6 cara mendapat pahala dari Facebook


Facebook kini telah menjadi satu laman web sosial yang dianggap "gergasi" di internet, sehinggakan agak aneh jika ada antara kita pada hari ini tidak mempunyai akaun di Facebook.  

Laman web ini digunakan untuk pelbagai tujuan oleh pelbagai peringkat pengguna komputer atau pelayar internet. Ada yang menggunakan untuk tujuan perniagaan, penyebaran aktiviti persatuan dan penyampaian maklumat kawasan setempat.

Tetapi pelbagai isu berkaitan dengan Facebook ini timbul sehinggakan ia dikaitan dengan dosa.  Namun sebenarnya ia juga boleh menjadi salah satu sumber untuk kita beroleh pahala.  

Berikut adalah antara contoh cara dan kaedah untuk memperolehi pahala dengan menggunakan Facebook :


1. Berkongsi maklumat yang bermanfaat

  • Kita boleh berkongsi sesuatu yang sangat berguna untuk pengguna Faebook yang lain seperti resepi masakan atau kaedah bercucuk tanam yang mudah serta praktikal.

2. Menyebarkan maklumat penting

  • Memperingatkan mengenai tarikh akhir sesuatu aktiviti atau perkara seperti tarikh akhir pembaharuan lesen, tarikh tutup permohonan kemasukan ke universiti atau tarikh mula permohonan jawatan kosong.

3. Membantu mereka yang memerlukan

  • Menceritakan serta berkongsi mengenai kepayahan hidup seseorang atau sebuah keluarga yang miskin atau mereka yang menderita akibat musibah yang melanda. Dengan itu ada kemungkinan pengguna Facebook yang lain dapat membantu dari pelbagai segi.

4. Mencari rezeki yang halal

  • Mendapatkan rezeki dari sumber yang halal adalah sangat dituntut dalam agama Islam.  Ia juga merupakan perbuatan yang berpahala kerana tiap kebaikkan atau pekerjaan yang baik yang dibenarkan syariat Islam akan mendapat rahmat dari Allah SWT.  Anda boleh mengiklankan perniagaan halal yang anda jalankan untuk memperolehi rezeki.

5. Memperingatkan tentang ajaran agama

  • Berkongsi maklumat mengenai ajaran Islam seperti niat puasa, doa-doa atau terjemahan Al Quran yang tepat serta sahih.

6. Berkongsi gambar yang mendatangkan kesedaran

  • Kemungkinan anda telah menjumpai atau berhadapan dengan sesuatu yang menunjukkan kekuasaan Allah SWT.  Oleh itu anda boleh mengambil gambar situasi berkenaan dan kongsikan di wall Facebook akauan anda dengan niat mengkagumi kebesaran Allah SWT.


Related Posts:

  • Video menyentuh qalbu : Buat baik dibalas baik Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji),&nb… Read More
  • Kelebihan zikir 'la-illahaillallah' Zikir yang paling utama dan tinggi darjatnya ialah “La-ilahaillallah” ertinya “Tiada Tuhan Yang Sebenarnya Melainkan Allah”. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Zikir yang paling utama ialah “La-ilahaillallah” dan… Read More
  • Kita perlukan penyampaian khutbah yang BERTENAGA! Khutbah sering dikaitan dengan solat Jumaat namun ada beberapa lagi khutbah yang lain seperti khutbah nikah, khutbah ‘Idul Fitri dan ‘Idul Adha. Definisi dari segi bahasa " Khutbah " , secara bahasa , adalah ' perkat… Read More
  • Sembilan mimpi Nabi Muhammad SAW   Mimpi adalah gambaran yang dicipta Allah dan dilihat manusia di dalam tidur mereka. Siapakah yang mimpinya paling benar? 1.Para nabi: Semua mimpi mereka benar-benar belaka. 2.Orang soleh: Selalunya benar. 3.Selain … Read More
  • Petua agar doa diterima Allah SWT   Doa adalah makanan insan seharian. Doa adalah untuk menjadikan diri kita lebih baik, penghilang duka, mendapat hajat dan keperluan kita. Dari Abi Hurairah RA berkata, bersabda Rasulullah SAW : Tiga doa yang dii… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan