Seawal usia 8 bulan, kanak kanak akan mula meniru tingkahlaku dan pertuturan ibu bapa. Mereka memerhati, mendengar dan meniru percakapan kita tanpa kita sedari.
Jaga bahasa - jadilah tauladan yang baik kepada anak-anak
Cuaca buruk di beberapa negeri dijangka sehingga Selasa depan
Pada 7 Januari 2021, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada, dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga Selasa depan.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan diramal berlaku di Pahang membabitkan daerah Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin serta di Johor iaitu di Segamat, Mersing dan Kota Tinggi sehingga hari ini.
"Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat pula dijangka melanda seluruh Kelantan, manakala di Terengganu melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang sehingga hari ini.
"Amaran sama turut dijangka berlaku di Terengganu melibatkan kawasan Dungun dan Kemaman, Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran serta di Johor di kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru sehingga Selasa," menurut kenyataan itu.
Kredit : Harian Metro
Pesakit wabak Covid 19 telah lari dari Hospital Tampin
Polis kini sedang giat mengesan seorang pesakit Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Tampin pada 30 Disember 2020.
Pesakit berkenaan, M. Gunasegaran, 33, dipercayai melarikan diri daripada hospital tersebut melalui tangga belakang wad yang menjadi laluan sampah.
Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab. Wahab, pihaknya kini sedang mempergiatkan usaha mengesan pesakit Covid-19 yang melarikan diri berkenaan.
“Polis menerima laporan dari penyelia Hospital Tampin, yang telah dimaklumkan oleh ketua jururawat bahagian wad Covid-19 (Wad 2C) seorang pesakit yang positif Covid-19 telah melarikan diri dari wad 2C.
“Pesakit yang beralamat di Seri Kembangan, Selangor telah dimasukkan ke wad berkenaan pada 29 Disember,”.
Anuwal berkata, pesakit tersebut juga adalah bekas banduan dari Penjara Jelebu. Menurutnya, usaha mengesan pesakit tersebut sedang giat dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin.
“Kerjasama dan maklumat daripada orang awam adalah diperlukan. Jika terkesan atau terjumpa subjek, sila hubungi mana-mana balai polis berhampiran atau bilik gerakan IPD Tampin di talian 06-4411222.
Pesakit berkenaan telah memotong gelang pengawasan yang dipakai bagi mengelakkan dirinya dikesan. Orang awam juga boleh menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyalurkan maklumat.
Kredit :
- Utusan Online
- Sinar Harian
Muzakir melawat salah satu rumah arwah Maznah Ismail ( Mona Fendey )
Jempol dan Tampin akan mengalami gangguan bekalan air
Sebahagian kawasan di Tampin dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama tempoh 24 jam bermula jam 8 pagi esok.
Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Norzita Ismail berkata, penutupan bekalan air sementara itu disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan rumah pam dan penyambungan kabel serta meter panel baru di Loji Rawatan Air (LRA) Gemas.
Katanya, kawasan Tampin yang terbabit ialah Kem Sirajuddin, Dataran Satria, Felda Bukit Jalor, Taman Pinggiran Felda, Pekan Air Kuning/Parit Buluh, Taman Semarak, Taman Sri Air Kuning, Taman Air Kuning, Kampung Baru Air Kuning dan Air Kuning Selatan.
"Turut terbabit ialah Kampung Mantai, kawasan Jalan Gemas, Jalan Mahkamah, Taman Molek, Rumah Rakyat Gemas, Taman Desa Permai Gemas, Taman Gemas Jaya, Taman Sahabat, Taman Sentosa, Taman Gemas Setia, Taman Desa Bakti, Rumah Murah Gemas dan Taman Damai Gemas.
"Selain itu, Kampung Sri Gemas, Taman Armani, Jalan Tok Sulong, Kampung MelayuBukit Masjid, New Village Gemas, Pekan Gemas, Taman Gemas Indah, KTM Gemas danTaman Sungai Gemas," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, kawasan lain termasuk Kampung Ladang Gemas, Kampung Bangkahulu, Kampung Ulu Ladang, Kampung Londah, Taman Halacara Baru, Taman Pasir Besar dan Kampung Pasir Besar.
"Turut mengalami gangguan termasuk juga Kilang Getah Pasir Besar, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Dua, Kampung Paya Lebar, Kampung Tiong, Taman Perwira, Taman Sri Mutiara, Pusat Perdagangan Mewah, Klinik Kesihatan Gemas, Taman Pahlawan, Taman Satria dan Kilang Ayam Huat Lai Air Kuning," katanya,
Norzita berkata, bagi kawasan Jempol pula, ia membabitkan Gugusan Felda Palong 2 hingga 16.
"Penghantaran lori tangki atau penempatan tangki statik akan dilaksanakan sekiranya gangguan di luar jangka atau melebihi 24 jam.
"Bekalan air akan disambungkan semula selepas kerja-kerja berkenaan selesai, bagaimanapun beberapa kawasan tinggi kemungkinan bekalan air pulih mengambil sedikit masa.
"Pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS ditalian bebas tol 1-800-88-6982," katanya.
* kredit :
- teks : my Metro
- gambar : inspirasialang.wordpress.com