Nasihat TMJ pada persatuan bola sepak negeri dan FAM


Berikut merupakan ucapan dari Tunku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang ditujukan untuk pengurusan persatuan bola sepak di Malaysia dan juga kepada pihak FAM.  Ucapan ini dipetik dari laman Facebook JOHOR Southern Tigers

" Kepada rakan-rakan saya dari Persatuan-Persatuan Bolasepak Negeri dan juga dari FAM, bekerja secara telus merupakan satu prinsip yang saya pegang dalam hidup saya. Apabila saya memutuskan untuk berkhidmat untuk Johor sebagai presiden persatuan, saya mempunyai tiga objektif. 

Pertamanya, untuk menyatu-padukan rakyat Johor, keduanya adalah untuk memupuk gaya hidup sihat di kalangan generasi muda dan mengelakkan mereka terjebak dengan gejala negatif, dan ketiganya, adalah untuk membentuk sebuah persatuan bolasepak yang profesional dan berjaya.

Bolasepak merupakan suatu projek jangka panjang, dan memerlukan sifat dinamik serta komitmen yang tinggi daripada individu-individu yang terlibat. Kita perlu hentikan amalan menggunakan bolasepak sebagai batu loncatan politik, dan melihatnya sebagai satu sukan profesional. 

Agenda-agenda tersembunyi dan niat yang buruk tidak membawa sebarang manfaat. Pelaburan strategik, profesionalisme dan integriti merupakan asas bagi pertumbuhan jangka masa panjang.

Kejayaan dicapai apabila seseorang itu menangguhkan kesenangan pada masa kini untuk mengusahakan matlamat jangka panjang...."

-DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Previous Post
Next Post
Related Posts

0 Maklumbalas:

Promosi

Babab.net