Kesan Covid 19 pada deria rasa dan bau pada manusia

 

Antara gejala-gejala jangkitan covid-19, hilang deria bau dan rasa merupakan antara ciri ciri unik bagi Covid. 

Menurut individu yang telah melalui pengalaman dijangkiti, mereka tidak dapat menghidu sebarang bau sama ada bau wangi (sabun, perfume) , bau busuk (najis, sampah) atau bau makanan yang biasa dinikmati. 

Gejala hilang deria bau ini bukan akibat hidung tersumbat atau selsema, tetapi akibat sel yang berfungsi untuk mengesan bau (olfaktori) telah terjejas akibat jangkitan covid. 

Situasi hilang deria bau mungkin mencetus panik dikalangan pesakit kerana ini sesuatu perkara baru yang tidak pernah dialami sebelum ini. Sehingga kini, tiada rawatan khusus untuk mencegah deria bau dari hilang dan rawatan untuk mengembalikan deria bau. 

Kebanyakan kes akan perlahan lahan sembuh dalam tempoh 1-3 minggu selepas jangkitan. Data semasa juga menunjukkan individu yang mengalami gejala ini biasanya golongan muda berusia 20-39 tahun dan mempunyai gejala yang lebih ringan. 
.
Walaupun ia hanya hilang deria bau, ia suatu perkara yang mengganggu emosi pesakit kerana menjejaskan selera makan dan hilang nikmat untuk menghidu.

Kredit : Public Health Malaysia ( Facebook )


Related Posts:

  • Aim (R2) & Pak Cu (XN3) - undian masuk semula Maharaja Lawak 2011   Assalamualaikum.... Sesiapa yang mengikuti perkembangan rancangan Maharaja Lawak, akan mengetahui bahawa bagi minggu ke 8, akan ada keputusan undian masuk semula yang tertinggi pada peserta Maharaja Lawak yang te… Read More
  • Sifat ehsan terhadap makhluk Allah S.W.T Assalamualaikum... Sudah lama saya simpan gambar ini.  Baru kini tergerak fikiran dan jari jemari ini untuk menerbitkan artikel mengenainya... Terharu dan tersentuh sanubari saya melihat gambar ini yang menunjukkan se… Read More
  • Kedai peralatan sukan "Creative Sports"Pada hari ini saya telah menerbitkan laman blog ke internet untuk Creative Sports. Creative Sports merupakan kedai peralatan sukan yang dimiliki oleh pemain bola sepak Leong Hong Seng, yang pernah bermain di beberapa buah ne… Read More
  • Isu ciplak idea peserta Maharaja Lawak  Assalamualaikum...Isu ciplak idea atau bahan lawak dari sumber lain ke dalam persembahan sendiri oleh peserta Raja Lawak mahupun Maharaja Lawak sebenarnya adalah satu isu subjektif. Kebanyakkan idea yang timbul asa… Read More
  • Segmen Satu Gambar Bercerita : Basikal Ultraman pun dah mula berbasikal..., anda bila lagi? Assalamualaikum.... Basikal ialah sejenis kenderaan berkuasa manusia yang mempunyai dua roda yang dipasang ke rangka. Diperkenalkan buat pertama kali di Eropah pada… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan