Maklumat terkini kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip air Selangor



Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan Kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam, sedang giat dijalankan.

Sehingga pukul 5.00 petang semalam (30 Mac 2021), status kemajuan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu adalah pada tahap 73% seperti yang dijadualkan. Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip ini siap sepenuhnya sekitar pukul 9.00 malam semalam.

Bekalan air akan mula disalurkan selepas kerja-kerja siap dilaksanakan dan proses pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat-peringkat. Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada kuantiti bekalan air, jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

Air Selangor akan terus memaklumkan status bekalan air dari semasa ke semasa menerusi media massa dan semua medium komunikasi Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram, Aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

Air Selangor menyarankan para pengguna menggunakan air yang telah disimpan secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.


Kredit : Utusan Malaysia

Related Posts:

  • Surau di The Shore Melaka   Kalau ditinjau pada laman web sosial terutamanya belia yang merupakan rakyat negeri Melaka ataupun mereka yang datang menuntut ilmu di institut pengajian tinggi awam dan swasta di Melaka, ramai juga yang telah berk… Read More
  • Lagu dan lirik Ramadhan dari AMAR Lagu "Ramadhan" yang merupakan saduran dari lagu asal "Let It Go" dari filem animasi yang terkenal di kalangan kanak-kanak iaitu Frozen telah mendapat sambutan yang juga menggalakkan dan rata-ratanya memuji ubah suai lir… Read More
  • Resipi Jemput-jemput Kukus Bergoreng Bahan-bahan : 4 biji tauhu 2 bungkus tauhu telur 1 ketul dada ayam / udang 4 biji telur ayam :  2 untuk dikisar dan 2 ketika proses menggoreng Daun sup potong halus Sedikit cili merah potong halus Bawang goreng, Gar… Read More
  • Proton Iswara mampu meredah banjir   PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gag… Read More
  • Video artis K-POP memeluk perempuan bertudung "INI SEMUA MENGUNDANG MALAPETAKA........" Sudah menjadi viral video dan gambar yang menyaksikan peminat artis K-POP iaitu dari kumpulan B1A4 memegang, memeluk malah mencium perempuan dari kalangan peminat mereka yan… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan