Pesakit wabak Covid 19 telah lari dari Hospital Tampin

Polis kini sedang giat mengesan seorang pesakit Covid-19 yang melarikan diri dari Hospital Tampin pada 30 Disember 2020.

Pesakit berkenaan, M. Gunasegaran, 33, dipercayai melarikan diri daripada hospital tersebut melalui tangga belakang wad yang menjadi laluan sampah.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab. Wahab, pihaknya kini sedang mempergiatkan usaha mengesan pesakit Covid-19 yang melarikan diri berkenaan.

“Polis menerima laporan dari penyelia Hospital Tampin, yang telah dimaklumkan oleh ketua jururawat bahagian wad Covid-19 (Wad 2C) seorang pesakit yang positif Covid-19 telah melarikan diri dari wad 2C.

“Pesakit yang beralamat di Seri Kembangan, Selangor telah dimasukkan ke wad berkenaan pada 29 Disember,”.

Anuwal berkata, pesakit tersebut juga adalah bekas banduan dari Penjara Jelebu. Menurutnya, usaha mengesan pesakit tersebut sedang giat dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin.

“Kerjasama dan maklumat daripada orang awam adalah diperlukan. Jika terkesan atau terjumpa subjek, sila hubungi mana-mana balai polis berhampiran atau bilik gerakan IPD Tampin di talian 06-4411222.

Pesakit berkenaan telah memotong gelang pengawasan yang dipakai bagi mengelakkan dirinya dikesan. Orang awam juga boleh menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyalurkan maklumat. 


Kredit : 

- Utusan Online

- Sinar Harian

Related Posts:

  • Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api "Torangkek" Ayam Masak Lemak Cili Api, sodap sampai torangkek... apo yang torengkek tu....?. Koninglah eakau ingat apo..? Bahan-bahan yang diperlukan untuk masak lemak cili api (untuk 5 ke 6 ketul cincangan ayam) Air 1 cawan Gar… Read More
  • Auta dalam filem arwah P.Ramlee (Tiga Abdul) Tiga Abdul adalah filem komedi yang diterbitkan dalam tahun 1964 di Malaysia yang diarahkan dan dibintangi oleh ikon "layar perak" Malaysia, arwah P. Ramlee. Antara tunjang utama dalam filem ini ialah arwah Haji Mahadi se… Read More
  • Mengapa Perlu Akaun Paypal? PayPal Inc. adalah syarikat dalam rangkaian yang menyediakan perkhidmatan pemindahan wang melalui elektronik, menggantikan kaedah lama yang masih menggunakan kertas, seperti cek dan wang pos. PayPal juga menyediakan perk… Read More
  • Bola Sepak : Malaysia vs Philippines (01/03/2014)   1 Mac 2014 (Sabtu) 8.45 malam Stadium Selayang  Keputusan Akhir : Malaysia  0  -  0  Philippine … Read More
  • Gambar bumi waktu malam dari angkasa lepas Angkasa lepas, atau lebih ringkas angkasa, merujuk kepada ruangan yang secara relatifnya kosong di dalam alam semesta yakni berada di luar dari atmosfera sesuatu objek astronomi. Angkasa lepas digunakan untuk membezakann… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan