XOX Pro Sport Sdn Bhd beli saham Perak FC pada harga RM1

Pengerusi XOX, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi (dua dari kiri) bersama pengurusan menyaksikan aksi Perak FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur. - FB Perak FC 


KUALA LUMPUR : Anak syarikat milik penuh XOX Bhd, XOX Pro Sport Sdn Bhd, memeterai perjanjian penjualan saham dengan Impact Media & Communication Sdn Bhd untuk mengambil alih 2,500 saham biasa yang mewakili 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Perak FC Sdn Bhd dengan nilai RM1.

XOX berkata pengambilalihan itu merupakan peluang bagi kumpulan untuk meluaskan jangkauan dengan mengembangkan lagi ekosistemnya untuk menggabungkan bola sepak.

"Perak FC mempunyai kira-kira setengah juta peminat, dan Perak terkenal sebagai negeri yang mempunyai peminat bola sepak paling fanatik di negara ini," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Menurut XOX, jumlah pertimbangan pembelian sebanyak RM1 telah dicapai atas dasar kesediaan pembeli dan penjual selepas mengambil kira, antara lain, kerugian selepas cukai Perak FC sebanyak RM2.32 juta dan liabiliti bersih berjumlah RM3.50 juta pada 30 Jun 2021, kesukaran operasi, dan liabiliti tertunggak kira-kira RM7.1 juta setakat 31 Disember 2021.

"Cadangan pengambilalihan itu yang akan dibiayai sepenuhnya daripada dana yang dijana secara dalaman, dijangka selesai pada suku ketiga 2024," katanya. - BERNAMA


Related Posts:

  • Resipi Aiskrim Puding Bahan-bahan : - 1 tin susu pekat (gunakan separuh) - 1 tin susu cair - 1 botol air mineral 1.5 liter - Secubit garam - Puding buah / sumi / jelly  Cara-cara membuat : 1. Masak semua bahan-bahan kecual… Read More
  • Resipi Granola Snack Ia merupakan hidangan yang sangat baik untuk sarapan pagi di perjalanan, bar granola yang lembap dan kenyal ini boleh disesuaikan dengan mana-mana gabungan kacang, biji dan buah-buahan kering. Bahan -bahan : » 1/2 cawa… Read More
  • Lirik dan video klip penuh lagu Hantu - Kumpulan M.I.X Hantu mana hantu ada hantu mana-mana ( 4x ) Nenek-nenek si bongkok tiga, Siang mengantuk malam berjaga Mencari cucu dimana ada nenek ku kawen dengan anak raja Begitulah cerita orang lama-lama tapi ia nya semua telah disal… Read More
  • Keputusan TM Piala Malaysia 2017 (Separuh Akhir Pertama) Separuh Akhir Pertama TM Piala Malaysia 2017 KEPUTUSAN PENUH Felda United 1 - 1 Kedah 62' (penalti - Kedah) 87' (Felda) Perak 1 - 1 Johor DT 18' (gol sendiri dari Johor - Perak) 68' (Jo… Read More
  • Sedekah dalam perniagaan Sedekah dalam berniaga. °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Secara ringkasnya sedekah adalah perbuatan yang membantu kita mengumpul pahala yang amat berguna sebagai "passport" ke syurga. Jika dilihat dengan mata hati, amat… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan