Resipi Strawberry Crepe


Setelah popularnya Durian Crepe, kini tibalah pula musim Strawberry Crepe.  Namun apakah ianya akan sepopular Durian Crepe?

Bahan-bahan :

-20gm tepung gandum
-20gm tepung ubi
-10gm tepung kastard
-10gm tepung jagung
-1 biji telur
-1 senduk minyak masak
-1 sudu gula halus
-40ml susu cair
-150ml air
-pewarna kuning
-letak warna pink
-perisa strawberry -gunakan jem strawberry & buah strawberry



Cara Pembuatannya :

- Masuk semua bahan ke dalam mangkuk. Sebatikan dengan whisk dan tapis..

-Jika pekat tambah sedikit air sedikit. Anda boleh juga menggunakan blander cumanya ia akan sedikit berbuih. Anda perlu hilangkan buih-buih itu dahulu bagi mengelakkan crepe akan berlubang.

-Ambil sesenduk kecil dan tuang adunan ke dalam kuali yang dipegang. Layangkan kuali agar adunan masak sekata menggunakan api yang kecil.

-Masak hingga kering dan anda tidak perlu terbalikan adunan itu semasa mengangkatnya.


Filling :

-150ml fresh cream diputar hingga kental
- guna whipping cream
- jem secukupnya
-letakkan fresh cream

Cara pembuatan  :

-Letak jem dan buah strawberry dan letak lagi cream di atasnya.

-Lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.

-Kemudian letak whipping cream & jem strawberry

-Letak strawberry yang dah dipotong, kemudian bubuh lagi cream. Pastikan krim di letak lebih supaya crepe akan nampakkembung bila dilipat.

-Lipat kemas dan simpan dlm peti ais...biar sejuk dan keras krim di dalamnya dulu sebelum dimakan.



 *Dikongsi dari sumber capaian rakan di Facebook

Berselawat dan bernasyid menggunakan smartphone


Teknologi telefon bimbit atau lebih tepat lagi telefon mudah alih semakin pantas berubah. Malah telefon mudah alih atau dengan nama yang sedang popular iaitu "telefon pintar" semakin menguasai kehidupan penduduk dunia. 

Begitu juga di Malaysia, perkembangannya bermula dari sebuah telefon bimbit yang bersaiz besar (seperti beg bimbit) dengan fungsi asas sahaja sehingga kini ia telah menjadi sebuah alat pelbagai guna yang mempunyai banyak fungsi dan aplikasi yang canggih dan membantu kehidupan kita seharian seperti Al Quran mobile, Google Maps dan Waze.

Saksikan video di bawah, dua orang remaja menggunakan aplikasi drum dalam smartphone untuk bernasyid dan berselawat. Sesuatu kecanggihan dan kemudahan jika digunakan dengan sewajar dan sebaiknya akan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk dikongsikan dengan yang lain.



Pengalaman membeli secara online di Nile Store




Pada 20 Januari 2015, saya telah membuat tempahan dan pembelian pakaian di laman web "nile.com.my". Saya berminat dengan corak dan warna Zipper Korean Men Jacket, seperti gambar di bawah :

Baju saja yang dibeli
Urusan penghantaran bagi saya adalah cepat dan memuaskan. Dengan menggunakan perkhidmatan dari GD Express Sdn Bhd, proses pengurusan dari pembelian sehingga barang yang dipesan selamat sampai ke kedai saya di Kelab Usahawan Giatmara Melaka, Tingkat 4, Arked Jalan Hang Tuah, Melaka.

Setiap pra pembelian di laman web Nile.com.my, perlu dibuat pembayaran dalam masa 24 jam.  Saya membuat pembelian pada petang  20 Januari 2015. Sebaik sahaja saya membuat pembayaran lebih kurang pada pukul 9.00 pagi, 21 Januari 2015 dan disahkan dalam beberapa jam kemudian, jaket yang saya tempah mula dihantar pada hari yang sama. Sila lihat jadual e-tracking dari GDEX di bawah ini :


Ini pula gambaran gerak kerja dari laman web Nile Store :



Kesimpulannya, berurus niaga di laman web adalah baik dan memuaskan.  Cuma dari segi agakkan warna dan kualiti (jenis) fabrik yang digunakan adalah meleset dari jangkaan asal saya.  Mungkin kerana dari segi pencahayaan ketika gambar contoh diambil dan diletakkan di laman web mereka, menjadikannya berlainan dari yang diterima.


Macam ok je kan....?




Video Andai Ku Bercinta Lagi & Muara Hati - Khairul Azmi Saat & Alyah


Video dalam artikel ini adalah video tahun lepas yang mungkin ada antara kita tidak menyaksikan rancangan ini atau tak sedar dalam siaran secara langsung di TV1 ini, menyiarkan seorang insan kelainan upaya yang dikatakan bakal menjadi pengganti kepada Arwahyarham S.Jibeng, yang baru-baru ini telah muncul bersama Mojo serta kumpulannya iaitu Caliph Buskers di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke 29 yang disiarkan secara langsung oleh TV3.

Video ini adalah sewaktu persembahan Khairul Azmi Saat (Caliph Buskers) dalam Konsert Kesenian Istimewa Jabatan Kebajikan Masyarakat - Radio Televisyen Malaysia pada 22 Februari 2014 lalu.



Resipi Pizza Sosej Sardin


Piza merupakan makanan segera yang sangat popular pada masa kini. Pizza bukan sahaja sangat popular di Amerika Syarikat dan Itali tetapi makanan ini sudah mula terkenal di negara Malaysia.

Malah, banyak restoran pizza yang tumbuh di negara Malaysia seperti Pizza Hut, Shakey`s Pizza, Domino Pizza, dan lain-lain lagi.

Di bawah, saya taipkan semula resipi yang dikongsi dari sahabat alam maya.  Rasanya kebanyakkan makanan segera pada hari ini boleh dibuat sendiri di rumah. Mungkin rasanya berbeza dari makanan komersil tetapi sekurangnya dapat jimatkan kos jika anda mempunyai keluarga yang besar.


BAHAN DOH PIZZA :

200 grm tepung gandum
125 ml air suam
1 paket yis segera
2 camca besar mentega atau minyak zaitun
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam halus
1-2 sudu besar shortening

BAHAN UNTUK TOPPING :

1/2 tin sos speghetti Prego perisa traditional
1 tin besar sardin
1 biji bawang - dipotong nipis-nipis
Sosej ayam secukupnya
Cheese monzarella
Cheese cheeder

CARA MEMASAK :

Untuk Doh :-

-Bancuh yis serta gula dengan 3 sudu air suam, kacau rata dan tunggu berbuih.

-Gaul garam dengan tepung hingga rata kemudian buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan air suam sedikit demi sedikit sambil gaulkan tepung hingga menjadi doh.

-Uli hingga lembut dan masukkan shortening kemudian masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan tidak melekat pada jari (kena uli lama juga anggaran 10-15 minit) .

-Doh yang dah cantik diuli menjadi bentuk bulat dibiarkan rehat di dalam bekas kemudian tutup dengan kitchen kain yang bersih dan biarkan 40 minit atau hingga naik sekali ganda.

-Bila doh dah naik cantik , tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan udara dan uli sikit lagi kemudian doh ni bolehlah dicanai dalam anggaran setebal 0.5cm dan diletak atas tray pizza dan boleh gunakan jari untuk meleperkan doh.

-Tekan menggunakan jari sampai doh menutupi seluruh pemukaan tray pizza.

-Cucuk pada seluruh pemukaan doh dengan garfu dan bakar doh pada suhu 180`C selama 10 ke 15 minit.

-Bila doh dah masak keluarkan dan biarkan seketika supaya sedikit sejuk.

- Campurkan semua ikan sardin bersama bawang besar yang dicincang serta buah tomato yang juga dipotong kecil-kecil . Hancur-hancurkan ikan sardin serta gaul mesra semua bahan-bahan ni.

-Sapu sos pada pemukaan doh tadi, kemudian boleh la ditaburkan ikan sardin , sosej dan last sekali taburkan cheese monzarella serta cheedar.

-Masukkan pizza ke dalam oven dan bakar selama 30 minit pada suhu 180 darjah celcius atau sehingga topping masak kekuningan.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan