Bilakah boleh lihat "RAJA" baharu Liga Super Malaysia?


Segelintir orang di Malaysia sama ada pengikut sukan bola sepak Malaysia ataupun tidak, mereka memandang sepi dan negatif apabila Kelab Bola Sepak JDT membuat pelbagai usaha untuk membangunkan sebuah kelab bola sepak yang profesional pada masa kini.

Penguasaan JDT dalam Liga Malaysia bukannya bermula sekelip mata. Ia mengambil masa hampir 9 tahun untuk mencapai segala apa yang dilihat ada pada hari ini.  Ia berhasil adalah dari usaha yang bersungguh-sungguh dan tidak culas dalam melaksanakan tanggungjawab.

Penswastaan pasukan atau kelab bola sepak di dalam Liga Malaysia telah lama bermula namun kebanyakkan pasukan lain pada awal saranan FAM untuk persatuan bola sepak berubah kepada kelab swasta dipandang sepi dan ditangguh-tangguh perlaksanaannya. Banyak ketirisan serta keculasan dalam pengurusan kewangan berlaku dalam persatuan bola sepak sehingga masalah pembayaran gaji masih ada kedengaran tatkala Liga Malaysia sudah lama masuk ke era profesional.

Jawapan kepada persoalan "bila kita dapat melihat raja baharu Liga Super Malaysia?" ialah jika semua kelab bola sepak diurustadbir dengan telus, jujur dan bersungguh-sungguh tanpa campurtangan orang politik atau tidak membawa budaya politik kotor ke dalam kelab bola sepak, nescaya ia mampu menjadikan mutu bola sepak sebaik atau lebih dari apa yang dilakukan oleh Tunku Ismail Idris ( Tunku Mahkota Johor ) di Kelab Bola Sepak JDT.  Masa itulah kita dapat lihat "raja baharu" Liga Super Malaysia !










Related Posts:

  • Tujuh ciptaan canggih yang mungkin anda tidak tahu kewujudannya Semakin hari teknologi dalam kehidupan manusia semakin berkembang dan canggih. Ia selaras dengan keperluan semasa yang terdorong oleh pencarian penyelesaian masalah yang dihadapi oleh manusia. Video di bawah merupakan … Read More
  • Resipi Kek Lapis Keju Bahan-bahan : 1 Bungkus biskut marie ikut perisa yang anda suka (original/chocolate/coffee) 1 Cawan susu segar 250gm Cream cheese 100gm Whipping cream non-dairy 3 Sudu besar gula castor 1 Sudu besar gelatin halal 50… Read More
  • Cara membuat Fountain Machine untuk air minuman Fountain Machine atau mesin pancutan untuk air minuman sering kelihatan di restoran makanan segera seperti di Mc Donald dan KFC. Dengan kreatif dan kerajinan, kita juga mampu membuat mesin ala-ala "fountain machine" d… Read More
  • Tunku Ismail - Memenangi jawatan Presiden FAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim diisytihar menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas lawannya, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan keputusan menarik diri daripada merebut… Read More
  • Mengamuk pecah kedai kerana kredit cepat habis Berang apabila kredit telefon prabayar susut RM4 setiap hari, seorang lelaki mengamuk dengan memecahkan pintu kaca dan beberapa telefon bimbit di dua cawangan sebuah syarikat telekomunikasi di bandar Sibu, tengah hari 13 … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan