Saranan Dato Rusly Abdullah kepada orang Melayu


Berikut merupakan cadangan penyelesaian masalah sosio ekonomi bangsa Melayu di Malaysia dari Chef Li :

Cuba kita mulakan hari ini :

1. Beli ikan dan sayur hanya dari penjual Islam yg terhampir dgn kediaman anda walaupun mahal sikit niatlah sadaqah. 

2. Beli barangan runcit hanya dari peruncit Muslim yg terdapat dlm kejiranan anda. Walaupun barang-barang mereka kurang lengkap. Niatkan untuk "support". 

3. Tanam cili, kunyit, lengkuas, ubi kayu, kacang botor, bendi, terung, bawang merah, bawang putih, limau purut, pokok saderi dan lain-lain. Di laman rumah atau "back yard". 

4. Belajar buat rempah kari, rempah korma, rempah kerutup, rempah briyani untuk kegunaan sendiri. 

5. Belajar buat mayonis, tar tar sauce, thousand island dan black pepper sauce untyk kegunaan rumah sendiri. 

6. Belajar buat kicap sos cili sos tiram, kuah rojak utk kegunaan sendiri

7. Belajar lah apa apa yg menambah nilai kehidupan anda dan kempen kepada semua yg anda kenal. 


Cuba enam bulan, anda lihat kesannya... 
Jangan asyik berbicara dan berforum... Masa untuk beraksi.


Video aksi kucing yang kelakar



Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan yang sangat popular di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Dalam sejarah agama Islam, kucing memiliki keistimewaan lawanan yang tinggi. Baginda Nabi Muhammad SAW berpesan kepada para sahabatnya agar menyayangi kucing seperti menyayangi keluarga sendiri.

Salah satu kucing yang dimiliki oleh Nabi iaitu Mueeza, kucing ini sungguh sangat luar biasa kerana Mueeza selalu mengiau ketika mendengar azan, seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti laungan suara azan.

Di bawah merupakan antara koleksi video yang memaparkan keletah kucing yang boleh membuatkan kita rasa terhibur dan menenangkan perasaan.


Resipi pembuatan cendol di rumah


Cendol ialah sejenis minuman pencuci mulut yang boleh dijumpai di negara-negara Asia Tenggara.

Di Malaysia, sesetengah pembuat cendol telah menghasilkan cendol selama tiga generasi sejak 1920-an sehingga sekarang, satu tempoh kurang lebih 97 tahun. Cendol sangat digemari masyarakat Malaysia kerana cuaca dan iklim negara Malaysia yang panas.

Bahan yang anda perlukan :

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
1 sudu air kapur makan/sireh
2 gelas air daun pandan.
1 besen air batu

Cara membuat :

1. Daun pandan dikisar dan airnya digunakan untuk membancuh kedua jenis tepong yang dicampur dengan air kapur.

2. Bancuhan itu dijerang atas api yang tidak terlalu besar, sentiasa dikacau sehingga likat.

3.  Sediakan sebuah besen yang berisi air batu. Jika anda punya peralatan untuk membentuk cendul, gunakannya, kalau tidak memadai jika masukkan adunan yang dah pekat likat dan kental itu ke dalam plastik tahan panas, kemudiamnya gunting hujungnya dan picitkan ke dalam besen yang air batu tadi.

4. Selepas selesai, ianya boleh disimpan dalam peti sejuk dan digunakan berulang-berulang selagi masih ada.

Liga Super Malaysia : 9 April 2017


Perlawanan pada malam ini melibatkan empat pasukan iaitu JDT bertemu Melaka United dan Felda United menentang Pulau Pinang.

Keputusan Penuh :

Felda United 0 - 1 Pulau Pinang

81' Pulau Pinang - S. Kumaahran


JDT  7 -  0  Melaka United

6' JDT - Gabriel Guerra
17' JDT - Safiq Rahim 
22' JDT - Amirul Hadi Zainal
34' JDT - Gonzalo Cabrera
46' JDT - Azammuddin Akil 
59' JDT - Safiq Rahim 
87' JDT - Safiq Rahim 

Mengapa F1 tidak akan dianjurkan lagi di Litar Sepang?


Berikut merupakan jawapan kepada persoalan mengapa perlumbaan Formula 1 tidak akan dianjurkan lagi di Litar Sepang :


"KABINET telah bersetuju untuk menamatkan kontrak penganjuran perlumbaan Formula One (F1) bermula tahun 2018, memandangkan pulangan menurun yang semakin ketara kepada negara berbanding dengan kos penganjuran kejohanan tersebut, kata Perdana Menteri," Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, keputusan ini dibuat setelah mengambil kira laporan dan pandangan daripada Sepang International Circuit (SIC) mengenai impak kewangan acara F1 ini kepada semua pihak-pihak berkepentingan.

"Kerajaan terpaksa menanggung kos penganjuran yang sangat tinggi setiap tahun. Namun begitu, pulangan daripada menganjurkan kejohanan ini semakin berkurangan dari segi penonton, pengunjung dan jumlah kedatangan pelancong asing semasa perlumbaan berlangsung sejak beberapa tahun yang lalu," katanya dipetik dalam blognya NajibRazak.com.

Mengulas lanjut, Najib berkata, pada tahun 1999 hanya 16 buah negara menjadi tuan rumah kepada perlumbaan berprestij ini termasuk dua negara Asia, tetapi ianya kini telah meningkat kepada 21 buah negara dengan enam negara Asia, sekali gus mengakibatkan penurunan pulangan kepada penganjur dan negara.

"Penamatan penganjuran ini akan membolehkan Kerajaan meningkatkan pembiayaan dalam sukan permotoran bagi pembangunan bakat, infrastruktur, pemindahan kemahiran dan pengetahuan.


"Kerajaan juga akan menggunakan peruntukan yang ada bagi kegunaan perlumbaan lain seperti MotoGP dan Go-kart, membina litar perlumbaan khas di Sungai Petani, menaik taraf kemudahan di SIC di samping membantu pemandu profesional negara menjadi pemandu F1," katanya lagi.

Dalam pada itu, katanya Litar Sepang akan terus memainkan peranan penting dalam usaha kita mempromosi Malaysia di peringkat antarabangsa. Ia akan terus menjadi tuan rumah kepada acara sukan permotoran utama seperti MotoGP dan banyak lagi perlumbaan bertaraf nasional, serantau dan antarabangsa yang akan terus menarik pengunjung ke Malaysia.

"Meskipun begitu, Petronas akan meneruskan penajaan ke atas Pasukan Mercedes AMG Petronas dalam perlumbaan F1 sebagai strategi pemasaran syarikat berkenaan," katanya.

Sementara itu, katanya kerajaan Malaysia sedia maklum dan mengakui sokongan yang telah diberikan oleh Formula One Management (FOM) sepanjang penganjuran perlumbaan tersebut di negara ini sejak 19 tahun yang lalu.

"Saya juga ingin menzahirkan setinggi penghargaan atas persefahaman serta persetujuan FOM yang bersetuju perlumbaan F1 2017 di Sepang menjadi perlumbaan terakhir di litar tersebut," katanya.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan