Lima puluh lima jenis sarapan dijual RM1

Perniagaan yang diusahakan Nurul Hidayu Zulkifli, 34, dan suaminya, Ahmad Zughairi Mohd Zuki, 34, di tepi rumah mereka di Kampung Tasek, Padang Kebar dekat Bukit Payong, Marang, Terengganu itu mula dijalankan sejak 14 Oktober yang lalu. 

Antara jenis sarapan yang dijual adalah Nasi Lemak, Nasi Minyak, Nasi Goreng dan pelbagai jenis kuih muih. 

“Saya buat sendiri kebanyakan nasi dan kuih yang dijual, tapi ada juga yang ditempah dari adik beradik dan sanak saudara terdekat.” kata Nurul Hidayu. 

Menurutnya lagi, setakat ini sebanyak 55 jenis menu termasuk aneka kuih-muih tradisional dan moden serta pelbagai nasi termasuk menu sarapan ala barat seperti sandwic dan chicken chop dijual digerainya.


Katanya, awal pagi gerainya sudah dikunjungi pelanggan termasuk yang datang dari jauh seperti dari Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Dungun.

"Biasanya waktu kemuncak pelanggan datang dari jam 7 hingga 8 pagi manakala sekitar jam 9 pagi semua pek makanan sudah habis dijual.

"Antara 800 dan 1,200 pek makanan disediakan setiap hari dan boleh habis dalam masa dua jam," katanya yang berhasrat membuka sebuah cawangan di Kuala Terengganu pada awal tahun depan.

Apabila ditanya tentang harga jualan yang begitu murah, Nurul berkata yang niatnya adalah untuk membantu orang susah. 

"Untung tipis tak mengapa, janji puas hati dapat kongsi rezeki bersama insan lain. 

“Lebih-lebih lagi yang ada anak ramai. Minggu pertama mula berniaga saya hanya menjual tiga bakul kuih muih. Selepas dua minggu, menu semakin bertambah.”

Tambah Nurul, dua hari selepas memulakan perniagaan, dia menerima sumbangan sebanyak RM20 selama dua minggu berturut-turut daripada seseorang yang memintanya untuk memberi makanan percuma kepada pelanggan.

"Hasil sumbangan individu tersebut, setiap yang datang membeli di sini (gerai) mendapat percuma makanan tidak kira dia beli berapa bungkus. Saya anggap ini adalah permulaan berkat di atas perniagaan yang saya usahakan di samping niat asal untuk membantu mereka yang terkesan atau kehilangan pekerjaan disebabkan Covid-19," katanya.

 Terdapat juga individu yang bermurah hati memberikan sumbangan kepadanya supaya turut mengagihkan makanan ke pusat tahfiz serta rumah anak yatim dan Nurul percaya semua itu adalah keberkatan terhadap usahanya itu.

#RakyatJagaRakyat 

Kredit 

Teks : OK Media

Foto : Harian Metro, Sinar Harian.

Related Posts:

  • Pendapatan dari blog, terfikirkah anda tentang berzakat? Contoh kiraan zakat automatik di dalam laman web Pusat Zakat Melaka. Sudah agak heboh diperkatakan mengenai blogger-blogger yang memperolehi pendapatan mencecah ribuan malah puluhan ringgit melalui pengiklanan di blog.… Read More
  • Blog inipun takde malware jugak...    Terima kasih pada "bloggies" Teratak Usang kerana dengan artikelnya berkenaan penggunaan Webmaster Tool dari Google untuk mengimbas blog bagi mengesan kehadiran malware (termasuk dalam kategori virus) telah meng… Read More
  • Mesej dari Mangga Ad - masalah malware Walaupun dalam blog ini saya menggunakan Nuffnang, namun saya ingin juga berkongsi berkenaan mesej dari pengurusan Mangga Ad mengenai masalah "malware".  Saya ada memasang iklan dari Mangga Ad pada blog yang lain. M… Read More
  • Booth keIslaman di Jom Heboh sepiBila hal berkaitan agama, tak ramai yang nak ambil tahu., kurang sangat sambutan. Tapi bila tiba tang hiburan, bukan main berasak-asak, berpusu-pusu pergi tengok, tak panggilpun ramai yang datang, sanggup berhujan d… Read More
  • Keputusan perlawanan Piala Malaysia 20 September 2010  Kumpulan A PKNS FC Kelantan 1 - 2 3 - 3 N.Sembilan KL Plus Kumpulan B Sabah Terengganu 2 - 0 0 - 1 Pahang Kuala Lumpur Kumpulan C ATM Johor FC 1 - 1 2 - 0 Kedah Perak Kumpulan D Felda … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan