Mahkamah lulus permohonan pertukaran jantina askar

 


Mahkamah Indonesia pada Jumaat membenarkan permohonan seorang askar wanita untuk menukar jantina dalam pendaftaran rasmi susulan keadaan kongenital (keadaan atau penyakit semasa kelahiran) yang jarang berlaku.

Mahkamah daerah Tondano di wilayah Sulawesi Utara juga memutuskan permohonan yang dibuat Sarjan Kedua Aprilia Santini Manganang untuk menukar namanya kepada Aprilio Perkasa Manganang. Keputusan itu diputuskan oleh hakim Nova Loura Sasube.

"Mahkamah telah memutuskan bahawa pemohon Aprilia Santini Manganang telah menukar jantina daripada wanita kepada lelaki," kata Nova dalam perbicaraan secara maya.

Perbicaraan turut dihadiri Ketua Staf Angkatan Darat, Jeneral Andika Perkasa dari ibu pejabat tentera di Jakarta.

Aprilio yang juga bekas pemain pasukan bola tampar wanita Indonesia, telah menjalani pembedahan hypospadias untuk membetulkan kecacatan di bahagian luaran kemaluan lelaki.

Hakim memutuskan bahawa Aprilio kini memegang hak dan tanggungjawab sebagai lelaki.

Sementara itu, Aprilio, yang telah menjalani hidup sebagai seorang wanita selama 28 tahun menzahirkan ucapan terima kasih di atas keputusan mahkamah.

"Saya harap ini akan menjadi permulaan yang baik untuk masa depan dan permulaan yang baharu," katanya.


Kredit :

- Astro Awani

Related Posts:

  • Apa bendanya kek pondan? Pondan (juga dikenali sebagai Mak Nyah, Bapuk, Darai,Sama Species) merupakan istilah yang merujuk bagi golongan lelaki transeksual, yaini orang-orang yang mempunyai biologi lelaki tetapi mendakwa mempunyai naluri wani… Read More
  • Biduanita Negara Sharifah Aini Meninggal Dunia Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu (5 Julai 2014)  di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Allahyarham yang berusia 61 tahun menghembuskan na… Read More
  • Cara orang Melayu melayan usahawan sesama agama dan bangsa Mengikut pengalaman saya sendiri sebagai usahawan (kecil-kecil je), bangsa kita bukan sahaja nak menghadap dugaan atau serangan dari peniaga bangsa asing seperti cina atau india, tetapi masalah dalaman bangsa sendiri jug… Read More
  • Pesawat AirAsia AK 278 kemalangan Sebuah pesawat AirAsia dilapor tergelincir ketika sedang melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei petang 7 Julai 2014. AirAsia turut mengesahkan terdapat insiden membabitkan Penerbangan AK 278 di lap… Read More
  • Bekas model lebih mengerti keperluan MENUTUP AURAT Orang yang sudah Islam atau lahir dalam keluarga Islam pun masih tak "menutup aurat". Kalau ada pun yang bertudung, tapi pakaiannya masih tidak memenuhi spesifikasi menutup aurat yang dikendaki syariah, contohnya mema… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan