Anak Raisuddin Hamzah meninggal dunia

"Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali..."

Penyanyi Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), pada pukul 5.13 pagi, 9 Ogos 2021.

Perkara itu dikongsi syarikat pengurusan penyanyi lagu Kesetiaan itu, Indigital Music dalam satu kenyataan ringkas.

"Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin disahkan meninggal dunia jam 5.13 pagi HUKM.

"Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu," katanya.

Terdahulu Siti Sarah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas tahap oksigen menurun.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan.

Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan.

Siti Sarah bersama suami yang juga pelawak, Shuib disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 26 Februari 2011 dan mempunyai tiga cahaya mata yang terdahulu iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.


Kredit :

- Harian Metro

🧡

Siti Sarah Raisuddin (15 September 1984 – 9 Ogos 2021), 


Related Posts:

  • Gincu penyebab kanser? Kajian Dr. Elizabeth Ayoub, iaitu seorang pakar perubatan dan biomolekul mengeluarkan amaran untuk gincu yang mengandungi plumbum, yang merupakan karsinogen. Dikhabarkan jenama 'Red Earth' menurun harga gincu dari $ 67… Read More
  • Semakan online daftar pemilih dan lokasi mengundi   Pilihanraya Umum kali ke 13 semakin tiba.  Debaran para ahli politik dan penyokongnya semakin tidak keruan.  Setelah pelbagai "budi" ditabur, "janji" yang disemai serta "fitnah" yang dilontar, makanya te… Read More
  • Liga Super Malaysia 19 April 2013   Sebanyak tiga perlawanan bola sepak telah berlangsung dengan menyaksikan Johor Darul Takzim, Negeri Sembilan dan PKNS FC menjadi tuan rumah melayan kunjungan Pahang, Selangor serta Kelantan. Berikut adalah keputu… Read More
  • Senarai Frekuensi stesyen radio di Malaysia Assalamualaikum... Radio antara alat perhubungan dan sumber maklumat terawal dari televisyen.  Ianya serupa seperti pinggan dan cawan, setiap rumah pasti ada sekurang-kurangnya radio kerana ada juga antara kita … Read More
  • Menyingkap lembaran sejarah Pasar Tani Pasar tani merujuk kepada pasar yang khusus menjual barang-barang hasil pertanian seperti sayur-sayuran, ayam, dan daging segar. Pasar tani berkonsepkan jualan langsung, di mana petani atau penternak berpeluang menjua… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan