Keputusan Final Piala FA 2016



Johor Darul Ta'zim memenangi perlawanan bola sepak Superbest Power Piala FA 2016 dengan menewaskan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dengan jaringan 2 berbalas 1, di Stadium Shah Alam, Selangor.


JDT  2  -  1  PKNS

Gabriel Guerra minit ke 6' (Penalti) - PKNS
Safiq Rahim minit ke 15' (Penalti) - JDT
Pereyra Diaz minit ke 35' - JDT







Video ringkasan perlawanan :



Video Majlis Penyampaian Hadiah JDT VS PKNS 2-1 Final Piala FA 2016 :




Resipi Nasi Kerabu



Resipi mudah Nasi Kerabu


Sambal Kelapa


Bahan-bahannya:
Sebiji kelapa parut disangai garing (warna dark brown) dan ditumbuk lumat (jangan sampai pecah minyak)
4-5 ekor isi ikan selayang/sardin atau kembung (paling baik dibakar kerana akan kurang hanyir berbanding dikukus atau direbus)
6 ulas bawang merah
10 biji lada hitam
2 batang serai (lihat saiz)
gula/gula melaka, garam secukup rasa

Cara :
Tumbuk halus/lumat semua bahan. Gaulkan hingga sebati/mesra. Sudah siap, tekan-tekankan hingga rapat dan disendukkan ke dalam pinggan waktu menghidang nanti.

Sayur Ulam

Bahan-bahannya :

Timun
Kacang panjang
Kubis
Bunga Kantan
Daun kesum
Daun kunyit muda
Taugeh
Daun selasih

Cara :
Hiris halus-halus dan gaul bersama.

Air Lada

Bahan-bahannya :

10 biji cili padi merah
Cuka secukupnya
2 1/2 sudu besar gula
2 sudu kecil garam
Sedikit air masak
Cili ditumbuk/dimesin bersama-sama dengan gula dan garam dan dimasukkan cuka dan air masak.

Nasi

Bahan-bahannya :

Beras secukupnya
Sedikit pewarna biru- tak ada bunga telang, saya gunakan pewarna biru StarBrand
2 helai daun limau purut.
Masak macam biasa.

Budu


Budu secukupnya
Cili padi dipotong
Asam limau nipis.
*kalau nak sedap, masakkan dahulu budu tadi dicampurkan dengan sedikit gula melaka dan asam keping

Lirik Hang Pi Mana - Khalifah



Hang Pi Mana? [Loop],

Pagi-pagi Buta,
Mak Ayah Dah Tanya,
Aku Nak Kemana,
Berseluar Yankee Baju Bunga-bunga,
Duduk Atas Tangga,

Ai, Malu Nak Kata,
Takkan Ku Nak Auta,
Mak Ayah Tercinta,
Cek Nak Pi Kerja,
Insya allah Bukan Nak Pi Mana.

Hang Pi Mana? Kerja Apa? [Loop],

Pergi Sekolah,
Bukan Cikgu Di Sana,
Baju Bunga-bunga,
Bukan Tukang Kebun Juga,
Mak Ayah Tanya,
Cek Pi Buat Kerja Apa,
Malu Nak Kata Nanti Ampa Tau Juga.

Anak-anak Mak Ayah Bukan Tanya-tanya Saja [x2],
Depa Tanya Pi Mana Bukan Minta Duit Kita [x2],
Malu Apa Janji Kerja Janji Tidak Buat Dosa [x2],
Memang Cek Nak Habaq Tunggu Lepas Solo Gitar [x2].

Cek Pi Sekolah,
Memang Kerja Di Sana,
Kerja Duduk Saja,
Sambil Tengok Sini Sana,
Kerja Mulia, Bukan Cek Buat Dosa,
Gaji Sederhana,
Kerja Jadi Jaga Saja,

Hang Pi Mana? Dah Tahu Dah? [Loop].


Resipi Karipap Pusing


Karipap Pusing Berinti Kentang Ayam

Bahan-bahan untuk inti :

500gm kentang- di dadu kecil
300gm isi ayam yg dipotong kecil
4 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar cili kisar
2 biji Bawang Besar *
3 ulas Bawang Putih *
1 sb udang kering- basuh & toskan*
3 tangkai daun kari
2 buku kiub pati ayam
1 mangkuk kecil daun sup yg telah dihiris halus
Garam & gula secukup rasa
Air
Sedikit Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan :

-Kisar semua bahan bertanda (*)...

-Panaskan minyak untuk menumis...Tak perlu banyak sangat nanti minyak tu meleleh sangat kat celah lapisan karipap...

-Tumiskan semua bahan yang dikisar bersama daun kari,rempah kari & cili kisar hingga naik minyak..goreng dengan api perlahan hingga cili betul betul garing...

-Kemudian masukkan air, isi ayam dan juga kentang...seterusnya masukkan pati ayam..

- bila hampir mengering baru masukkan gula dan garam secukup rasa..

- Kacau rata hingga kering dan bolehlah diangkat. Sejukkan betul betul dulu inti sebelum dimasukkan kedalam doh karipap.

Kulit Karipap Pusing

Bahan Doh A:
1 cawan Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung
2 sudu besar Veg Shortening
2 sudu besar Margerin

Bahan Doh B:
2 cawan Tepung Gandum
1/4 cawan Minyak Jagung
1 sudu kecil Garam atau secukup rasa
1/2 cawan Air ~~ Anggaran

Cara-cara :

-Satukan semua bahan untuk doh A. Gaul hingga sebati dan boleh dikepal atau dibulatkan. Kemudian dibahagikan kepada 4 bahagian dan dibentukkan menjadi bulat. Ketepikan.

-Untuk doh B, panaskan minyak dan tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi tepung. Buat satu kawasan lekuk di tengah tepung tu untuk menuangkan minyak panas. Gaul rata dengan senduk atau sudu dulu (awas minyak PANAS) sehingga menjadi seperti serbuk roti.

-Bancuhkan garam bersama air dan tuangkan ke dalam tepung dan minyak tadi sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli hingga sebati dan agak tidak melekat di tangan. Kemudian doh itu dibahagikan kepada 4 bahagian yang dibulatkan juga.

-Gelekkan 1 bahagian doh B yang telah kita bahagikan tadi dan dan masukkan pula 1 bahagian dari doh A pula. Bungkuskan menjadi bulat dan ketepikan. Ulangi untuk doh doh seterusnya.

-Doh yang telah dibungkus dan disatukan tadi, digelek agak sederhana, tak tebal sangat dan tak nipis sangat. Kemudian digulung dan digelekkan lagi sekali di atasnya...Sama juga macam tadi, sederhana ketebalannya dan digulung lagi...

-Ulangi untuk doh seterusnya. Selepas proses ini direhatkan sebentar dalam 10-15 minit gulungan gulungan doh supaya dia agak mesra dan lembut....

-Selepas itu, ambil gulungan doh tadi dan dipotong kepada 6 bahagian. Gelekkan jangan terlalu nipis dan tidak terlalu tebal ye..Kalau nipis sangat, takut pecah dan agak payah untuk dikendalikan dan jika tebal sangat pun tak sedap rasanya nanti...

-Isikan inti secukupnya, tapi jangan terlalu penuh kerana lapisan kariap itu nanti mungkin akan pecah.

Video Separuh Akhir Kedua Piala FA 2016

 

Video rakaman perlawanan Separuh Akhir Kedua Superbest  Power Piala FA 2016 antara Johor Darul Ta'zim dan Kedah. 

Dalam perlawanan ini, JDT memenangi perlawanan ini dengan agregat 4 berbalas 3


VIDEO JDT vs Kedah :



Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan