Konsep Zoo Maya akan dilaksanakan di Zoo Negara



Bagi meneruskan kelangsungan operasi, Zoo Negara kini dalam perancangan untuk mewujudkan 'zoo maya'.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata, konsep itu dilihat signifikan dengan keadaan semasa negara yang masih dilanda Covid-19.

Menurutnya, menerusi konsep berkenaan, pencinta haiwan boleh melihat spesis di Zoo Negara menerusi konsep maya di seluruh dunia.

Katanya, konsep ini dilihat mampu menjadi platform terbaru untuk memastikan Zoo Negara terus beroperasi dengan hasil kutipan bayaran daripada hanya bergantung sepenuhnya kepada pengunjung.

"Sejak Covid-19, Zoo Negara hanya dapat beroperasi beberapa kali dalam tempoh singkat sebelum diarahkan tutup oleh kerajaan bagi mengelak penularan.

"Jadi menerusi konsep 'zoo maya' ini, orang ramai boleh melihat haiwan menerusi platform maya tanpa perlu datang ke Zoo Negara.

"Konsep ini dilihat mampu menjana pendapatan baharu kepada Zoo Negara agar tidak terus terkesan jika tidak dapat beroperasi," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata, konsep ini masih lagi diperhalusi dan beberapa syarikat akan mengemukakan kertas kerja untuk dinilai dari segi kos dan keberkesanannya.

Mengulas mengenai operasi, dana yang dimiliki Zoo Negara kini semakin menyusut dan hanya mampu bertahan sehingga awal Mei ini.

Katanya, sumbangan orang ramai masih diterima namun diharap ia boleh ditingkatkan kerana kos operasi bulanan mencecah RM1 juta.

"Setakat ini dana yang ada masih dapat menampung operasi lebih 4,000 haiwan dan membayar gaji pekerja selain bayaran lain.

"Namun diharap sekiranya ada pihak yang mahu menyalurkan bantuan dana boleh berhubung terus dengan Zoo Negara," katanya.


Kredit :

- MyMetro ( Ekhwan Haque Fazlul Haque )

- NSTP

Related Posts:

  • Ulangtahun kelahiran ke 74 - Anwar Ibrahim Selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat Presiden Parti Keadilan Rakyat iaitu Dato Seri Diraja Dr Anwar Bin Ibrahim. Semoga beliau diberi kesihatan yang baik batin dan zahir untuk terus memimpin rakyat Malaysia… Read More
  • Kemenangan Jason Kenny dibatalkan : emas milik Azizulhasni Awang ! Terkini berkaitan Olimpik Tokyo 2020 :EMAS MILIK AZIZULHASNI AWANG ACARA KEIRIN, JASON KENNY GAGAL UJIAN DOPINGPelumba Trek Berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang telah diisytiharkan selaku pemenang pingat Emas acar… Read More
  • Petugas kesihatan buat seks dalam ambulans Dua petugas kesihatan unit kecemasan di Britain dipecat selepas ditangkap melakukan hubungan intim di bahagian belakang sebuah ambulans baru-baru ini, lapor portal The Sun.Emma Croydon, salah seorang pelaku tersebut, di… Read More
  • Beli salad - pakej dengan ularSeorang lelaki yang dikenali sebagai Alex White membeli bungkusan salad dari sebuah pasaraya di Sydney, Australia.Ketika di rumah, beliau membuka bungkusan salad yang dibelinya itu dan terkejut apabila melihat ada sesuatu yan… Read More
  • Kenangilah jasa-jasa Mahiaddin Yasin Apa yang perlu kita fikirkan tentang dia selepas ini ?1. Dia menang pilihanraya atas Tiket PKR dan bergabung dengan Pakatan Harapan untuk tumbangkan UMNO/BN yang dipanggil 'Kleptokrat'.2. PH berjaya kalahkan UMNO/BN. PH… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan