Senarai 24 pemain ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya


Berikut senarai 24 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada ke kem latihan pusat skuad kebangsaan, Harimau Malaya di Melaka bermula 14 Ogos ini sebagai persediaan menghadapi tiga perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Syria (22 Ogos), Macau (25 Ogos) dan Myanmar (29 Ogos) serta perlawanan kedua Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 September 2017.

BIL
NAMA
UMUR
POSISI
PASUKAN
1.
BADDROL BAKHTIAR
29
TENGAH
KEDAH
2.
RIZAL GHAZALI
25
PERTAHANAN
KEDAH
3.
SYAZWAN ZAINON
28
TENGAH
KEDAH
4.
KHAIRUL HELMI JOHARI
29
PERTAHANAN
KEDAH
5.
AKRAM MAHINAN
24
TENGAH
KEDAH
6.
FARHAN ABU BAKAR
24
PENJAGA GOL
KEDAH
7.
FITRI OMAR
32
PERTAHANAN
KEDAH
8.
AHMAD HAZWAN BAKRI
26
PENYERANG
JOHOR DARUL TA’ZIM
9.
SAFIQ RAHIM
30
TENGAH
JOHOR DARUL TA’ZIM
10.
AMIRULHADI ZAINAL
31
TENGAH
JOHOR DARUL TA’ZIM
11.
AZRIF NASRULHAQ BADRUL HISHAM
26
PERTAHANAN
JOHOR DARUL TA’ZIM
12.
AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK
30
PERTAHANAN
JOHOR DARUL TA’ZIM
13.
DARREN LOK
26
PENYERANG
JOHOR DARUL TA’ZIM
14.
FADHLI SHAS
26
PERTAHANAN
JOHOR DARUL TA’ZIM
15.
HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY
24
PENJAGA GOL
PERAK
16.
SHAHROM ABDUL KALAM
32
PERTAHANAN
PERAK
17.
NAZIRUL NAIM CHE HASHIM
24
PERTAHANAN
PERAK
18.
NASIR BASHARUDIN
27
TENGAH
PERAK
19.
NAZRIN NAWI
29
TENGAH
PERAK
20.
KIKO INSA
29
TENGAH
PAHANG
21.
AHMAD SYAMIM YAHYA
27
TENGAH
PAHANG
22.
KHAIRULAZHAN KHALID
28
PENJAGA GOL
SELANGOR
23.
WAN ZACK HAIKAL WAN NOR
26
TENGAH
FELDA UNITED
24.
SHAHREL FIKRI MD FAUZI
23
PENYERANG
PKNP FC

Hanya 13 pemain daripada senarai 26 pemain dipanggil Vingada pada panggilan sulung di bawah kendaliannya sebelum ini ketika skuad kebangsaan tewas 2-1 kepada Lebanon pada perlawanan pertama kelayakan, 13 Jun lalu dikekalkan untuk kem latihan pusat kali ini.

 11 pemain yang digugurkan terdiri daripada Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Afif Amiruddin, Mohd Faisal Mohd Rosli (Pahang), Shahrul Saad (Perak), Amri Yahyah (Selangor), Safee Sali, Mohd Nazrin Syamsul Bahri (PKNS FC) serta Izham Tarmizi Roslan, Mahalli Jasuli, S Chanthuru dan Azammuddin Akil (Johor Darul Ta’zim).

 Sementara dua lagi pemain iaitu Matthew Davies, 22, dan Nor Azam Abdul Azih, 22, telah dilepaskan untuk bersama skuad B-22 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 14 hingga 29 Ogos ini.

 Sebagai ganti, Vingada telah menyenaraikan seramai 11 pemain baharu termasuk memanggil semula dua pemain – Aidil Zafuan Abd Radzak dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham dari Johor Darul Ta’zim yang sebelum ini terpaksa dikeluarkan daripada kem latihan pusat pada Jun lalu kerana kecederaan.

 Baki sembilan pemain baharu lain terdiri daripada penjaga gol Farhan Abu Bakar dan Fitri Omar (Kedah), Darren Lok dan Fadhli Shas (Johor Darul Ta’zim), Nasir Basharudin dan Nazrin Nawi (Perak), Kiko Insa (Pahang), Wan Zack Haikal Wan Nor (Felda United) dan Shahrel Fikri Md Fauzi (PKNP FC).

 Selepas menjalani latihan pusat harian selama seminggu di Stadium Hang Tuah, Melaka dan perlawanan bertemu Syria di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 22 Ogos, skuad kebangsaan akan berlepas ke Macau pada 23 Ogos untuk perlawanan bertemu Macau di Kompleks Olimpik Macau pada 25 Ogos.

 Kemudian mereka akan terbang terus ke Yangon, Myanmar pada 26 Ogos untuk perlawanan menentang Myanmar di Stadium Thuwunna, Yangon pada 29 Ogos dan berlepas pulang ke tanah air pada 30 Ogos untuk menyambung latihan pusat di Melaka bagi menghadapi Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 September.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan