22 tahun lalu wabak Nipah wujud di Malaysia


22 TAHUN WABAK NIPAH DI MALAYSIA

Wabak misteri ini menyebabkan 265 kes keradangan otak di laporkan dengan 105 kematian. Industri penternakan babi yang bernilai Billion ringgit lumpuh serta merta.

Seorang demi seorang, tumbang, mati.

Pemuda yang sihat sejahtera, keesokannya pengsan, dengan otak yang bengkak. Tidak boleh bergerak. Tidak boleh bercakap.

Tiada apa yang boleh dilakukan. Tiada ubat. Tiada vaksin. Separuh daripada pesakit meninggal dunia

Pada ketika ini, pihak berwajib meminta orang ramai untuk bertenang.

Ramai yang mempercayai  wabak yang berlaku dipercayai berpunca dari jangkitan Japanese Encephalitis, sejenis virus yang di sebarkan oleh nyamuk. 

Aktiviti kawalan ketika itu adalah dengan menggunakan semburan  termal fogging, namun anehnya kes masih lagi menular. Apa sebenar punya wabak misteri ini?

Perkara ini menimbulkan keraguan kepada 2 pengkaji tempatan dari Universiti Malaya, Dr Chua dan Dr Tan. 

Mereka sedar bahawa penyakit ini TIDAK menjangkiti populasi Muslim. Mereka juga memerhatikan di Nipah, Negeri Sembilan, di mana terdapat banyak ladang khinzir, ramai kehilangan nyawa.

“Tidak, tidak. Saya tahu ianya bukan nyamuk. Dan semakin ramai meninggal dunia!”

“Tetapi tiada siapa mempercayai saya,” tegas Dr Chua.

Beliau merayu, tetapi semuanya menutup telinga.

Berita ini dikongsi dengan sang profesor, malangnya tidak diendahkan.

“Awak hanya membuang masa,” jawab profesor.

Pihak berkuasa juga tidak mempercayai beliau.

Akhirnya, Dr Chua meyakinkan profesor untuk menghantar beliau ke Pusat Kawalan Penyakit (Centers for Disease Control, CDC) di Amerika Syarikat untuk menyelidik ‘penyakit bawaan nyamuk’.

Tetapi sebenarnya, beliau menyelinap virus baru ini yang dibungkus rapi, disimpan dalam bagasi, seterusnya menaiki penerbangan.

Jelas sekali, cara beliau melanggar prosedur keselamatan dan kuarantin.

“Ianya adalah kecemasan, saya terpaksa membawanya ke sana segera,” kata Dr Chua.

Di bawah mikroskop CDC yang berkuasa tinggi, akhirnya terungkai misteri.

“Ianya adalah paramyxo!”

“Berhenti lawan nyamuk!” kata Dr Chua sejurus menelefon pihak berwajib di Malaysia. “Penyakit ini datangnya dari khinzir.”

Kerajaan Malaysia tidak menunggu lagi. Anggota tentera dikerah.

Kubur besar digali. Khinzir-khinzir pembawa virus maut di tolak ke lubang besar ini , lalu ditembak.

"Oikkkk.....Oikkkkkkk"

“Khinzir-khinzir ini menjerit, dan ada yang menitis air mata,” kata Muniandy, seorang pekerja di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. “Ianya menyedihkan.”

1 juta ekor khinzir dimusnahkan. Ternyata, ianya berkesan.

Serangan terhenti. Virus pembunuh, hilang. Berakhir wabak penyakit yang telah menyebabkan kematian lebih 100 mangsa ini.

Selepas beberapa tahun kemudian, belum lagi ada wabak nipah Di Malaysia. Namun, tiada siapa berani kata ianya tidak akan muncul lagi. Pada tahun 2015, WHO telah menyenaraikan Wabak Nipah antara wabak-wabak yang berpotensi untuk muncul semula akan datang. Moga kita dijauhkan dari wabak ini.


Kredit : Public Health Malaysia ( Facebook page )


Related Posts:

  • Video pengakuan Muhyiddin Yassin mengenai wang RM2.6 billion Dalam negara kita dilanda malapetaka seperti kehilangan dan kemalangan kapal terbang, isu jet peribadi, skandal dana 1MDB dan pelbagai lagi, di dalam kita masih meraikan Hari Raya Aidilfitri, kita dikejutkan dengan pemec… Read More
  • Resipi Lasagna SEJARAH LASAGNA Terdapat tiga teori tentang asal-usul lasagna. Dua daripadanya menyatakan bahawa ia adalah hidangan Yunani kuno. Teori utama ialah lasagna berasal dari Greek iaitu (Laganon) iaitu kunci kira-rata doh past… Read More
  • Kenyataan media Muhyiddin Yassin KENYATAAN MEDIA YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk b… Read More
  • Resipi Kek Kukus Pelangi Kek Kukus Pelangi Bahan-bahan : 5 biji telur grade A - dari peti ais 200 gram gula kastor 220 gram tepung gandum 1 sudu kecil baking powder 1 sudu besar ovalette 150 ml susu cair 1/2 sudu kecil garam 100 ml minyak jagun… Read More
  • Komen Tan Sri Zainuddin Maidin mengenai pemecatan TPM dan Naib Presiden UMNO Video ini merakamkan komen dari bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin menyifatkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memecat timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden Umno Datuk Seri … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan