Bayi penghidap penyakit ‘Germ Cell Tumor’ semakin pulih


Tahap kesihatan adik Ainul Mardhiah yang menghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’ dan kini sedang dirawat di sebuah hospital kanak-kanak di London, semakin hari semakin baik.

Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, berkata, doktor yang merawat anaknya itu memaklumkan perkembangan positif keadaan kesihatan Ainul Mardhiah.

“Doktor kata, Ainul semakin baik hari demi hari. Alhamdulillah.

“Sekarang ini doktor nak bagi Ainul rehat dulu untuk persiapan rawatan seterusnya,” tulisnya dalam hantaran di laman Facebooknya beberapa hari yang lepas.

Ahmad Safiuddin juga mengharapkan agar semua mendoakan bayinya itu agar berjaya melepasi ujian seterusnya.

“Doakan supaya Ainul berjaya melepasi ujian seterusnya ya! Insya-ALLAH, ramai yang mendoakan Ainul ketika ini. Ainul pasti berjaya dengan izin-NYA,” katanya.

Ainul Mardhiah bersama bapa dan ibunya, Nurul Erwani Zaidi, 24, berlepas ke United Kingdom malam Jumaat lalu.

Semasa Ainul Mardhiah menanti masa untuk pembedahan sambil ditemani bapa dan ibunya

Senyuman Ainul Mardhiah selepas pembedahan




Kredit kepada : Ku Lihat Langit Biru

Related Posts:

  • Pencuri dibaringkan dalam keranda di Shah Alam Video di bawah ini dikatakan berkenaan dengan kes pecah kereta di Masjid Al-Hidayah, Seksyen 18, Shah Alam waktu solat Jumaat pada 9 November 2018. Sebahagian jemaah telah berjaya menangkap pencuri berkenaan dan memba… Read More
  • Mohd Hafiz Nor Azman meninggal dunia Dukacita dimaklumkan pelumba negara, Mohd Hafiz Nor Azman disahkan meninggal dunia selepas mengalami kemalangan ketika beraksi di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018. Allahyarham yang juga turut beraksi dalam… Read More
  • Budak sekolah akan berkasut hitam tahun 2019 Mulai tahun depan (2019), semua pelajar sekolah tidak lagi perlu memakai kasut berwarna putih, sebaliknya ia ditukar kepada warna hitam. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, peraturan baharu tersebut dibua… Read More
  • Konsert Malam Kemuncak Karnival Jambatan Sultan Ismail 2019 #Hebahan #KJSI2019 KONSERT MALAM KEMUNCAK KARNIVAL JAMBATAN SULTAN ISMAIL (KJSI) 2019 🎪🎭🎉🎈 Tarikh: 19 April 2019 📅 Masa: 8.30 Malam ⏱ Tempat: Padang Nyiru, Muar 📍 (berhadapan Menara Jam/Laman Maharani) Pelbagai ak… Read More
  • Mohammad Ashraf dikatakan selesa di alam bunian Pelbagai pihak yang terlibat dalam pencarian Mohammad Ashraf telah membuat kesimpulan. Ada yang kata dia terlanggar anak bunian sehingga berdarah kepala anak bunian, disorokkan oleh puteri bunian dan pelbagai lagi versi ce… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan