Keputusan Perlawanan Peringkat Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2017


Berikut adalah keputusan perlawanan peringkat akhir acara bola sepak lelaki yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor pada hari Selasa, 29 Ogos 2017, 8.45 malam.

Keputusan Penuh

MALAYSIA 0 - 1 THAILAND
37' Haziq Nadzli (gol sendiri Malaysia)


Malaysia sekadar mampu memenangi pingat Perak untuk acara bola sepak lelaki Sukan SEA 2017. Berpunca dari kesilapan individu iaitu penjaga gol yang hanya menumbuk sebelah tangan (kiri) dalam keadaan yang sedikit tidak seimbang.

Beliau patut sekurang-kurangnya menepis (menampar) atau lebih baik menangkap dengan dua belah tangan kerana ketika bola sampai ke tengah kawasan gol yang terhasil dari sepakan sudut, tiada pemain Thailand datang mencabar beliau.

Diharap setiap pemain Harimau Muda yang turun padang pada malam ini akan benar-benar mengambil pengajaran dari perlawanan akhir ini. Ada potensi yang baik tetapi harus perbaiki segera untuk pergi lebih jauh dalam dunia bola sepak.
Previous Post
Next Post
Related Posts

Babab.net

Popular Posts