Cuaca buruk di beberapa negeri dijangka sehingga Selasa depan

Pada 7 Januari 2021, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada, dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga Selasa depan.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan diramal berlaku di Pahang membabitkan daerah Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin serta di Johor iaitu di Segamat, Mersing dan Kota Tinggi sehingga hari ini.

"Amaran cuaca waspada dengan hujan lebat pula dijangka melanda seluruh Kelantan, manakala di Terengganu melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang sehingga hari ini.

"Amaran sama turut dijangka berlaku di Terengganu melibatkan kawasan Dungun dan Kemaman, Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran serta di Johor di kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru sehingga Selasa," menurut kenyataan itu.


Kredit : Harian Metro

Related Posts:

  • Resipi Ayam Goreng macam KFC / Mc Donald's Sekali-sekala kalau makan di restoran makanan segera memang enak. Tapi kalau selalu sangat pergi, boleh "senak" dibuatnya. 😅😁 Oleh itu di bawah ini, saya paparkan resipi buat ayam goreng ala-ala Mc Donald's atau KFC.… Read More
  • Resipi Cheese Bakes Rice Bahan-bahannya : ● Butter untuk menumis ● Bawang putih, bawang merah (dipotong dadu) ● Isi ayam ● Sosej (atau apa2 yg minat) ● Carrot or sayur campur ● Kiub ayam ● Mushroom ● Fresh milk ● Nasi yang sudah dimasak ● Mozzare… Read More
  • Kek Kukus Cheese Coklat Bahan A  -1 cawan gula -1 cawan susu cair -1 cawan koko -1/2 cawan susu pekat -1 cawan minyak Campur semua bahan di atas dan dimasak menggunakan api yang sederhana dan kacau sehingga sebati. Kemudian tutup api … Read More
  • Babak dialog pindah rumah antara Aziz dan Sudin Di bawah adalah sebahagian babak dalam siri filem arahan arwah Tan Sri P.Ramle yang diwarnakan. Kini anda telah tahu warna kain pelikat yang dipakai oleh arwah Aziz Satar dan arwah Shamsudin dalam filem berkenaan  😃 … Read More
  • Resipi Kek Kukus Milo Resipi ini adalah ringkas dan mudah untuk dibuat kerana ia menggunakan bahan yang selalunya telah sedia ada di dapur mereka yang berkeluarga. Bahan-bahan - 1 cawan milo - 1 cawan gula - 1 cawan susu pekat manis - 1 c… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan