Keputusan Piala Sumbangsih 2021 : Johor Darul Ta'zim - Kedah Darul Aman

Perlawanan bola sepak Piala Sultan Haji Ahmad Shah ( Piala Sumbangsih ),  edisi tahun 2021 antara Johor Darul Ta'zim bertemu Kedah Darul Aman, berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada pukul 9.00 malam, bertarikh 5 Mac 2021.

Keputusan perlawanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja perlawanan bermula pada masa yang ditetapkan penganjur.

Keputusan penuh perlawanan


JDT 2 - 0 KDA 

35' Safawi Rasid ( JDT )

68' Natxo Insa ( JDT )



Pautan siaran langsung perlawanan :




Kredit gambar : myinfosukan.com

Tiga wanita ditangkap kerana terbabit aktiviti persundalan

KOTA BHARU : Tiga wanita termasuk dua ibu tunggal, masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit dengan aktiviti persundalan, dengan menawarkan perkhidmatan seks.

Ketiga-tiga tertuduh, Nur Shamila Fakarozi, 22; Zawarni Zakaria, 30 dan Hidayah Abdul Rahman, 39, membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam dan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa mencari langganan atau mendesak bagi maksud persundalan atau mana-mana maksud perbuatan lucah pada mana-mana tempat.

Kesalahan itu dilakukan oleh di sebuah rumah di Padang Seri Paduka, Kubang Kerian di sini jam 3.45 petang pada 23 Februari lalu.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shahril Ramli dan S Gayathri.

Sementara itu, Zawarni diwakili oleh peguam, Mohd Nazri Awang, manakala Nur Shamila dan Hidayah pula diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Roshayati Hassan dan Ariayani Mohd Aamin.

Ketiga-tiga peguam memohon hukuman denda minimum dikenakan terhadap anak guam kerana itu kesalahan pertama mereka.

Mohd Nazri berkata, anak guamnya iaitu Zawarni tidak bekerja dan kini menetap bersama ibu dan bapanya, selain sudah insaf.

Roshayati yang mewakili Nur Shamila dalam rayuannya berkata, anak guamnya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan seorang ibu tunggal yang perlu menjaga anaknya berusia setahun tiga bulan.

Sementara itu, Ariayani pula memohon agar anak guamnya tidak dikenakan hukuman yang berat kerana Hidayah ibu tunggal kepada empat orang anak, termasuk tiga daripadanya masih bersekolah.

Mohamad Ibrahim kemudiannya membenarkan hukuman denda sebanyak RM2,000, selain penjara enam bulan kepada Zawarni dan dua bulan penjara terhadap Nur Shamila, sekiranya mereka gagal membayar denda yang ditetapkan.

Bagi Hidayah pula, Mohd Izuddin menetapkan hukuman denda RM2,000 dan tiga bulan penjara, jika gagal membayar denda.

Ketiga-tiga tertuduh membayar denda yang ditetapkan oleh mahkamah.


Kredit : BH Online

Celcom bakal menghentikan rangkaian 3G pada hujung tahun 2021


Selari dengan pengumuman kerajaan sebelum ini, Celcom kini sekali lagi mengesahkan yang mana mereka akan menamatkan rangkaian 3G pada hujung tahun 2021 ini.

Celcom mengatakan pelanggan yang terlibat dan masih menggunakan rangkaian 3G, boleh beralih kepada rangkaian 4G dengan memiliki telefon pintar 4G yang disediakan Celcom melalui pakej mampu-milik.

Untuk tahun 2021 ini, Celcom akan terus memfokuskan rangkaian dalam terus memperluas liputan populasi 4G LTE kepada 95.6%, menawarkan pengalaman VoLTE yang lancar, pengalaman video HD yang konsisten, serta memperbaiki kualiti liputan dalam bangunan.

Celcom turut mengatakan akan melabur dalam penggunaan teknologi terkini seperti 4T4R multiple-input and multiple-output (MIMO), Carrier Aggregation, 256 Quadrature Amplitude Modulation (QAM) dan lain-lain.


Kredit : Amanz ( https://amanz.my/2021274664/ )

Konsep Zoo Maya akan dilaksanakan di Zoo Negara



Bagi meneruskan kelangsungan operasi, Zoo Negara kini dalam perancangan untuk mewujudkan 'zoo maya'.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata, konsep itu dilihat signifikan dengan keadaan semasa negara yang masih dilanda Covid-19.

Menurutnya, menerusi konsep berkenaan, pencinta haiwan boleh melihat spesis di Zoo Negara menerusi konsep maya di seluruh dunia.

Katanya, konsep ini dilihat mampu menjadi platform terbaru untuk memastikan Zoo Negara terus beroperasi dengan hasil kutipan bayaran daripada hanya bergantung sepenuhnya kepada pengunjung.

"Sejak Covid-19, Zoo Negara hanya dapat beroperasi beberapa kali dalam tempoh singkat sebelum diarahkan tutup oleh kerajaan bagi mengelak penularan.

"Jadi menerusi konsep 'zoo maya' ini, orang ramai boleh melihat haiwan menerusi platform maya tanpa perlu datang ke Zoo Negara.

"Konsep ini dilihat mampu menjana pendapatan baharu kepada Zoo Negara agar tidak terus terkesan jika tidak dapat beroperasi," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata, konsep ini masih lagi diperhalusi dan beberapa syarikat akan mengemukakan kertas kerja untuk dinilai dari segi kos dan keberkesanannya.

Mengulas mengenai operasi, dana yang dimiliki Zoo Negara kini semakin menyusut dan hanya mampu bertahan sehingga awal Mei ini.

Katanya, sumbangan orang ramai masih diterima namun diharap ia boleh ditingkatkan kerana kos operasi bulanan mencecah RM1 juta.

"Setakat ini dana yang ada masih dapat menampung operasi lebih 4,000 haiwan dan membayar gaji pekerja selain bayaran lain.

"Namun diharap sekiranya ada pihak yang mahu menyalurkan bantuan dana boleh berhubung terus dengan Zoo Negara," katanya.


Kredit :

- MyMetro ( Ekhwan Haque Fazlul Haque )

- NSTP

Haiwan ternakan bersepah : pemilik bakal didenda

Majlis Daerah Rembau akan mengenakan tindakan kompaun terhadap mana-mana pemilik haiwan ternakan yang berkeliaran di kawasan larangan berkuat kuasa 1 Mac 2021 ini.

Yang Dipertuanya, Mohd Najib Mustafa berkata, pihaknya komited dalam menangani isu haiwan ternakan berkeliaran terutama di taman perumahan serta jalan raya dan tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka yang ingkar.

Katanya, menurut Seksyen 5 (1) Enakmen Melarang Kerbau dan Lembu Dalam Kawasan-kawasan Larangan 1971, mana-mana kerbau, lembu dan kambing yang dipelihara atau yang disimpan atau dijumpai berkeliaran di dałam mana-mana kawasan larangan boleh ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) atau sesiapa jua yang diberi kuasa.

“Pemilik kerbau atau lembu dan kambing yang ditangkap akan dikenakan kompaun mengikut kadar ditetapkan.

“Jika lembu atau kerbau ditangkap, pemilik mereka boleh dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 bagi seekor dan kambing RM300 seekor manakala fi bagi setiap tangkapan adalah RM100 sehari bagi lembu atau kerbau dan RM30 sehari bagi kambing,” katanya pada Khamis.

Katanya, pemilik haiwan ternakan yang tidak menuntut haiwannya dalam masa tujuh hari dari tarikh tangkapan, haiwan berkenaan akan dilelong atau dilupuskan mengikut cara yang ditetapkan PBT.


Kredit : 

- My Metro

- NSTP

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan