Tesla ambil orang Malaysia jadi pengajar robotik


Pelajar Malaysia ini baru-baru ini dipilih oleh Tesla sebagai pengajar robotik. Bagaimana beliau lakukannya?

Cik Fakhirah Khairuddin adalah bekas pelajar di MRSM (Maktab Rendah Sains) Kota Putra (Ulul Albab).

Selepas menamatkan pengajian, dia melanjutkan pelajarannya di Kejuruteraan Aeroangkasa di University of California San Diego (ditaja oleh MARA).

Beliau kemudian mengambil Sarjana dalam Kejuruteraan Mekanikal di University of California, San Diego (ditaja oleh UC).

Mendapat pekerjaan di Tesla tidak mudah tetapi beliau mempunyai pengalaman teknikal yang luas seperti:

✅ Pernah bekerja sebagai Jurutera Pembangunan Propulsi di University of California; di mana beliau menulis kod Matlab untuk mengkaji konduksi haba enjin roket.

✅ Beliau juga memenangi tempat pertama di Northrop Grumman System Engineering Challenge 2019 bersaing dengan 50 pasukan lain; projek beliau adalah lengan robotik. Hebat tu.

✅ Beliau adalah ketua pasukan dan menerajui penyelidikan dan pengembangan Projek Hexacopter bersama University of California, San Diego.

✅ Beliau merekacipta quadcopter, casing sensor dan gear pendaratan di Solidworks, mempersembahkan konsep baharu melalui ujian cetakan 3D dan memperbaiki reka bentuk melalui lelaran dan banyak lagi!

Tidak hairanlah Tesla mengambil beliau untuk bekerja bersama mereka!

Beliau kini tinggal di Fremont, California dan bekerja sebagai pengajar Jurutera Teknik Latihan Robotik di Tesla, mengajar tentang robotik FANUC dan Kuka kepada jurutera dan juruteknik.

Tahniah Cik Fakhirah! Semoga pencapaian ini dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai kita di sini lebih berminat kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)!



Kredit :

- Richard Ker

- Public Health Malaysia



Related Posts:

  • Resipi Spaghetti Aglio e olio Spageti aglio e Olio ("spageti dengan bawang putih dan minyak") adalah pasta hidangan tradisional di negara Itali, yang datang dari kawasan Napoli. Sebenarnya ia adalah variasi daripada satu resipi asal iaitu "Spaghetti a… Read More
  • Pengalaman membeli secara online di Nile Store Pada 20 Januari 2015, saya telah membuat tempahan dan pembelian pakaian di laman web "nile.com.my". Saya berminat dengan corak dan warna Zipper Korean Men Jacket, seperti gambar di bawah : Baju saja yang dibeli U… Read More
  • Berselawat dan bernasyid menggunakan smartphone Teknologi telefon bimbit atau lebih tepat lagi telefon mudah alih semakin pantas berubah. Malah telefon mudah alih atau dengan nama yang sedang popular iaitu "telefon pintar" semakin menguasai kehidupan penduduk dunia.&n… Read More
  • Keputusan Piala Sumbangsih 2015 : JDT - Pahang 31 Januari 2015   Perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia 2015dimulakan dengan perebutan Piala Sumbangsih antara pasukan Johor Darul Ta'zim menentang Pahang.  Ia diadakan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor.… Read More
  • Resipi Strawberry Crepe Setelah popularnya Durian Crepe, kini tibalah pula musim Strawberry Crepe.  Namun apakah ianya akan sepopular Durian Crepe? Bahan-bahan : -20gm tepung gandum -20gm tepung ubi -10gm tepung kastard -10gm tepung jagun… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan