Mas Kahwin dan Wang Hantaran : ada yang keliru ?


Ada yang masih keliru tentang perbezaan Wang hantaran dan mas kahwin. Pada pasangan yang bakal berkahwin anda perlu tahu kedua-duanya mempunyai perbezaan. Malah, yang lebih mengejutkan ada yang menganggap kedua-duanya adalah wajib dan termasuk dalam rukun perkahwinan.

Di sini kami akan berkongsi apa maksud dan beza antara wang hantaran dan mas kahwin supaya bakal pengantin dan yang masih bujang mudah memahami maksud sebenar.

Wang hantaran

Wang hantaran merupakan hadiah berbentuk wang tunai yang diberikan oleh pihak lelaki kepada keluarga pengantin perempuan. Nilainya bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak keluarga.

Biasanya nilai wang hantaran adalah tinggi kerana ia digunakan sebagai tanggungan majlis pernikahan dan kenduri kendara. Wang hantaran merupakan adat dan ianya tidak wajib serta tidak menghalang perkahwinan daripada berlaku.

Mas kahwin

Mas kahwin atau mahar merupakan pemberian wajib oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan sebagai hadiah perkahwinan. Ianya telah ditetapkan oleh syarak dan nilainya pula adalah mengikut negeri.

Ini kerana ia ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing. Jadi di setiap negeri, kita akan dapati ada perbezaan nilai mas kahwin. Selain itu, ada juga negeri yang tidak menetapkan nilai mas kahwin seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Mas kahwin adalah hak isteri. Ia tidak boleh diambil oleh ibubapa atau si suami melainkan dengan kebenaran si isteri. Allah swt telah berfirman dalam surah an nisa ayat yang ke 4 ;

Berilah mereka mahar dengan penuh ketulusan. Tetapi jika mereka rela memberikan sebagian dari mahar, maka ambillah dengan cara yang halal dan baik...”

(An nisa : 4)



Sumber : Baitulmuslim

Related Posts:

  • Apakah status waktu Imsak di bulan Ramadan? Imsak bermaksud waktu ihtiyat (berjaga-jaga) iaitu 10 minit sebelum masuknya waktu subuh. Kita juga disunatkan untuk melewatkan sahur, namun perlu berhati-hati agar tidak makan melebihi waktu yang telah ditetapkan kerana … Read More
  • Video bekas Mufti beri teguran kepada Sajat Bekas mufti wilayah persekutuan yang kini merupakan Menteri Agama Malaysia iaitu Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri  telah memberi teguran kepada Muhammad Sajjad yang telah membuat video dan pada video berkenaan Sajj… Read More
  • Biodata Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew Di dalam detik wabak Covid 19 yang membadai Malaysia serta kebanyakkan negara lain di dunia, ada insan yang begitu amanah memyampaikan bantuan keperluan harian dan peralatan kepada keluarga atau individu yang fakir dan mis… Read More
  • 21 Pesanan penting dari Ebit Lew Ustaz Ebit Lew membuat amal kebajikan secara terang-terangan kerana beliau menguruskan dana dari sumbangan orang ramai kepada Pertubuhan Kasih Umat Malaysia, yang turut dinaungi oleh beliau. Dengan rakaman video dan gamba… Read More
  • Anda nak tahu kadar zakat fitrah di Melaka dan bayar secara online ? Assalammualaikum WBT dan Salam Ramadan Al-Mubaraq. Kadar zakat fitrah di Melaka ada 2 kadaran yang telah diputuskan oleh JawatanKuasa Fatwa Negeri Melaka iaitu RM7 atau RM14. Anda juga boleh buat bayaran fitrah atas… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan