Tiga wanita ditangkap kerana terbabit aktiviti persundalan

KOTA BHARU : Tiga wanita termasuk dua ibu tunggal, masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit dengan aktiviti persundalan, dengan menawarkan perkhidmatan seks.

Ketiga-tiga tertuduh, Nur Shamila Fakarozi, 22; Zawarni Zakaria, 30 dan Hidayah Abdul Rahman, 39, membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam dan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa mencari langganan atau mendesak bagi maksud persundalan atau mana-mana maksud perbuatan lucah pada mana-mana tempat.

Kesalahan itu dilakukan oleh di sebuah rumah di Padang Seri Paduka, Kubang Kerian di sini jam 3.45 petang pada 23 Februari lalu.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shahril Ramli dan S Gayathri.

Sementara itu, Zawarni diwakili oleh peguam, Mohd Nazri Awang, manakala Nur Shamila dan Hidayah pula diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Roshayati Hassan dan Ariayani Mohd Aamin.

Ketiga-tiga peguam memohon hukuman denda minimum dikenakan terhadap anak guam kerana itu kesalahan pertama mereka.

Mohd Nazri berkata, anak guamnya iaitu Zawarni tidak bekerja dan kini menetap bersama ibu dan bapanya, selain sudah insaf.

Roshayati yang mewakili Nur Shamila dalam rayuannya berkata, anak guamnya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan seorang ibu tunggal yang perlu menjaga anaknya berusia setahun tiga bulan.

Sementara itu, Ariayani pula memohon agar anak guamnya tidak dikenakan hukuman yang berat kerana Hidayah ibu tunggal kepada empat orang anak, termasuk tiga daripadanya masih bersekolah.

Mohamad Ibrahim kemudiannya membenarkan hukuman denda sebanyak RM2,000, selain penjara enam bulan kepada Zawarni dan dua bulan penjara terhadap Nur Shamila, sekiranya mereka gagal membayar denda yang ditetapkan.

Bagi Hidayah pula, Mohd Izuddin menetapkan hukuman denda RM2,000 dan tiga bulan penjara, jika gagal membayar denda.

Ketiga-tiga tertuduh membayar denda yang ditetapkan oleh mahkamah.


Kredit : BH Online

Related Posts:

  • Video & Lirik Pencuri - Mark Adam Produced by Mark Adam, Adeep Nahar & DJ Fuzz | Lyrics by Mark Adam & Altimet Lirik : Jangan tinggalkan auramu Di sekelilingku Ia membuat aku termimpi Mimpikan kita Jangan biarkan wangianmu Mohon memahami Ia m… Read More
  • Pemilik alih suara Ultraman, Naruto, Doraemon & Boboiboy Rancangan kartun yang disiarkan di Malaysia sama ada dari luar negara mahupun dari dalam Malaysia sendiri mempunyai pengikut dan peminat yang ramai juga terutamanya dari kalangan kanak-kanak dan tidaklah menjadi pelik seki… Read More
  • Bekas Mubaligh Kristian komen tentang isu kalimah Allah Isu kalimah Allah telah menjadi suatu isu terbesar dan modal politik sesetengah pihak dalam menonjolkan imej sebagai "pembela Islam" serta menjadi bahan untuk menakut-nakutkan rakyat agar menjadi cenderung menyokong mere… Read More
  • Lagu Gigit Cuping Telinga - Nabil MLM 2013 Nabil yang memulakan kerjayanya dengan lebih cemerlang dalam pertandingan Raja Lawak dan kini sedang berjuang pula dalam Maharaja Lawak Mega 2013.  Beliau adalah peserta tunggal MLM 2013 yang berseorangan kerana peser… Read More
  • Pendaftaran Percuma 8 Share Jika anda mempunyai akaun sosial media seperti Facebook, Google+, Twitter dan lain-lain dan anda juga suka berkongsi pelbagai cerita yang kool, anda boleh sertai "8Share". 8Share adalah kelab ganjaran peribadi untuk… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan