Katanya nak layan tetamu di rumah rupanya layan lelaki lain di luar

 

Seorang pemuda kecewa melihat kekasihnya keluar bersama lelaki lain sedangkan ketika dihubungi dia memaklumkan sedang sibuk membantu ibunya meraikan tetamu yang hadir beraya ke rumah.

Menerusi rakaman yang dikongsikan seorang pengguna media sosial, dapat dilihat pemuda berkenaan menelefon kekasihnya dan bertanya tentang keberadaannya ketika itu untuk melihat kejujuran gadis tersebut.

“Hello sayang, ada dekat mana,” tanya pemuda tersebut.

Namun, jawapan yang diberikan kekasihnya amat mengejutkan dan menyebabkan pemuda tersebut menitiskan air mata saat melihat orang yang disayangi keluar bergembira bersama lelaki lain.

“Ada dekat rumah, tengah tolong mak, ada saudara nak datang raya, ramai betul,” jawab gadis berkenaan.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut berduka melihat kesedihan pemuda tersebut kerana telah ditipu kekasihnya.

Sementara itu, ada yang tetap memberikan kata-kata semangat dan meminta pemuda itu meninggalkan gadis tersebut kerana dengan jelasnya dia tidak bersikap jujur dalam perhubungan mereka.

“Tinggalkan sahaja perempuan macam itu, terang-terang dia tipu kau, buat apa setia, kalau dia sendiri tak tahu hargai,” pesan Amiruddin.

“Kenapa tak cakap sahaja saya ada di rumah awak ini, tengok apa pula dia nak cakap,” ujar Fieza.

“Tabah lah abang, mungkin dia bukan jodoh yang baik, sebab itu Allah tunjukkan perkara ini jadi depan mata kau, harap kau boleh nilai cinta dia lepas ini, ikhlas atau sebaliknya,” kata Fad Ali. 

Kredit – KOSMO! ONLINE & Tiktok  @haidar






Related Posts:

  • Babak dialog pindah rumah antara Aziz dan Sudin Di bawah adalah sebahagian babak dalam siri filem arahan arwah Tan Sri P.Ramle yang diwarnakan. Kini anda telah tahu warna kain pelikat yang dipakai oleh arwah Aziz Satar dan arwah Shamsudin dalam filem berkenaan  😃 … Read More
  • Resipi Kek Kukus Milo Resipi ini adalah ringkas dan mudah untuk dibuat kerana ia menggunakan bahan yang selalunya telah sedia ada di dapur mereka yang berkeluarga. Bahan-bahan - 1 cawan milo - 1 cawan gula - 1 cawan susu pekat manis - 1 c… Read More
  • Resipi Cheese Bakes Rice Bahan-bahannya : ● Butter untuk menumis ● Bawang putih, bawang merah (dipotong dadu) ● Isi ayam ● Sosej (atau apa2 yg minat) ● Carrot or sayur campur ● Kiub ayam ● Mushroom ● Fresh milk ● Nasi yang sudah dimasak ● Mozzare… Read More
  • Resipi Ayam Goreng macam KFC / Mc Donald's Sekali-sekala kalau makan di restoran makanan segera memang enak. Tapi kalau selalu sangat pergi, boleh "senak" dibuatnya. 😅😁 Oleh itu di bawah ini, saya paparkan resipi buat ayam goreng ala-ala Mc Donald's atau KFC.… Read More
  • Kek Kukus Cheese Coklat Bahan A  -1 cawan gula -1 cawan susu cair -1 cawan koko -1/2 cawan susu pekat -1 cawan minyak Campur semua bahan di atas dan dimasak menggunakan api yang sederhana dan kacau sehingga sebati. Kemudian tutup api … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan