Bapa saudara Azlee Senario meninggal dunia


Penyanyi era tahun 1960-an, Datuk A Rahman Hassan, 73, meninggal dunia di Hospital Ampang (HA), jam 12.40 tengah malam, 13 Jun 2019, akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.

Anak saudaranya, Azlee Senario, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan anak-anak.

"Doktor meminta isteri, anak-anak dan ahli keluarga datang bertemu arwah apabila keadaannya semakin kritikal selepas Maghrib.

"Arwah hanya bergantung pada alat bantuan pernafasan sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak tiga hari lalu.

"Jenazah dibawa ke kediamannya di Taman Sri Ukay, Hulu Klang, selepas urusan bedah siasat selesai," katanya kepada BH Online.
Allahyarham yang juga vokalis kumpulan Orkes Nirwana yang popular dengan lagu ‘Tak Mengapa’ dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat, selepas solat Zuhur.

Allahyarham dikejarkan ke hospital selepas pitam di sebuah stesen minyak di Ampang sebelum dihantar ke HA menaiki ambulans, Isnin lalu.

Pada 1 Jun lalu, A Rahman dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah jantung. Bagaimanapun, arwah dibenarkan pulang dua hari menjelang Aidilfitri.

Kredit : Berita Harian Online

Related Posts:

  • Video jerung menggigit kabel dasar laut Google Semasa satu operasi kajian pada kenderaan kawalan jauh di bawah air (perairan antarabangsa), ikan jerung kelihatan cuba untuk menggigit kabel dasar laut milik Google. Video yang dimuat naik ke internet pada tarikh 17 Ogos … Read More
  • Pertandingan Instagram Merdeka Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-57, Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Komunikasi dan Multmedia Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Instagram Merdeka ‪#‎im57‬.Pertandingan ini terbuka kepada… Read More
  • Kebanjiran di Pasar Tani UTC Melaka   Hujan lebat sejak awal pagi 15 Ogos 2014 hingga menghampiri waktu tengah hari (sebilangan kawasan dilaporkan hingga ke petang) di negeri Melaka mengakibatkan banjir di sesetengah kawasan di negeri ini. Malah di… Read More
  • Keputusan Bola Sepak Piala Malaysia 19 Ogos 2014 Jadual perlawanan dan keputusan perlawanan bola sepak Piala Malaysia. KEPUTUSANAKHIR 7:30 malam  | 19/08/2014 LIONS XII    1   -    2   Pahang (Stadium Jalan Besar, Singp… Read More
  • Gajet Hand Free untuk pemanduan yang selamat Di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, seseorang pemandu kenderaan melanggar peraturan tersebut di atas sekiranya di tahan memandu sambil menggunakan telefon. Tindakan ke atas si pemandu sekiranya melaksan… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan