Kemenangan Jason Kenny dibatalkan : emas milik Azizulhasni Awang !

 


Terkini berkaitan Olimpik Tokyo 2020 :

EMAS MILIK AZIZULHASNI AWANG ACARA KEIRIN, JASON KENNY GAGAL UJIAN DOPING

Pelumba Trek Berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang telah diisytiharkan selaku pemenang pingat Emas acara Keirin sukan olimpik Tokyo 2020 setelah atlit Great Britain, Jason Kenny didapati gagal ujian dadah, selepas memenangi acara tersebut. 

Sampel A air kencing pelumba Great Britain tersebut didapati mengandungi dadah jenis Anabolic Steroid, iaitu sejenis dadah yang digunakan untuk pembesaran otot atau PED (Performance Enchancing Drug).

Keputusan tersebut telah disahkan oleh IOC dan sekali gus membatalkan kemenangan pelumba Great Britain dan sekali gus mengangkat pemenang tempat kedua, Azizulhasni Awang ke tempat pertama iaitu Pingat Emas. 

Kemenangan ini sangat bermakna dan merupakan pingat Emas pertama Malaysia dalam sejarah Sukan Olimpik.

Walau bagaimanapun, kontingen Great Britain telah membuat rayuan dan meminta ujian semula dilakukan kepada sample B Jason Kenny.


☝️☝️☝️

Ini adalah contoh Berita Palsu yang sering disebarkan di laman web sosial. Kita harus berwaspada dan jangan kongsikan sekiranya tidak pasti atau berita yang diterima datangnya dari sumber yang tidak sahih. 


Jangan percaya terus sebarang berita dan pengumuman. Sila pastikan baca isi kandungan dengan betul dan siasat sumbernya.


Credit : Isu Politik Semasa

Anak Raisuddin Hamzah meninggal dunia

"Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali..."

Penyanyi Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), pada pukul 5.13 pagi, 9 Ogos 2021.

Perkara itu dikongsi syarikat pengurusan penyanyi lagu Kesetiaan itu, Indigital Music dalam satu kenyataan ringkas.

"Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin disahkan meninggal dunia jam 5.13 pagi HUKM.

"Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu," katanya.

Terdahulu Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas tahap oksigen menurun.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan.

Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan.

Siti Sarah bersama suami yang juga pelawak, Shuib disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 26 Februari 2011 dan mempunyai tiga cahaya mata yang terdahulu iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.


Kredit :

- Harian Metro

๐Ÿงก

Siti Sarah Raisuddin (15 September 1984 – 9 Ogos 2021), 


Tesla ambil orang Malaysia jadi pengajar robotik


Pelajar Malaysia ini baru-baru ini dipilih oleh Tesla sebagai pengajar robotik. Bagaimana beliau lakukannya?

Cik Fakhirah Khairuddin adalah bekas pelajar di MRSM (Maktab Rendah Sains) Kota Putra (Ulul Albab).

Selepas menamatkan pengajian, dia melanjutkan pelajarannya di Kejuruteraan Aeroangkasa di University of California San Diego (ditaja oleh MARA).

Beliau kemudian mengambil Sarjana dalam Kejuruteraan Mekanikal di University of California, San Diego (ditaja oleh UC).

Mendapat pekerjaan di Tesla tidak mudah tetapi beliau mempunyai pengalaman teknikal yang luas seperti:

✅ Pernah bekerja sebagai Jurutera Pembangunan Propulsi di University of California; di mana beliau menulis kod Matlab untuk mengkaji konduksi haba enjin roket.

✅ Beliau juga memenangi tempat pertama di Northrop Grumman System Engineering Challenge 2019 bersaing dengan 50 pasukan lain; projek beliau adalah lengan robotik. Hebat tu.

✅ Beliau adalah ketua pasukan dan menerajui penyelidikan dan pengembangan Projek Hexacopter bersama University of California, San Diego.

✅ Beliau merekacipta quadcopter, casing sensor dan gear pendaratan di Solidworks, mempersembahkan konsep baharu melalui ujian cetakan 3D dan memperbaiki reka bentuk melalui lelaran dan banyak lagi!

Tidak hairanlah Tesla mengambil beliau untuk bekerja bersama mereka!

Beliau kini tinggal di Fremont, California dan bekerja sebagai pengajar Jurutera Teknik Latihan Robotik di Tesla, mengajar tentang robotik FANUC dan Kuka kepada jurutera dan juruteknik.

Tahniah Cik Fakhirah! Semoga pencapaian ini dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai kita di sini lebih berminat kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)!



Kredit :

- Richard Ker

- Public Health Malaysia



Apakah yang dimaksudkan kontak kasual?

Apakah langkah-langkah yang perlu diambil?

Perlukah menjalani swab test?


Individu kontak kasual (casual contact) adalah individu yang berkemungkinan terdedah kepada individu lain yang dijangkiti COVID-19.

Anda boleh melakukan aktiviti seperti biasa dan memantau sebarang perubahan terhadap diri anda, terutamanya, jika anda mengalami simptom COVID-19, anda perlu mengasingkan diri dan berjumpa dengan doktor. Sekiranya ini berlaku, orang lain yang tinggal bersama anda juga perlu menyekat pergerakan mereka.

Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:

  • Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
  • Keletihan
  • Batuk
  • Lenguh dan sakit sendi
  • Sakit tekak
  • Sakit kepala
  • Kesukaran bernafas
  • Hilang deria bau dan rasa

Antara langkah yang perlu dilakukan buat masa ini adalah memantau keadaan diri anda dan isi rumah yang tinggal bersama dengan anda. Selain itu, anda juga perlu mengisi soal selidik yang terpapar pada aplikasi MySejahtera mengenai sebarang gejala yang dialami.

Selain itu anda juga disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih terperinci mengenai langkah yang perlu dilakukan bagi tujuan persediaan dan langkah berjaga-jaga.

Memandangkan anda telah diklasifikasikan sebagai kontak kasual (casual contact), anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan ujian saringan sendiri. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi mendapatkan informasi tambahan.


Talian CPRC:

0388810200

+60178429454

cprc@moh.gov.my


Kredit :

- Dr Nur Syuhada binti Zulkifli ( General Practitioner )



30 minit gantung bendera putih - bantuan sampai

Seorang ibu tunggal berasa sebak apabila mendapat pelbagai bantuan selepas tidak sampai setengah jam dia mengibarkan bendera putih di hadapan rumah sewanya di Taman Gemencheh Baru di sini hari ini.

M. Dewgi, 66, berkata, beberapa hari lalu dia mulai berasa risau apabila bekalan makanan hampir kehabisan dan dia serta anak ketiganya, V Vishu, 45, juga tidak bekerja lagi kerana hilang upaya akibat strok.

Menurutnya, dia dan anaknya itu menggunakan sepenuhnya wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membayar sewa rumah sebanyak RM450 sebulan dan baki RM100 lagi digunakan untuk membeli makanan keperluan harian.

“Tak lama lepas saya kibarkan baju berwarna putih di hadapan rumah sewa, ada orang Melayu, Cina dan India datang hantar bantuan makanan.

“Ada yang hanya hantar satu tray telur, beras, meggi dan gula. Mereka kata ini sahaja yang mampu berikan tapi saya kata tak mengapa kerana bantuan ini sangat bermakna buat saya,” katanya ketika ditemui hari ini.

Dua beranak berkenaan mendapat sumbangan bekalan makanan harian, basah dan wang tunai daripada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Gemencheh dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh, Datuk Mohd. Isam Mohd Isa.

Dewgi berkata, sebelum ini mereka dua beranak tinggal menumpang di rumah saudara namun disebabkan anaknya disahkan sakit strok dan tibi, dia harus mencari rumah sewa yang lain.

Menurutnya, anaknya itu sebelum ini bekerja dalam sektor perkapalan di Johor sebelum diserang strok serta tibi dua tahun lalu.

“Kini, saya tinggal menyewa bersama seorang lagi adik saya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Sementara itu, Pengerusi KRT Pekan Gemencheh, Zolkifli Manas berkata, pihaknya sedia membantu penduduk yang terkesan susulan pendemik Covid-19 dan sejak telah menyampaikan 60 bakul makanan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.


Kredit : 

NOR AINNA HAMZAH ( Kosmo )

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan