang sudah merdeka sekian lama, dengan pelbagai projek mega seperti projek Formula 1, yang kononnya memberi manfaat untuk rakyat, tetapi ada di kalangan rakyatnya yang makan siput babi (seperti yang pernah disiarkan oleh TV3).  Yang miskin bertambah miskin ketika ini, yang kaya masih haloba untuk mengaut seberapa banyak kekayaan sebelum hari "pembalasan".  Pembaziran dan ketirisan dalam pengurusan sumber ekonomi negara berlaku dalam diam.  Jikapun ia berlaku secara terang-terangan, maka akan seberapa segera ditutup oleh pihak-pihak tertentu dari diketahui umum.

Cubalah anda buat sedikit pemerhatian dipersekitaran anda, terutamanya semasa jamuan majlis perkahwinan dan majlis jamuan di hotel-hotel.  Mereka yang datang itu mengambil makanan sehinggakan penuh pinggan. Menggunung nasi dan lauk dilambukkan di atas pinggan.  Selepas itu, cuba anda lihat pinggan mereka setelah mereka beredar dari tempat makan.., apa yang akan kelihatan?  Semacam jadi satu budaya, ambil makanan serta minuman melebihi kemampuan mulut dan perut untuk menghabiskan makanan dan minuman tersebut...

Sendu dihati siapa yang tahu...



Rasa hiba bila janji yang ditagih tidak dikotakan oleh orang yg berjanji...

Rasa pilu bila aku dalam kepayahan, kawan yang dahulunya pernah aku tolong berhabis-habisan, kini buat tak tahu...

Rasa kecewa bila belum mencapai kejayaan dalam setiap perkara yang dirancang, orang lain memandang sepi pada setiap usaha yang aku lakukan...

Kurangkan kos pada masa yang sesuai

Assalamualaikum...

Sememangnya dalam perniagaan, kita memerlukan semangat dan fikiran yang luar biasa dari mereka yang makan gaji.  Cabaran yang dihadapi berkali-kali ganda dari mereka yang tidak berniaga.  Sekiranya mereka yang berniaga cuma ikut-ikutan sahaja, kemungkinan besar mereka ini tidak akan bertahan atau meneruskan perniagaan yang diusahakan apabila menghadapi masalah dan kesukaran.

Minat dan kesungguhan perlu ada dalam setiap perkara yang kita usahakan.  Jika tidak, seseorang itu akan mudah mengalah apabila menghadapi kesukaran dalam perniagaan.  Sekarang sudah masuk tahun kedua saya membuka kedai di Kompleks Hang Tuah, Melaka.  Hampir melepasi "3 tahun sumpahan" bagi usahawan-usahawan yang baru dalam dunia perniagaan.  Jika nak diikutkan, syarikat saya sudah berusia lebih dari tiga tahun, tapi tahun awalnya saya memulakan perniagaan di rumah.

Bulan Julai nanti saya perlu membuat keputusan penting bagi memastikan kelangsungan operasi syarikat saya di premis yang disewa dari MARA Melaka.  Saya terpaksa mengorbankan salah satu perkhidmatan syarikat saya bagi mengurangkan kos operasi.  Pada fikiran saya, ianya lebih baik dari pada terus mengalah dengan cabaran yang datang.

Berniaga ini bukan mudah untuk berjaya.  Kita kena tempuhi ranjau berliku, kesusahan yang berangkai sebelum mencapai kegemilangan dan kenikmatan dalam perniagaan.  Sekiranya ini dapat dilakukan, maka ianya telah menepati maksud tersirat yang ada dalam perkataan keramat iaitu "USAHAWAN".

Peralihan jenis muzik mengikut zaman, ManBai Gersang tak boleh terima

Saya menonton rancangan "Fenomena Seni" yang disiarkan di tv1 kerana tajuknya yang menarik minat saya iaitu berkisarkan tentang kumpulan-kumpulan muzik era tahun 80-an. Salah seorang panel jemputan ialah ManBai, yang pernah menjadi vokalis kumpulan Gersang.

Namun, apa yang mematikan "mood" saya untuk terus menonton rancangan tersebut ialah ManBai mengatakan sesuatu yang menunjukkan dia tidak boleh menerima kehadiran "trio" yang membawa muzik baru di Malaysia iaitu kumpulan muzik yang membawa rentak muzik rap  ( muzik rentak baru selepas rock ) .  ManBai mengatakan bahawa, "kita makan belacan, kenapa nak dengar muzik / lagu itu".  Dia seolah-olah mengatakan muzik baru yang dibawa oleh trio berkenaan menenggelamkan muzik rock.  Dengan erti kata lain, muzik baru iaitu rap bukan budaya Melayu.   Ingin saya bertanya, muzik berentak rock itu berasal dari budaya Melayu kah? Berapa peratus darah Melayu yang mengalir dalam tubuh anda? Muka anda sendiri adakah menyerupai orang Melayu?

Sebelum ketibaan budaya muzik rentak rock, rentak lagu Melayu asli, seperti dondang sayang, zapin serta yang sezaman dengannya telah menguasai dunia hiburan kita pada masa itu.  Namun, apabila tibanya budaya lagu rock, adakah artis ataupun penyanyi lagu-lagu Melayu asli itu mengeluarkan kata-kata marah secara terbuka berkenaan lagu rock? Adakah mereka yang veteran itu tidak boleh menerima hakikat yang lagu rentak rock telah menenggelamkan lagu-lagu Melayu asli? Adakah mereka marah dengan keadaan itu?  Tapi bila tiba peralihan lagu-lagu berentak rock pada lagu-lagu berentak rap, ManBai marah pula... Lantas disebut "makan belacan" dalam komen beliau dalam rancangan siaran langsung "Fenomena Seni", yang dihoskan oleh Rosyam Nor.

Apa kes ni..?  Lagu-lagu dari kumpulan Gersang ada juga yang "best", tetapi masih banyak lagi lagu-lagu dari kumpulan rock kapak, rock besi dan bermacam-macam jenis rock yang lebih sedap didengar jika nak dibandingkan dengan lagu-lagu dari kumpulan Gersang...  Belajarlah terima hakikat mengenai peralihan zaman. muzik rap memang bukan dari budaya Melayu, begitu juga muzik rock, yang pada zaman kemuncaknya, mempunyai imej yang kurang kemas seperti rambut panjang, pakaian ketat, koyak sana sini.  Itu budaya bangsa yang makan belacan kah?  Mungkin dengan "belacan" yang digunakan sebagai penguat hujah si ManBai itu, maka selepas ini sesuai juga beliau dipanggil "ManBai Belacan".

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan