Haiwan ternakan bersepah : pemilik bakal didenda

Majlis Daerah Rembau akan mengenakan tindakan kompaun terhadap mana-mana pemilik haiwan ternakan yang berkeliaran di kawasan larangan berkuat kuasa 1 Mac 2021 ini.

Yang Dipertuanya, Mohd Najib Mustafa berkata, pihaknya komited dalam menangani isu haiwan ternakan berkeliaran terutama di taman perumahan serta jalan raya dan tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka yang ingkar.

Katanya, menurut Seksyen 5 (1) Enakmen Melarang Kerbau dan Lembu Dalam Kawasan-kawasan Larangan 1971, mana-mana kerbau, lembu dan kambing yang dipelihara atau yang disimpan atau dijumpai berkeliaran di dałam mana-mana kawasan larangan boleh ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) atau sesiapa jua yang diberi kuasa.

“Pemilik kerbau atau lembu dan kambing yang ditangkap akan dikenakan kompaun mengikut kadar ditetapkan.

“Jika lembu atau kerbau ditangkap, pemilik mereka boleh dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 bagi seekor dan kambing RM300 seekor manakala fi bagi setiap tangkapan adalah RM100 sehari bagi lembu atau kerbau dan RM30 sehari bagi kambing,” katanya pada Khamis.

Katanya, pemilik haiwan ternakan yang tidak menuntut haiwannya dalam masa tujuh hari dari tarikh tangkapan, haiwan berkenaan akan dilelong atau dilupuskan mengikut cara yang ditetapkan PBT.


Kredit : 

- My Metro

- NSTP

Related Posts:

  • Cukai mungkin dikenakan untuk pembelian dalam talianKerajaan bercadang mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 0.02 peratus kepada pembeli yang melakukan pembelian dalam talian termasuk portal e-dagang, Lazada dan Shopee.Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Za… Read More
  • Pelakon veteran, Mohd Idris meninggal dunia اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُAllahummaghfirlahu warhamhu wa ‘afihi wa’fu anhu.Pelakon drama, MOHD IDRIS BIN MOHD DIAH (Idris Mddiah) telah kembali ke rahmatullah pada pagi 14 September 20… Read More
  • Kematian kerbau kesayangan Mowgli Malaysia Sedih mendengar berita mengenai kematian kerbau kerbau kesayangan Mowgli Malaysia, adik syukor. 30 ekor mati dalam tempoh singkat dan kerugian dianggarkan mencecah 200 ribu ringgit.Berkemungkinan besar ia mati kerana pe… Read More
  • CIMB Liga Super Malaysia - 11 September 2020Berikut adalah keputusan tiga perlawanan CIMB Liga Super Malaysia  yang ke tujuh, yang  berlangsung pada Jumaat,  11 September 2020. Semua perlawanan berlangsung pada pukul 9.00 malam.KEPUTUSAN PERLAWANANPerak&… Read More
  • CIMB Liga Super Malaysia : 5 September 2020 Berikut adalah keputusan baki perlawanan ke enam, CIMB Liga Super Malaysia yang  berlangsung pada Sabtu,  5 September 2020.KEPUTUSAN PERLAWANANKedah 2 - 1 PJ City16' Brandao ( PJ City ) 24' Kpah Sher… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan