Cadangan terbuka untuk para YB yang beri bantuan peranti elektronik kepada pelajar

Kepada setiap Yang Berhormat atau mana-mana pihak yang memberikan bantuan peranti elektronik seperti laptop, tablet atau telefon pintar kepada pelajar atau bukan pelajar.....

Saya cadangkan setiap pemberian tablet atau telefon pintar itu disertakan sekali dengan panduan bercetak bagi mengajar cara-cara menjaga dan menyelenggara gajet berkenaan kerana sepanjang pengalaman saya membuat perkhidmatan mengajar komputer secara peribadi di rumah peserta, ramai orang tahu guna sikit-sikit komputer / tablet / telefon pintar namun mereka ada yang langsung tidak tahu cara penyelenggaraan alatan berkenaan.

Penyelengaraan bermaksud dari segi sistem iaitu membuang fail-fail / ingatan sementara yang tidak perlu, mengemaskini aplikasi terutamanya aplikasi anti virus dan lain-lain aplikasi yang dirasakan perlu dikemaskini.

Penyelengaraan dari segi fizikal ialah seperti suhu persekitaran pada lokasi alat itu disimpan atau digunakan ( tidak meletakkan alat itu di tempat yang basah dan panas ), tidak meletakkan alat itu bertindih dengan barang yang lain, memakai perlindungan fizikal tambahan bagi mengurangkan impak pada alat berkenaan sekiranya terjatuh dan semasa mengecas bateri, jangan letak atas bantal atau tilam.

Untuk memanjangkan jangka hayat bateri, elakan dari mengecas alat berkenaan sambil menggunakannya. Cara terbaik ialah off kan dahulu alatan berkenaan sebelum mengecas penuh.

Jika laptop, jangan letak atas bantal, tilam atau peha semasa menggunakannya kerana ia akan mengganggu pengaliran haba panas. Ini akan mempercepatkan kerosakan peranti elektronik berkenaan.


Yang menyampaikan,

Ahmad Zaki Abdul Rahim


- Pengasas ICT Niaga Enterprise

- Mantan Panel Penasihat Industri bagi Diploma Sains Komputer Multimedia, Unifield International Collage

- Pengasas URUTAN - Tanjung Rimau Dalam

Format APK bakal digantikan dengan AAB pada Ogos 2021



Format ini diedarkan melalui Google Play, dimana format AAB akan membolehkan sistem agihkan aplikasi dan fail berkaitan kepada peranti pengguna – mengikut variasi yang digunakan. Malah, sekiranya ia bersaiz besar, maka pembangun perlu menggunakan Play Asset Delivery atau Play Feature Delivery – menggantikan penggunaan OBB sebelum ini.

Langkah ini sekaligus akan mengurangkan pengedaran fail APK, dan pembangun akan memfokuskan kepada pembangunan fail berformat AAB dan mengedarkannya melalui Google Play Store.

Perubahan ini mungkin akan memerlukan sedikit pengubah-suaian oleh penerbit aplikasi sekiranya ingin menerbitkan aplikasi untuk Huawei AppGallery, atau untuk digunakan bersama Windows 11 yang sedia mengatakan bakal menyokong fail APK.

Perubahan ini oleh Google tertakluk kepada penerbit aplikasi baharu bermula Ogos 2021. Peralihan untuk aplikasi sedia ada dijangka akan dilakukan secara berperingkat selepas itu.

Google turut mengatakan pada hari ini, sejumlah aplikasi sedia menggunakan Android App Bundle – termasuk antaranya adalah Twitter, Gameloft, Netflix dan sekitar 1000 aplikasi popular lain.


Kredit teks : amanz.my

Interpol bantu kesan aktiviti pengganas biologi di 'Darknet'

Polis Antarabangsa (Interpol) akan membantu lima negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia, menyiasat aktiviti berkaitan pengganas biologi menerusi 'Darknet' (web gelap).

Penyelaras Unit Pencegahan Keganasan Biologi Interpol Adrien Sivignon berkata negara lain yang akan turut dibantu melalui Project Pandora itu ialah Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

"Kami akan melaksanakan Project Pandora di Asia Tenggara pada suku pertama tahun depan. Kami harapkan sokongan lanjut daripada negara terbabit bagi menyiasat web gelap untuk mengekang aktiviti haram," katanya pada forum mengenai penggunaan secara jenayah teknologi baharu web gelap.

Beliau merupakan seorang daripada ahli panel pada Forum Keselamatan Siber ASEAN bersempena Persidangan dan Pameran Pertahanan dan Keselamatan Siber (CYDES) 2021 yang berlangsung secara maya pada Selasa.

Unit Pencegahan Keganasan Biologi Interpol memperkenalkan Project Pandora bagi meningkatkan kemampuan polis dan penganalisis perisikan dalam menyiasat aktiviti berkaitan keganasan biologi menerusi web gelap.

Ini berikutan peningkatan penggunaan laman web sedemikian untuk memperoleh, memindah atau menyeludup bahan atau senjata biologi yang kini menjadi kebimbangan utama komuniti penguat kuasa undang-undang di seluruh dunia.

Sivignon berkata mereka mengakui ancaman penggunaan bahan biologi oleh 'non-state actor' (pelaku bukan negara), penggunaan laman web sebagai platform untuk perdagangan haram bahan biologi serta peralatan dwiguna, selain menangani cabaran teknikal dalam menyiasat laman web tersebut.

CDYES 2021 yang bertemakan 'Embedding Resilience Within Our Cyberspace' dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Agensi Keselamatan Siber Negara dari 28 hingga 30 Jun.


Kredit :

- BERNAMA

- Astro Awani

Mutasi virus Covid 19 : Semoga Tuhan lindungi Malaysia

 


Jika virus mutasi ini masuk dan merebak ke Malaysia, kita akan menghadapi gelombang yang lebih dasyat berbanding sekarang. 

Bayangkan, virus asal dari Wuhan hanya mempunyai kebolehjangkitan 1-2 orang sahaja.  Virus mutasi dari India mempunyai kebolehjangkitan hampir empat kali ganda berbanding virus asal.

Lindungilah pintu masuk kita, jauhi virus mutasi dari negara luar. Kekalkan tempoh kuarantin 21 hari kepada pengembara negara negara berisiko.


Kredit : Public Health Malaysia


Maksud bendera putih dikala PKP 3

 


Konsepnya lain dengan negara yang sedang berperang.... bendera putih di Malaysia ini punyai pengertian berbeza terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan iaitu :

1) sebagai tanda memerlukan bantuan tertentu

2) simbolik kepada kelelahan rakyat terhadap tindakan sesetengah pihak yang bercanggah antara satu sama lain dan terlihat seperti memenuhi kepentingan sebilangan orang yang terpilih sahaja.


Untuk pengertian ke 2 ini, dengar penerangan berikut ----> https://youtu.be/LMEOYgJBQSM


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan