Jalan runtuh di Tuaran, Sabah

 


Tuaran, Sabah : Orang awam yang menggunakan Jalan Kiulu - Rondogung menghala Ranau disarankan mengikuti laluan alternatif di Jalan Tamparuli- Ranau selepas runtuhan tebing menghubungkan Kampung Lokos dan Kampung Pahu, Kiulu pada 17 Mei 2022.

Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Tuaran, Farini Awang berkata, lokasi Jalan Pukak - Pahu - Nulu di Kilometer 19.2 itu ditutup pada 12 tengah malam tadi selepas pihaknya menerima aduan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, pada 13 Mei lalu, berlaku runtuhan kecil di tebing laluan berkenaan selepas hujan berterusan sebelum satu arah laluan ditutup.

Kira-kira 5 petang 17 Mei itu, sekali lagi runtuhan berlaku di lokasi sama menyebabkan kedua-dua arah laluan ditutup atas faktor keselamatan pengguna.

Menurutnya, penduduk di sekitar lokasi juga boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Tomis Tiong - Lokos dan Jalan Bundu Tuhan.

"Kon keselamatan dan papan tanda bahaya dengan pantulan cahaya turut disediakan sebagai persediaan kerja-kerja penyelenggaraan."

"Pengguna diminta mematuhi arahan dan papan tanda yang disediakan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya.

Sehubungan itu, JKR dengan kerjasama syarikat konsesi akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa.



Kredit :
• My Metro

Related Posts:

  • Resepi apam balik keropok (rangup)   Apam balik atau juga dikenali sebagai apom balik, merupakan sejenis kuih tradisi Malaysia dan Singapura, sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang secara bersantai. Ia merupakan sejenis kuih apam berkulit tebal yan… Read More
  • Asia Tenggara dijangka dilanda El Nino Info berkenaan dengan El Nino dan La Nina : - El Niño dan La Niña merupakan fenomena fasa berlawanan putaran iklim semula jadi yang dikenali sebagai Putaran Selatan El-Nino (El Nino-Southern Oscillation - ENSO). Feno… Read More
  • Keputusan Liga Super Malaysia : 10 Mei 2014 Keputusan tiga perlawanan bola sepak bagi Liga Super Malaysia yang berlangsung pada tarikh 10 Mei 2014. Semua perlawanan berlangsung pada 8.45 malam. KEPUTUSAN AKHIR : Sime Darby  2 - 2  Sarawak FA&n… Read More
  • Keputusan Liga Super Malaysia : 9 Mei 2014 Keputusan dua perlawanan bola sepak bagi Liga Super Malaysia yang berlangsung pada tarikh 9 Mei 2014. Semua perlawanan berlangsung pada 8.45 malam. KEPUTUSAN AKHIR :  PERAK 2 - 1 ATM  39' Perak 87'… Read More
  • Hotlink RED : Aplikasi dari Hotlink untuk pengguna Android   Hotlink telah mencipta satu aplikasi berasaskan sistem Android bagi kemudan pengguna pra bayar mereka. Dengan aplikasi tersebut, pengguna dapat mengemak jumlah baki bagi kredit mereka, membuat pembelian pas interne… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan