Terima Kasih Ultras Malaya


Segalanya sudah tamat pada 29 November 2014 lalu.  Malaysia telah menewaskan Singapura dengan keputusan tiga gol berbalas satu.  Sememangnya ia suatu perlawanan yang rancak dan mendebarkan bagi penyokong dan peminat Harimau Malaya. Kejayaan melayakkan pasukan ke peringkat separuh akhir AFF Suzuki Cup 2014 pada 7 Disember 2014 amat melegakan perasaan rakyat Malaysia.

Namun seperkara lagi yang membanggakan ialah penyokong Harimau Malaya yang ditunjangi oleh Ultras Malaya dilihat amat berkesan dengan sorakan berirama dan nyanyian pembakar semangat untuk pemain yang mewakili Malaysia, diberikan tanpa jemu berterusan hatta selepas perlawanan tamat, mereka masih lagi memberi sokongan.

Malah salah seorang admin laman web Singasports.com telah menggariskan faktor sokongan dari Ultras Malaya telah menjana sokongan moral untuk pemain Harimau Malaya yang dilihat sorakkan dan nyanyian mereka lebih kedengaran dan kuat jika dibandingan dengan rakyat Singapura yang jauh lebih ramai dari kelompok penyokong Malaysia ini tetapi kurang patriotik.  

Admin laman web itu juga menyatakan rakyat Singapura yang datang pada perlawanan itu bukannya penyokong sebaliknya hanyalah semata-mata sebagai penonton yang hadir membayar tiket untuk menyaksikan sesuatu perlawanan secara langsung sambil memakan popcorn serta memakai jersi kelab eropah.




Dah tengok video pemain bola sepak Singapura mengamuk?

 

Kalah atau menang adalah rezeki yang Tuhan berikan pada hambanya yang layak mendapat sesuatu pada kadar yang telah diusahakan.  Dalam Islam kita disarankan agar memahami konsep "qada dan qadar" iaitu menerima ketentuan dan takdir dari Yang Maha Esa.

Kepada yang belum pernah tonton, pada artikel kali ini saya kongsikan video pemain bola sepak Singapore yang mengalami tekanan emosi dan lantaran itu memberontak dengan menendang sesuatu di tempat duduk pemain tepi padang.  

Ia dipercayai berlaku beberapa minit selepas perlawanan antara Singapore dengan Malaysia tamat, iaitu perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B di dalam kejohanan AFF Suzuki Cup 2014.




*Diharap pemain bola sepak Malaysia akan lebih tabah semangat dan kuat mentalnya dalam apa jua keadaan.

Resipi Jemput-jemput daging


Makanan ini seolah sama dengan jenis jemput-jemput yang lain yang mana bahan utamanya ialah tepung, air dan garam.  Dalam artikel ini saya kongsikan resipi "simple" ini yang asalnya datang dari Marina.

Walaupun ringkas pada pandangan orang lain namun sebenarnya ia mempunyai nilai komersil yang boleh dijual seperti pisang goreng, bubur ataupun lempeng berperisa.

Bahan :

  * Daging cincang (potong dadu kecil atau racik halus)

  * 2 biji ubi kentang

  * Daun bawang, daun kucai dan daun sup

  * Sebiji telur

  * Garam secukup rasa

  * Lada hitam (tumbuk halus)

  * Bawang besar (potong dadu)

  * Setengah cawan tepung gandum


Cara Pembuatan :

 1. Ubi kentang direbus, kemudian lenyek sampai hancur mcm nak buat begedil.

 2. Masukkan daging, daun bawang, daun sup, daun kucai, lada hitam bawang besar dan garam ke dalam kentang
     yang siap dilenyek. Gaul rata.

 3. Masukkan sebijik telur ke dalam campuran tadi. Gaul rata.

 4. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati.

 5. Sapu mentega pada bekas dan sudukan adunan bentuk bulat-bulat ke atas adunan.

 6. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180 selama 30-40 minit.

 7. Kalu nak digoreng pun boleh, hanya goreng seperti goreng jemput-jemput biasa (garam / bilis).

 8. Tunggu sejuk sedikit barulah menjamahnya (ikut sunah Rasulullah SAW)



Nak belajar buat 10 aneka putu berperisa yang sangat istimewa dan komersil? Klik gambar di bawah ini segera :

Ada 2 cara utk masak jemput2 ni. Satu kaedah bakar dlm oven satu lagi goreng tapi kali ni saya bakar. Bahan2 :- Daging cincang ( saya potong dadu kecik2) 2 biji ubi kentang Daun bawang, daun kucai dan daun sup Sebiji telur Garam secukup rasa Lada hitam (tumbuk halus) Bawang besar (potong dadu) Setengah cawan tepung gandum Cara2 :- Ubi kentang direbus, kemudian lenyek sampai hancur mcm nak buat begedil. Masukkan daging, daun bawang, daun sup, daun kucai, lada hitam bawang besar dan garam ke dalam kentang yg siap dilenyek. Gaul rata. Masukkan sebijik telur ke dalam campuran tadi. Gaul rata. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati. Sapu mentega pada bekas dan sudukan adunan bentuk bulat-bulat ke atas adunan. Bakar pada suhu 180 selama 30-40 minit. Kalu nak goreng pun boleh, just goreng mcm goreng jemput2 biasa tu. Tunggu sejuk sikit baru syok makan.

Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Ada 2 cara utk masak jemput2 ni. Satu kaedah bakar dlm oven satu lagi goreng tapi kali ni saya bakar. Bahan2 :- Daging cincang ( saya potong dadu kecik2) 2 biji ubi kentang Daun bawang, daun kucai dan daun sup Sebiji telur Garam secukup rasa Lada hitam (tumbuk halus) Bawang besar (potong dadu) Setengah cawan tepung gandum Cara2 :- Ubi kentang direbus, kemudian lenyek sampai hancur mcm nak buat begedil. Masukkan daging, daun bawang, daun sup, daun kucai, lada hitam bawang besar dan garam ke dalam kentang yg siap dilenyek. Gaul rata. Masukkan sebijik telur ke dalam campuran tadi. Gaul rata. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati. Sapu mentega pada bekas dan sudukan adunan bentuk bulat-bulat ke atas adunan. Bakar pada suhu 180 selama 30-40 minit. Kalu nak goreng pun boleh, just goreng mcm goreng jemput2 biasa tu. Tunggu sejuk sikit

Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Ada 2 cara utk masak jemput2 ni. Satu kaedah bakar dlm oven satu lagi goreng tapi kali ni saya bakar. Bahan2 :- Daging cincang ( saya potong dadu kecik2) 2 biji ubi kentang Daun bawang, daun kucai dan daun sup Sebiji telur Garam secukup rasa Lada hitam (tumbuk halus) Bawang besar (potong dadu) Setengah cawan tepung gandum Cara2 :- Ubi kentang direbus, kemudian lenyek sampai hancur mcm nak buat begedil. Masukkan daging, daun bawang, daun sup, daun kucai, lada hitam bawang besar dan garam ke dalam kentang yg siap dilenyek. Gaul rata. Masukkan sebijik telur ke dalam campuran tadi. Gaul rata. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati. Sapu mentega pada bekas dan sudukan adunan bentuk bulat-bulat ke atas adunan. Bakar pada suhu 180 selama 30-40 minit. Kalu nak goreng pun boleh, just goreng mcm goreng jemput2 biasa tu. Tunggu sejuk sikit

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Rahsia dan Khasiat pokok Beluntas


Beluntas merupakan sejenis ulaman yang juga mempunyai fungsi sebagai penawar dalam perubatan berasaskan herba.

Di Indonesia jus beluntas digunakan untuk merawat disentri (berak berdarah). Daunnya juga digunakan untuk merawat penyakit keputihan yang biasa dideritai oleh wanita. Daunnya yang ditumbuk bersama garam boleh digunakan untuk merawat nafas berbau dan menggalakkan perpeluhan.

Di Malaysia pula serbuk yang dihasilkan oleh daun beluntas biasanya digunakan untuk merawat demam. Serbuk ini yang dicampur dengan sedikit air hingga menjadi pes digunakan untuk menyembuhkan ulser dan menghilangkan lembam dan bengkak.

Bagi masyarakat vietnam pula daun beluntas digunakan untuk merawat keradangan. Akarnya pula digunakan untuk merawat demam, melegakan sakit kepala, merawat rheumatik , lumbago dan penyakit tidak hadam.

Daunnya yang dicelup dalam air panas diminum untuk melegakan selsema.Serbuk daunnya yang dicampurkan dengan minyak jarak digunakan untuk menyembuhkan tulang retak.

Di Thailand pula jus daun beluntas digunakan untuk merawat kencing manis, sebagai pelawas kencing. Rebusan daunnya juga dijadikan tonik untuk memanjangkan umur. Selain dari itu beluntas juga sedap dijadikan ulam dan masak lemak walaupun rasanya agak payau dan baunya yang agak kuat.

Tahukah anda dengan khasiat yang terkandung di dalamnya, harga pasaran bagi Beluntas yang telah dikeringkan adalah RM100 sekilo. Yang menariknya pokok beluntas sangat senang untuk dibiakkan kerana ia sejenis pokok yang hidup liar di depan halaman rumah mahupun di semak dan hutan.

Untuk mengetahui pelbagai lagi rahsia tumbuhan liar dan herba, klik gambar di bawah :




Gelagat penyokong ketika Malaysia kalahkan Singapura


Sememangnya pertembungan antara Singapura dan Malaysia di perlawanan terakhir kumpulan B dalam kejohanan bola sepak AFF Suzuki Cup 2014 amat menggerunkan peminat dan penyokong Harimau Malaya di tanahair.  

Kedua-dua pasukan sangat memerlukan mata untuk menjadi naib juara kumpulan B bagi melayakkan pasukan masing-masing ke peringkat Separuh Akhir. Singapura memerlukan sekurangnya seri manakala Malaysia wajib menang ke atas lawannya itu.

Pelbagai reaksi dari penyokong dan peminat skuad bola sepak Malaysia. Dalam video yang saya kongsikan ini, adalah salah satu dari padanya.  Mungkin ada antara kita yang macam ini semalam.

Secara tidak langsungnya, lagu nyanyian Joe Flizzow dan SonaOne yang bertajuk Apa Khabar dan lagu dari nyanyian Muhammad Taufik bin Batisah bertajuk Awak Kat Mana menjadi lebih popular kerana menjadi bahan lawak ke atas penjaga gol Singapura yang tiada di gawangnya ketika Indra Putra Mahayuddin menjaringkan gol ke tiga untuk skuad bola sepak Harimau Malaya.

Dari sumber di salah satu page Facebook, dikatakan ia dirakankan oleh isteri kepada penyokong berkenaan. Asalnya nak record pengadil tiup wisel penamat. Tapi lain pula yang terakam. Si suami memberi arahan macam dia ada di stadium gamaknya..   :-D



Syukur...syukur...syukur ya Allah...

Berikut adalah hasilan kreatif dari penyokong bola sepak Malaysia yang mengedit gambar-gambar yang menjadi viral di internet sejurus selepas tamat perlawanan semalam (29 November 2014) :

Sampaikan si Amir pun terlibat sama....?

Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak pun dilibatkan juga

Safee Sali pun ada sahamnya juga kerana salah seorang penyokong pasukan bola sepak Singapura memuat naik gambar Safee Sali dan beberapa pemain Harimau Malaya yang sedang menjamu selera di restoran berdekatan dengan hotel penginapan mereka. Dalam gambar itu Safee Sali kelihatan merokok.




Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan