Jempol dan Tampin akan mengalami gangguan bekalan air

 

Sebahagian kawasan di Tampin dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama tempoh 24 jam bermula jam 8 pagi esok.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Norzita Ismail berkata, penutupan bekalan air sementara itu disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan rumah pam dan penyambungan kabel serta meter panel baru di Loji Rawatan Air (LRA) Gemas.

Katanya, kawasan Tampin yang terbabit ialah Kem Sirajuddin, Dataran Satria, Felda Bukit Jalor, Taman Pinggiran Felda, Pekan Air Kuning/Parit Buluh, Taman Semarak, Taman Sri Air Kuning, Taman Air Kuning, Kampung Baru Air Kuning dan Air Kuning Selatan.

"Turut terbabit ialah Kampung Mantai, kawasan Jalan Gemas, Jalan Mahkamah, Taman Molek, Rumah Rakyat Gemas, Taman Desa Permai Gemas, Taman Gemas Jaya, Taman Sahabat, Taman Sentosa, Taman Gemas Setia, Taman Desa Bakti, Rumah Murah Gemas dan Taman Damai Gemas.

"Selain itu, Kampung Sri Gemas, Taman Armani, Jalan Tok Sulong, Kampung MelayuBukit Masjid, New Village Gemas, Pekan Gemas, Taman Gemas Indah, KTM Gemas danTaman Sungai Gemas," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, kawasan lain termasuk Kampung Ladang Gemas, Kampung Bangkahulu, Kampung Ulu Ladang, Kampung Londah, Taman Halacara Baru, Taman Pasir Besar dan Kampung Pasir Besar.

"Turut mengalami gangguan termasuk juga Kilang Getah Pasir Besar, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Dua, Kampung Paya Lebar, Kampung Tiong, Taman Perwira, Taman Sri Mutiara, Pusat Perdagangan Mewah, Klinik Kesihatan Gemas, Taman Pahlawan, Taman Satria dan Kilang Ayam Huat Lai Air Kuning," katanya,

Norzita berkata, bagi kawasan Jempol pula, ia membabitkan Gugusan Felda Palong 2 hingga 16.

"Penghantaran lori tangki atau penempatan tangki statik akan dilaksanakan sekiranya gangguan di luar jangka atau melebihi 24 jam.

"Bekalan air akan disambungkan semula selepas kerja-kerja berkenaan selesai, bagaimanapun beberapa kawasan tinggi kemungkinan bekalan air pulih mengambil sedikit masa.

"Pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS ditalian bebas tol 1-800-88-6982," katanya.


* kredit : 

- teks : my Metro

- gambar : inspirasialang.wordpress.com

Related Posts:

  • Perbezaan perang Palestin - Israel tahun 1967 dan 2014 Perang antara negara haram Israel (Zionis) dan Palestin telah berterusan berabad lamanya dan dilihat seperti hanya menunggu munculnya Imam Mahadi dan Nabi Isa A.S untuk menghapuskan kaum Yahudi berfahaman Zionis ini atas… Read More
  • Perbezaan antara Resume, Biodata dan Curriculum Vitae Betapa seriusnya seseorang itu mencari kerja, begitu jugalah individu berkenaan perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara ketika memohon pekerjaan.  Salah satunya ialah menyediakan dokumen yang menyatakan tenta… Read More
  • Sekali pandang lain macam Sejarah penciptaan kamera bermula jauh lebih lama sebelum masyarakat barat menemukannya, prinsip-prinsip dasar pembuatan kamera telah dicetuskan seorang sarjana Muslim sekitar 1000 tahun lalu.  Peletak prinsip ker… Read More
  • Resipi Kentang Putau Kentang Putar atau kentang lenyek adalah hidangan yang disediakan dengan menggunakan kentang rebus yang dihancurkan. Resipi ini mula muncul lebih kurang pada tahun 1747 seperti yang dicatatkan dalam The Art of Cookery … Read More
  • Membeli pakaian pra perayaan   Assalamualaikum.... Dah mula buat persiapan raya...? Membeli pakaian mungkin...?.  Gambar-gambar di atas merupakan apa yang saya beli semalam (15 Ogos 2011) sempena pra raya.  Mungkin lagi beberapa har… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan